Thursday 10 December 2015

BAB 7 & 8: SURVIVAL MELAYU & ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK


Assalammualaikum, bismillah. Pada hari ini, kami sudah berada di pengakhiran pembelajaran Malaysia Dalam Konteks Hubungan Etnik. Tajuk yang dibentangkan hari ini adalah Strategi Survival Melayu dan Bumiputera & Islam dan Hubungan Etnik. Melalui dua pembentangan ini, saya dapat simpulkan bahawa islam menjadi asas dan tunjang kepada usaha mengekalkan orang Melayu dan bumiputera untuk terus wujud atau hidup sekali gus membina hubungan etnik antara bangsa-bangsa yang lain di bumi bertuah ini.

Menurut Islam, setiap peranan dan tanggungjawab kerajaan adalah membela nasib orang Melayu dan Bumiputera. Dalam Islam, ianya tidak bercanggah selagi ia tidak menindas dan menzalimi hak-hak kaum lain yang ada di Malaysia. Hal ini kerana, dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah  nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengbahnya.

Islam mengajar dan memberi garis panduan kepada kita semua untuk membina hubungan etnik yang berlandaskan Islam, iaitu bermula dengan ta'aruf, tafahum, ta'awun, tadhamun, ukhuwwah dan mahabbah. Hasil daripada hubungan etnik ini ialah kasih sayang dan ia sangat penting dalam membentuk hubungan yang baik antara etnik dan dapat mengelakkan salah faham.

Kesimpulannya, setiap individu mempunyai peranan penting dalam mempertahankan dan meneruskan kesinambungan dan survival Melayu di Malaysia. Kita harus menyemai sikap dan rasa kasih sayang terhadap semua makhluk termasuk manusia, haiwan mahupun tumbuhan kerana ianya akan membentuk Hablu Minallah wa Hablu Minalnas kerana kita semua adalah makhluk Allah dengan harapan agar usaha yang tidak seberapa ini mampu mengubah kehidupan kita dan masyarakat ke arah yang lebih baik seterusnya melahirkan keharmonian kaum yang tidak berbelah bagi.

NOR FAIEZA FARHANA BT MAZLAN
2015217746

.......................................................................................................................................................................................


Dalam bab survival melayu ini, saya dapati bahwa terdapat beberapa strategi untuk mengekalkan kesinambungan orang Melayu dan bumiputera untuk terus wujud dan hidup di muka bumi Malaysia. Peranan kerajaan adalah amat penting untuk memastikan survival melayu dari sudut semua aspek; politik, ekonomi, sosial,  pendidikan dan budaya.  
Islam juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menjamin survival orang Melayu. Agama islam dikaitkan secara langsung dengan orang Melayu dalam perlembagaan Malaysia. Dalam Perkara 3(1), memartabatkan ajaran Islam sebagai agama orang Melayu. Selain itu, memastikan akidah orang Melayu tidak rosak dengan tidak membenarkan orang Melayu murtad. Maka, orang Melayu sendiri perlu ada kesedaran kendiri dalam meningkatkan mutu kualiti hidup dalam setiap aspek itu di samping menerapkan nilai-nilai keislaman dalam diri. 

Dalam bab Islam dan hubungan etnik pula, asas hubungan etnik menurut Islam ialah Al-ta'aruf (berkenal-kenalan). Asas yang paling utama dalam setiap hubungan ialah berkenalan dan ia menjadi fitrah (nature) manusia untuk hidup saling berhubung dengan orang lain dan berkasih sayang. Telah termaktub di dalam Al-quran bahawa Allah mencipta berlainan jantina, bangsa, rupa paras dan warna kulit untuk saling mengenali. Seterusnya, Al-tafahum (memahami). Saling memahami antara satu sama lain dapat mencapai kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Semangat persefahaman dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, neriadah, bersukan, hari keluarga, rumah terbuka dan aktiviti masyarakat lain agar masyarakat dapat memupuk persefahaman, saling menegur dan menasihati antara etnik. Ketiga, Al-ta'awun (saling membantu) dan kerjasama ke arah kebaikan, mengelakkan musibah demi mencapai kepentingan bersama dalam konteks masyarakat plural. Kerjasama boleh diberi dalam bentuk harta atau tenaga (kekuatan fizikal, kepakaran dan idea). Keempat, Al-tadhamun (saling menjamin) iaitu saling melindungi antara kalangan anggota masyarakat plural yang pelbagai etnik. Ia melahirkan rasa tanggungjawab untuk membantu anggota masyarakat lain yang memerlukan bantuan. Masyarakat lain juga akan rasa lebih selamat dan aman dengan jaminan tersebut. Adat dan budaya etnik lain dijamin dan dihormati. Kelima, Al-ukhuwah (persaudaraan) yakni hubungan yang rapat seperti saudara atau hubungan akrab seperti isi dan kuku. Orang mukmin itu orang yang bersaudara. Menurut Abdullah Nasih Ulwan, persaudaraan sebagai satu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam dalam diri seseorang tentang sifat bels kasihan, cinta kasih dan penghormatan diri. Persaudaraan berasaakan iman dan takwa melahirakan perasaan yang ikhlas dan jujur dan akan mengasihi sesama manusia yang terdiri pelbagai etnik sperti saudaranya sendiri. Akhir sekali, Al-mahabbah (berkasih sayang) merupakan sifat kemanusiaan (fitrah) yang wajar disemai dan dipupuk dalam jiwa sanubari setiap anggota masyarakat yang terdiri pelabagi etnik. Sifat berkasih sayang dapat mengikat hubungan kemesraan dan dapat menghapuskan permusuhan, perasaan hasad, benci-membenci dan permusuhan antara satu sama lain. 

Asas-asas perlu dipupuk terlebih dahulu agar hubungan antara etnik dapat disemai dengan lancar, tidak akan berlaku sebarang permasalahan yang tidak diingini seperti pergaduhan, rusuhan kaum, dan saling prejudis antara satu sama lain. Islam itu bukan setakat agama sahaja, bahkan merupakan satu cara hidup manusia dalam mencapai kesejahteraan dan ketenteraman hidup. Sebab itulah pentingnya Islam diterapkan dalam kehidupan seharian kita. Islam itu indah. Wallahu A'alam. 

SYARIFAH NURUL SYIFA SYED DZULKARNAIN
2015832122

.......................................................................................................................................................................................

Assalamualaikum w.b.t :)

Alhamdulillah.. Untuk entry refleksi kali ini, kami sekumpulan gabungkan antara tajuk Survival Melayu dan Islam dan Hubungan Etnik. 

Bab 7 (Survival Melayu)
Sebagai masyarakat Melayu, kita mestilah mempertahankan dan memelihara hak dan keistimewaan kita. Survival Melayu ini bukan hanya bertujuan untuk menjaga nama orang Melayu bahkan untuk memelihara keistimewaan agama Islam yang sememangnya sinonim sebagai agama anutan orang Melayu. Kesinambungan masyarakat Melayu juga dapat dijaga seterusnya boleh berdaya saing dengan bangsa lain dalam memajukan masyarakat Melayu itu sendiri. Saya sebagai generasi alaf baru perlu sedar akan kepayahan orang Melayu terdahulu dalam menjaga hak keistimewaan bangsa ini. Oleh itu, saya akan meneruskan perjuangan dalam memastikan survival Melayu terus terpelihara.

Bab 8 (Islam Dan Hubungan Etnik)
Dalam memastikan keharmonian antara etnik dalam masyarakat, nilai-nilai baik yang dibawa oleh agama Islam perlu diterapkan. Sebagai contoh, dalam memastikan kehidupan yang teratur dan mempunyai tujuan yang nyata, keseimbangan antara perkara duniawi dan akhirat perlu dititikberatkan. Dua perkara ini perlu berjalan seiring untuk mendapat matlamat kehidupan yang sempurna. Nilai-nilai murni yang dibawa oleh agama Islam guna boleh digunakan dalam memastikan hubungan baik sesama manusia dari awal perkenalan sehingga timbulnya rasa kasih sayang yang menjamin kesejahteraan hidup.


" Tiada siapa yang dapat mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan usaha yang berterusan daripada kaum itu sendiri. "

Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618

p/s : Ini merupakan refleksi yang terakhir daripada saya. Jumpa lagi. Terima kasih. Wasalam :)



Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D


No comments:

Post a Comment