Saturday 31 October 2015

FAKTOR PENDORONG DAN PENGHALANG ASIMILASI

Pada kelas ini, ustazah Mahfuzah meminta kami berbincang tentang asimilasi. Jadi sebelum itu, apakah asimilasi ?

Asimilasi adalah perubahan yang dilakukan secara sukarela yang dimulai dari penggunaan bahasa. Asimilasi bertujuan untuk mengurangkan perbezaan dalam masyarakat dengan mempereratkan perpaduan, sikap  dan perasaan untuk mencapai tujuan yang sama.



Faktor-Faktor Pendorong Asimilasi - Adapun faktor-faktor pendorong terjadinya asimilasi
antara lain sebagai berikut :

• Toleransi antara kelompok yang memiliki perbezaan kebudayaan
• Kesempatan yang sama dalam bidang ekonomi
• Adanya sikap yang saling menghormati dan menghargai orang asing dan kebudayaan yang dibawanya
• Memiliki sikap yang terbuka terhadap golongan yang sedang berkuasa dalam masyarakat
• Adanya persamaan dalam unsur-unsur kebudayaan universal
• Terjadinya perkahwinan antara kelompok dengan berbeza kebudayaan
• Memiliki musuh yang sama dan meyakini kekuatan masing-masing untuk menghadapi musuh tersebut.

Faktor-Faktor Penghalang Asimilasi - Sementara itu, terdapat faktor-faktor umum yang menjadi penghalang terjadinya asimilasi antara lain sebagai berikut :

• Kelompok yang terasing, biasanya minoritas
• Kurangnya pengetahuan mengenai kebudayaan baru yang akan dihadapi
• Berprasangka negatif terhadap pengaruh kebudayaan baru. Kerisauan ini dapat diatasi dengan meningkatkan fungsi lembaga-lembaga kemasyarakatan
• Perasaan bahawa kebudayaan kelompok tertentu lebih tinggi daripadakebudayaan kelompok lain. Kebanggaan berlebih seperti ini mengakibatkan kelompok kebudayaan yang satu tidak mahu mengakui keberadaan kelompok lain


Friday 16 October 2015

BAB 3: PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu Perlembagaan bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis. Perlembagaan Bertulis ialah Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen.  Di Malaysia mengamalkan Perlembagaan Bertulis. Badan perundangan, Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif mendapat kuasa daripada Perlembagaan. Di Malaysia, tiada institusi lain yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Tidak Bertulis ialah semua prinsip Perlemabagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.
Pentingnya perlembagaan ini untuk menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan, melindungi kepentingan semua etnik di dalam negara dan mewujudkan rangka sistem politik yang sistematik. Tiga perkara penting dalam tajuk ini ialah Piagam Madinah, Bahasa Melayu dan juga kedudukan istimewaan orang Melayu.

Piagam Madinah ialah perlembagaan bertulis pertama di dunia. Diwujudkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai panduan kepada pembentukan negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah sangat berkesan dalam membentuk perpaduan orang Islam dan orang bukan Islam sejak dulu lagi. Piagam Madinah sangat berkesan sehingga 2/3 dunia kerana ianya datang dari Allah SWT dan kerana keadilan dan kebebasan yang diberikan kepada orang bukan Islam dalam mengamalkan agama masing-masing.

Seterusnya Bahasa Melayu. Bahasa Melayu sangat penting dalam menyatukan semua kaum. Sebagai orang Melayu kita seharusnya bangga kerana bangsa dan kaum lain belajar Bahasa Melayu. Tulisan jawi juga seharusnya tidak dilupakan agar menjadi tunjang dalam mengagungkan keistimewaan orang Melayu.

Kedudukan orang Melayu juga haruslah dipelihara dari terhakis ditelan zaman. Sebagai pewaris bangsa di masa akan datang, kita seharusnya bangkit dan tetap pertahankan hak-hak orang Melayu dari terus dijajah dan hilang mengikut peredaran masa. Semua orang haruslah bersatu dan bekerjasama dalam mengekalkan perpaduan antara kaum yang seharusnya berasaskan Al-Quran dan As-sunnah.

NOR FAIEZA  FARHANA BT MAZLAN
2015217746
.............................................................................................................................................................................................



Perlembagaan ialah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara, juga berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Negara kita mengamalkan perlembagaan bertulis. 

Meskipun perlembagaan negara kita ada campur tangan British, namun, 'unsur tradisi' yang dilaksanakan sebelum penjajahan dapat dikekalkan dan termaktub dalam perlembagaan; 1) Pemerintahan Beraja Bahasa, 2)  Agama Islam sebagai agama persekutuan, 3) Melayu sebagai bahasa rasmi dan 4) Kedudukan istimewa orang Melayu & Bumiputera Sabah Sarawak. Unsur tradisi ini berperanan menstabilkan sistem politik negara dan ianya dilindungi di bawah Akta Hasutan. Walau bagaimanapun, ianya dianggap isu sensitif dan dilarang dijadikan isu perbincangan. 

Piagam Madinah juga dikenali sebagai Sahifah Madinah ialah perlembagaan bertulis pertama di dunia. Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara memerintah Madinah berdasrkan Piagam Madinah. Piagam  ini meletakkan al-Quran sebagai sumber tertinggi negara. Mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan al-Quran maka akan sendirinya terbatal. Sahifah Madinah ini digubal oleh Nabi Muhammad SAW dengan pimpinan wahyu daripada Allah SWT. 

Hasil daripada perlembagaan Madinah ini, orang Islam dapat bersatu padu dengan orang bukan Islam . Rakyat Madinah yang berbeza agama dan bangsa bersama-sama mempertahankan Madinah, saling bekerjasama, bantu-membantu antara satu sama lain di samping keharmonian dan kesejahteraan dapat dipupuk. Hak-hak dan tanggungjawab diperuntukkan bagi orang Islam dan bukan Islam dalam perlembagaan Madinah adalah adil dan saksama.

Zaman moden ini, ada juga pihak yang mempertikaikan perkara-perkara dalam perlembagaan terutamanya hak istimewa orang Melayu. Permasalahan ini akan berlaku jika tiada persefahaman antara etnik Melayu dengan etnik lain. Bila sudah ada persefahaman, kita akan lebih mengerti dan tidak akan mempersoalkan hal tersebut. Sebelum memutuskan sesuatu hendaklah kita berfikir terlebih dahulu. Ada pepatah dalam bahasa Inggeris, 'Think two hours, talk two minutes'. Adalah molek kita lebih memikirkan tentang rasional atau kebaikan dan implikasi atau keburukan sesuatu perkara itu daripada bercakap tanpa berfikir. 

SYARIFAH NURUL SYIFA SYED DZULKARNAIN
2015832122
.............................................................................................................................................................................................

Assalamualaikum w.b.t. :)

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dapat saya meneruskan perjuangan menulis entry pada kali ini. Terima kasih kepada yang masih setia membaca entry saya yang serba ringkas ini. Tajuk yang telah saya dan rakan-rakan sekelas yang lain bincangkan pada kelas kali ini agak berat iaitu tajuk mengenai Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Dalam bab ini, banyak perkara-perkara dalam perlembagaan dibentangkan dan dincangkan contohnya Perkara 3; Agama Islam sebagai agama persekutuan, Perkara 152;  Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153; Hak Istimewa Orang Melayu

Semestinya tajuk ini dapat memberikan pendedahan yang lebih lagi mengenai perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan. Perlembagaan di Malaysia diwujudkan sebagai garis panduan dalam pentadbiran. Perlembagaan ini juga dapat memastikan kehidupan masyarakat di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan teratur. Ia juga boleh menjadi tunjang kepada kesepaduan masyarakat di Malaysia dengan menjaga hak dan kepentingan kaum masing-masing tanpa perbalahan. Oleh itu, nilai relevan perlembagaan persekutuan ini hendaklah sentiasa dijaga dan dipelihara. Piagam Madinah juga boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam memelihara perlembagaan dan kepentingan masyarakat.


Sumber daripada https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXTqh-dYcK1vDpKPtBnYkCtuwCAuA23d8UCjsq6cGxnDpBypUfCrvquMCvLkiL6GhqWic3RHowtPIxuH9_5GT7DGArs_KcTz0OH7Ig4yja90u1hp0wRbIsstkjv8kA5I0sEvsINMYD0Q/s1600/senarai-yang-di-pertuan-agong-terkini.jpg

Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618



Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D

Thursday 15 October 2015

BAB 2: PLURALITI ALAM MELAYU

Dalam bab Pluraliti dan masyarakat pluralistik di Malaysia,
saya dapati bahawa, konsep pluraliti itu sendiri iaitu terbentuk hasil pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia yang melahirkan fenomena sosial yang istimewa di alam melayu.

Terdapat dua konsep utama ciri-ciri masyarakat asia tenggara iaitu pluraliti dan pluralistik. Antara perbandingan pluraliti dengan pluralistik ialah pembentukan pluraliti adalah secara semulajadi, sukarela, disertai keluarga dan menjamin ketenangan pemikiran dan perasaan. Manakala pluralistik ialah secra paksaan, demi kepentingan ekonomi dan politik inggeris, tidak disertai keluarga dan tidak pernah melupakan negara asal.

Terdapat garis masa masyarakat plural iaitu bermula daripada kesultanan melayu dan manakala garis masa bagi masyarakat pluralistik ialah pada zaman penjajahan eropah dan inggeris secara paksaan. Akhir sekali terdapat empat cara penyebaran Islam di tanah melayu Melaka iaitu melalui perdagangan, perkahwinan, pengislaman raja dan peranan mubaligh yang datang ke Melaka.

Islam di asia tenggara sebenarnya mula tersebar daripada kesan mimpi-mimpi sultan terdahulu. Sini kita dapat lihat bahawa sultan diberi kelebihan daripada Allah swt untuk menerima hidayah dahulu untuk memeluk islam. Selain itu, kita patut berbangga sebagai orang asia tenggara kerana disini lah bermulanya islam tersebar keseluruh dunia.Dengan menghayati sejarah Melayu dan Islam, kita dapat menghakis perspektif dan pandangan serong masyarakat bukan islam dan bukan Melayu bahawa kita merupakan bangsa yang lemah dan kolot.

NOR FAIEZA FARHANA BINTI MAZLAN 
2015217746

.........................................................................................................................................................


Bismillah. Apa yang saya dapat pelajari dari bab ini iala
Pluraliti masyarakat di alam Melayu zaman awal berlaku secara semula jadi tanpa paksaan.
Pluraliti ialah wujud pelbagai bangsa, budaya, agama secara sukarela.  Terdapat unsur asimilasi dalam kehidupan masyarkat pluraliti pada zaman itu dan ada di antara mereka sanggup berkahwin denganpenduduk tempatan dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan. Contohnya, Baba dan Nyonya ialah hasil pembentukan masyarakat  daripada kumpulan masyarakat Cina yang datang ke alam Melayu. Adat resam dan budaya pendatang juga diterima pakai oleh masyrakat tempatan seperti adat bersanding, bunga manggar, bunga telor dalam perkahwinan orang Melayu yang diambil daripada budaya Hindu. 


Pluralistik berlaku apabila penjajah datang ke Tanah Melayu dengan membawa ideologi atau fahaman mereka untuk menjajah Tanah Melayu. Berbeza dengan pluraliti, pluralistik itu wujud pelbagai bangsa, budaya, agama secara paksaan demi kepentingan Inggeris . Segala aspek negara; politik, perlembagaan, pendidikan dan ekonomi telah diubah daripada asal mengikut acuan British.
 
SYARIFAH NURUL SYIFA SYED DZULKARNAIN 
2015832122 
.........................................................................................................................................................

Assalamualaikum w.b.t. :)

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis entry yang seterusnya berkenaan dengan tajuk Pluraliti Masyarakat. Tajuk ini dibentangkan dan dibincangkan di dalam kelas sebentar tadi serta diperjelaskan oleh Ustazah kami. Banyak ilmu baru yang dapat saya pelajari tentang pluraliti dan kemajmukan masyarakat di Malaysia. 


Bagaimana kemajmukan masyarakat di Malaysia boleh terjadi ? Adakah disebabkan oleh faktor pluraliti (tanpa paksaan) ataupun pluralistik (secara paksaan) ? Ianya terjadi bermula daripada zaman penjajahan lagi.

Dapat saya peroleh daripada tajuk ini bahawa kemajmukan dalam masyarakat telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Sungguhpun kemajmukan ini berlaku pada awalnya secara paksaan oleh golongan penjajah, namun kehidupan masyarakat yang sihat antara pelbagai kaum dan bangsa dapat diterapkan. Oleh itu, generasi masa kini seharusnya terus berusaha mengekalkan keharmonian tersebut dan mengelakkan daripada sikap perkauman yang boleh meruntuhkan institusi kemasyarakatan.

Sumber daripada https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjY267vc_gPRIM9sMy6KSn_N75q8gSNz6S4xPNkfk7MIjuzEkrtd7aPmpqM2pcg137FquQNozaYk569Qjd568mEJM6tSAYSSQReXVdmIKB_FlYGzdHv7LjJhyphenhyphen5a8CW0_CVadfImYCTLaK0/s1600/Clip_250.jpg

Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618



Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D

Friday 9 October 2015

AL-HUJURAT, 6-13




A006

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.


PENGAJARAN (Ayat 6)


1. Jangan mudah percaya khabar angin yang boleh mengaibkan orang lain.

2. Kita hendaklah meneliti dan mendapatkan kesahihan sesuatu berita dari sumber yang sah sebelum menyebarkannya bagi mengelakkan berlakunya perasaan hasad dengki dalam kalangan masyarakat.

3. Kita mestilah menjauhi perkara atau berita yang meragukan. Hal ini kerana, ia akan mengakibatkan perpecahan kaum.

4. Bersegeralah untuk bertaubat dan memohon maaf kepada tuan punya badan kerana perbuatan memfitnah lebih keji daripada membunuh.




KESIMPULAN ( Ayat 6 )

Berdasarkan ayat ini, kami dapat simpulkan bahawa Rasulullah menyeru kita supaya kurangkan bercakap hal orang lain terutamanya melibatkan aib sesama muslim. Gosip atau berita yang datang boleh menjadi fitnah jika tidak mempunyai bukti atau asas yang kukuh. Sesungguhnya fitnah itu ibarat memakan daging saudara seislam dan dosanya sudah pasti lagi berat dari membunuh. Oleh itu, kita hendaklah menjauhi perbuatan keji ini. Orang Islam perlu kehadapan dengan melakukan perkara yang berfaedah dan memajukan Islam itu sendiri daripad melakukan gejala tidak baik ini kerana akhirnya ia akan merugikan diri dan mencemarkan nama baik Islam sebagai cara hidup kita.



A007

Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; 


PENGAJARAN ( Ayat 7 )

1. Kita hendaklah mencontohi perbuatan, percakapan dan perakuan baginda S.A.W. dalam apa jua urusan dalam kehidupan kita. 

2. Kita haruslah sentiasa melahirkan rasa syukur kerana setiap makhluk telah diberikan iman dalam hati mereka untuk menjauhi perbuatan yang mungkar agar sentiasa berada di jalan yang lurus.

KESIMPULAN ( Ayat 7 )

Kesimpulan yang kami peroleh dari ayat 7 ialah setiap yang dilakukan oleh Rasulullah adalah tepat dan benar belaka kerana ianya merupakan perintah dan amanah daripada Allah S.W.T. Hal ini kerana, kita sebagai manusia yang alpa sering melakukan kesilapan. Manakala, Raulullah itu seorang nabi yang maksum. Oleh hal yang demikian, setiap hamba yang beriman hendaklah bersyukur kerana Allah telah memperhiaskan iman di dalam hati mereka dengan cara menjauhi perbuatan yang fasik lagi mungkar untuk berada di jalan yang lurus.

A008

(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


PENGAJARAN ( Ayat 8 )

1. Kita hendaklah mengakui bahawa Allah itu Maha Pemurah, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

KESIMPULAN ( Ayat 8 )

Berdasarkan ayat ke- 8 , surah Al-hujurat, kami dapat simpulkan bahawa Allah itu bersifat Ar-Rahman ( Maha pemurah ) kerana Dia telah memberi nikmat dan kurnia kepada setiap hamba-Nya tanpa mengira agama. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
A009

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.


PENGAJARAN ( Ayat 9 )
1. Kita hendaklah mengamalkan sikap saling bertoleransi untuk menghentikan kekerasan ke atas satu sama lain kerana perdamaian dan persefahaman harus segera dicapai.
2. Kita hendaklah menyokong pihak yang mahukan kedamaian dan menghentikan pihak yang mahukan kekerasan. Hal ini kerana, keutamaan menghentikan kekerasan sesama muslim adalah dari hadis Rasulullah (SAW):
“Bantulah saudaramu samada yang zalim atau dizalimi”. Seorang sahabat Anas r.a. terkejut lalu bertanya “Wahai Rasulullah, membantu yang dizalimi itu jelas tetapi bagaimana kami membantu mereka yang zalim?” Rasulullah (SAW) menjawab “Bantulah dia dengan menghentikannya dari menzalimi” (riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Rundingan damai bolehlah segera dibuat untuk mencari penyelesaian kepada perselisihan dan mencapai kesefahaman semula.

KESIMPULAN ( Ayat 9 )

Kami dapat simpulkan bahawa, ayat ini menekankan prinsip mendamaikan dua golongan Muslim yang bergaduh atau berperang.



A010

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.


PENGAJARAN ( Ayat 10 )

1. Kita hendaklah mendamaikan dua saudara yang bertelingkah kerana orang-orang beriman itu bersaudara. 

KESIMPULAN (Ayat 10 )

Sesungguhnya, orang-orang yang beriman mempunyai ikatan persaudaraan yang kukuh. Oleh itu jauhilah pertelingkahan sesama kita.



A011
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


PENGAJARAN ( Ayat 11 )

1. Janganlah mengamalkan sifat bangga diri atau riak serta menilai diri lebih tinggi dari orang lain dari sudut harta, pangkat, ilmu dan sebagainya. Sifat sebegitu hanya dibenarkan dalam mendokong segala prinsip dan syariat Islam dan berasa bangga dengan lengkap dan sempurnanya Islam berbanding dengan agama yang lain, dan tidak merasa malu atau rendah diri mengenainya.
2. Janganlah kita mempersendakan orang lain seperti menghina, memalukan, memperlekehkan, mengutuk, mencaci dan seumpamanya.

KESIMPULAN ( Ayat 11 )

Dalam ayat ke-11 ini Allah (SWT) menetapkan dua larangan dalam konsep persaudaraan dalam Islam iaitu sifat riak dan suka mempersendakan orang lain.



A012

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.


PENGAJARAN ( Ayat 12 )

1. Janganlah kita melakukan larangan Allah iaitu, bersangka buruk dan syak wasangka terhadap satu sama lain dalam persaudaraan .

2. Kita dilarang untuk mencari kesalahan dan aib orang lain.

3. Kita juga dilarang mengumpat orang lain kerana mengumpat itu diibaratkan memakan daging saudara yang telah mati. 

4. Hendaklah kita menjauhi larangan-larangan tersebut dan bertaqwa kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Mengasihani.

KESIMPULAN ( Ayat 12 )
Dalam ayat ke-12 ini kesimpulan yang boleh kita peroleh ialah Allah melarang umat-Nya bersangka buruk sesama mereka, mencari kesalahan dan keaiban orang lain dan mengumpat.

A013

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).



PENGAJARAN ( Ayat 13 )

1.    Kita hendaklah saling menghormati antara satu sama lain.
2.    Kita mestilah berusaha untuk  meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
3.    Kita haruslah saling membantu sesama manusia.

KESIMPULAN ( Ayat 13 )

Setiap manusia memiliki kedudukan yang sama di sisi Allah, kelebihannya hanya terletak pada kadar ketakwaannya.  Manusia diciptakan oleh Allah pelbagai jantina, bangsa dan puak agar saling mengenali antara satu sama lain.



Thursday 8 October 2015

BAB 1: KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Apa yang telah saya pelajari daripada topik minggu ini ialah setiap manusia patut mengelakkan perasaan prejudis di antara satu sama lain. Prejudis ialah pendangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain. Lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka. 

Jadi  kita seharusnya sentiasa bersangka baik kepada semua untuk mengelakkan perasaan prejudis ini menjadi stereotaip. Stereotaip akan berlaku apabila kita mula meluahkan sangka buruk kepada orang lain. Hal ini akan menyebabkan orang lain juga akan bersangka buruk kepada individu tersebut dan menyebabkan tercetusnya pergaduhan di antara mereka. Kalau perkara ini berterusan dan semua bersifat seperti ini akan menyebabkan negara kucar kacir dan semua rakyat tidak akan bersatu padu.

Untuk mengekalkan keamanan negara, semua rakyat perlu sentiasa bersatu padu dan sentiasa mengelakkan perasaan prejudis daripada timbul di dalam diri. Kita perlu sentiasa bersangka baik kepada semua dan terima dengan ikhlas setiap kelebihan dan kekurangan diri dan orang lain kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini.

NOR FAIEZA FARHANA BT MAZLAN
2015217746
...........................................................................................................................................................................................

Bismillahirrahmanirrahim. Dari bab ini, apa yang saya dapat pelajari ialah dalam membina hubungan yang baik antara etnik, kita perlu menghindari prasangka negatif atau prejudis terhadap etnik yang lain. Prejudis ialah sangkaan yang buruk terhadap ahli atau kelompok etnik. Walhal individu tidaklah mewakili seluruh etnik tersebut. Dalam setandan pisang, bukan semuanya busuk.

Perasaan prejudis itu akan bercambah menjadi stereotaip apabila menyuarakan kenyataan negatif terhadap etnik tersebut. Ini akan mengundang kemarahan dan provokasi sesuatu etnik itu. Secara tidak langsung, sesuatu yang tidak diingini pasti akan terjadi antara etnik; pergaduhan, rusuhan, dan peperangan.

Dari meyuarakan pendapat negatif, tindakan seperti mencemuh dan mengejek atau erti kata lain diskriminasi juga menjerumus kepada hubungan etnik yang negatif. Perkara-perkara ini akan menjadi salah faktor tercetusnya peperangan antara satu sama lain. Hal ini perlu dielakkan demi keamanan negara kita yang berbilang kaum dan etnik. Kita mestilah menghormati dan memahami etnik lain untuk mengelakkan prejudis atau sangkaan buruk. Dengan sukarela bergaul dan beramah mesra dengan etnik lain, kita dapat menanam persefahaman antara kita dan tidak akan berprasangka buruk terhadap mereka. Jika ada perbezaan pandangan dalam sesuatu perkara, hendaklah kita hormati pandangan tersebut, janganlah kita mencemuh sebaliknya. Wallahu A'lam.

SYARIFAH NURUL SYIFA SYED DZULKARNAIN
2015832122
...........................................................................................................................................................................................

Assalamualaikum w.b.t. :)

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dalam rancangan...... Heee :D Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini sekali lagi untuk membaca entry kumpulan kami. Pada kelas kali ini, banyak info yang telah saya dapat mengenai Kesepaduan Hidup Bermasyarakat.. Terima kasih kepada Ustazah Mahfuzah dan kawan sekelas yang membentangkan tajuk ini. Sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam serta dapat menutup dan memperbaiki kelemahan tentang isu kemasyarakatan.


Masyarakat yang majmuk terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, bangsa, keturunan, warna kulit dan sebagainya. Pastinya banyak cabaran yang dihadapi dalam konteks hidup dalam situasi masyarakat yang harmoni. Dalam menangani masalah-masalah yang melibatkan kumpulan masyarakat, perkara yang paling penting ialah kita mestilah menjauhi sifat-sifat mazmumah seperti prejudis (bersangka buruk terhadap kaum dan masyarakat lain) dan stereotaip (mengutamakan kaum dan bangsa sendiri sehingga mengasingkan masyarakat lain). Sifat sebegini jelas dapat mewujudkan jurang perpaduan dalam masyarakat dan menghalang masyarakat untuk hidup dalam suasana aman dan damai tanpa perpecahan.


Kepaduan Masyarakat Dipupuk Sejak Kecil
Sumber daripada :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEis449-uVy5PNHCp_4cq7lHW2ZLX8VY768g44GrFyIJcwmMmo_eV0yO2ggCBPcs5hZVBWhwyqrwMu8_B-vAAeoohXCrqh0mu_Ku29N1d7jxD_dOjfMBmAX07HzYjWSrX9kzj0sbS2vlh5dd/s1600/perpaduankaum.jpg

Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618



Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D