Sunday 29 November 2015

MASYARAKAT INDIA BANDAR (INTERVIEW)

Assalamualaikum w.b.t :)

Bismillahirahmanirahim......

          Alhandulillah, bersyukur ke hadrat Illahi, kami diberikan kesihatan dan kekuatan untuk berkongsi ilmu yang telah kami perolehi dalam  proses pengumpulan data untuk entry kali ini. Diharapkan semoga para pembaca blog kami juga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T.

          Pada hari pertama kami menjejakkan kaki di dalam kelas CTU 555 bersama Ustazah Mahfuzah yang kami hormati, beliau telah memberikan tugasan yang amat berguna dalam konteks hidup bermasyarakat di negara Malaysia ini. Tujuan beliau memberi tugasan tersebut ialah agar kami lebih mengenali tentang budaya, cara hidup dan kepercayaan kaum-kaum di Malaysia agar integrasi nasional dapat dipupuk dalam diri kami semua. Ustazah telah membahgikan kami kepada lapan kumpulan dengan lapan jenis kaum yang berlainan termasuklah Masyarakat India Bandar (kaum India yang menetap di kawasan bandar).

          Bagi menyiapkan tugasan yang diberi, kami telah memilih kawasan-kawasan bandar yang ramai dihuni oleh masyarakat India, contohnya kawasan Klang dan Batu Caves. Kami juga sempat melawati Muzium Negara bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai tugasan kami. Oleh itu, pada tarikh 28 November 2015, kami bertiga telah bersepakat berkunjung ke destinasi yang telah kami bincangkan bagi meneruskan sesi interview.


Masyarakat India Bandar

1. Budaya dan Cara Hidup

MAKANAN TRADISI KAUM INDIA

1. PUTU MAYAM

briyani
Putu mayam ialah sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi ataupun sebagai snek.
Putu mayam diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur dengan air, santan kelapa  yang kemudiannya, doh itu ditekan ke penyaring untuk menjadikannya seperti mi halus. Selepas itu, ia akan distimkan dengan perahan air daun untuk dijadikan sebagai perasa. Setelah siap, mi itu akan dihidangkan bersama-sama parutan kelapa dan gula Melaka.

2. Roti Tempayan atau roti naan


Roti naan merupakan sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dimasak dengan cara menampalkannya dalamtempayan. Roti yang berbentuk bulat dan nipis ini mempunya beberapa ramuan, ianya termasuk tepung gandum, lelemak, dan rempah. Ia dimakan bersama kuah dal, atau kari dan kadang-kala dihidangkan bersama ayam tanduri.
Roti jenis leper ini dimasak dengan menggunakan tempayan untuk membakar roti, dikalangan penduduk Asia Tengah dan Asia Selatan, tempayan pembakar ini dikenali sebagai tandoor.Roti yang telah siap dibakar akan disapu dengan mentega atau minyak sapi.

3. Roti Canai 




Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau karidengan sambal ikan bilis.
Ada yang menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni “Channal”. Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.

4. Tandoori

Tandoori adalah masakan orang Punjabi iaitu di antara India dan Pakistan tetapi sekarang ia merupakan masakan yang terkenal di antarabangsa. Contohnya Ayam Tandoori. Ia diperbuat daripada halia, bawang putih, jintan putih, garam masala, cili merah. Ia merupakan masakan yang pedas. Kadang-kadang, kaum Punjabi juga campurkan kunyit ke atas ayam tersebut supaya ayam yang telah masak nanti akan berwarna kuning kemerahan. Ia dimasak di dalam oven yang bersuhu tinggi.

5. Kari 

 
Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal diBangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat “Se-Asia”. Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

6. Vadai 

vada1   2414632071_b2686a87ca_m
Vadai atau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan India. Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ia diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari.

7. Briyani

800px-kanabona_biryani
Briyani ialah sejenis  makanan berasaskan nasi dan dimasak bersama rempah, beras (beras basmati kebiasaannya) dan juga ayam, daging atau sayur –sayuran.

8. Nasi Daun Pisang

bananaleafrice001
Di dalam nasi daun pisang, nasi dihidangkan di atas daun pisang bersama – sama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan, jeruk dan papadum. Selalunya, hanya kuah kari sahaja dihidangkan, dagingnya tidak dihidangkan. Kerana, nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India. Secara tradisionalnya, ia dimakan dengan menggunakan tangan. Daun pisang digunakan kerana dipercayai, apabila nasi yang panas dihidangkan di atas daun pisang. Ia akan melepaskan lapisan atas daun pisang yang dapat membantu sistem penghadaman.

TARIAN MASYARAKAT INDIA

Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, dan Kathak.

Bharata Natyam 

bharata_natyam 

Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.


Kathak 

Kathak merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik India, berasal dari India Utara. Tarian ini boleh dijejak asalnya kepada pencerita lisan nomad India utara silam, dikenali sebagai Kathaks, atau pencerita. Pencerita ini, membuat persembahan di lapangan kampung dan laman kuil, kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah mitos dan moral dari kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan tangan dan mimik muka.


Ia pada asasnya merupakan teater, menggunakan alatan dan bunyi muzik bersama gerak tangan, bagi menghidupkan penkisahan. Dalam bentuk kini terkandung bekas tarian kuil dan adat, dan pengaruh pergerakan bhakti. Sejak abad ke-16 seterusnya ia menyerap sesetengah ciri tarian Parsi dan tarian Asia Tengah yang diimport oleh istana diraja era Mughal.




PERAYAAN ETNIK INDIA
 
1. Deepavali

  
Deepavali juga dikenali sebagai 'Dewali' dan 'Pesta Cahaya'.




'Deepa' membawa maksud pelita dan 'avalai' bermakna aturan. Gabungan kedua istilah ini memberi makna 'aturan pelita'. 
 
Pelita minyak pula dipasang di sekeliling koolam dan di sekeliling rumah. Cahaya pelita ini menandakan sambutan hari kejayaan iaitu kuasa baik mengatasi kuasa jahat. 

Amalan mandi minyak bijan (nallenai) dan mandi serbuk sintuk (ciakai) dilakukan sebelum terbitnya matahari (seawal jam 5.00 pagi) oleh anggota keluarga. Setelah selesai sembahyang di rumah (pooja) dengan diketuai oleh anggota keluarga yang paling tua, mereka akan memakai pakaian baru dan memepersiapkan diri. Anggota keluarga yang lebih muda akan memohon restu (asir vatham) dan keampunan (maniepuu) daripada anggota keluarga yang lebih tua. Kemudian seluruh ahli keluarga akan ke kuil untuk sembahyang (visesa pooja).



2. Puthandu (Tamil New Year)

Puthandu adalah sambutan hari pertama bagi tahun baru Tamil dalam pertengahan bulan April bagi masyarakat Tamil di Tamil Nadu, masyarakat puducherry di India, Tamil di Sri Lanka, dan masyarakat Tamil di Malaysia, Singapore dan Mauritius. Pada hari tersebut, masyarakat Tamil akan mengucapkan "Puttāṇṭu vāḻttukkaḷ!"  atau "Iṉiya tamiḻ puttāṇṭu nalvāḻttukkaḷ!". 


3. Karthigai Deepam


Karthikai Deepam or Karthikai vilakkidu ialah pesta cahaya bagi kaum Hindu terutamanya Tamil.

 



Pesta ini disambut di rumah dan di kuil dan jatuh pada bulan Karttikai (pertengahan November hingga petengahan Disember) dalam kalendar Tamil. Ini berlaku pada hari apabila bulan selari dengan buruj Karhigai (Pleiades) dan Pournami. Buruj ini muncul sebagai satu gugusan enam bintnag di langit yang memebentuk seperti loket di telinga.



 


 Agal vilakku (minyak pelita)


Pesta Karthigai ini sangat popolar di Tiruvannamalai, Tamil nadu and Koneshwaram,Trincomalee, Srilanka. Pada hari Karthigai, satu pelita yang besar dinyalakan di atas bukit (dalam kedua-dua kuil) yang boleh kelihatan sejauh beberapa kilometer. Api (deepam) disebut Mahadeepam. Penganut hindu melawat ke tempat itu, bersembahyang dan menyembah Dewa Shiva.
 



PERKAHWINAN KAUM INDIA

Kami berasa begitu bertuah kerana saat kami melawat Batu Caves untuk mencari Responden, terdapat sebuah majlis perkahwinan orang India di sebuah Kuil yang terletak di persekitaran Kawasan Keagamaan Batu Caves. Suasana perkahwinan jelas menunjukkan kebanyakan tetamu yang hadir dan pasangan pengantin merupakan masyarakat India Bandar yang kebanyakannya tinggal di Batu Caves, Selayang, Shah Alam dan Petaling Jaya. 


Kami dijemput untuk menyaksikan sendiri upacara perkahwinan di dalam kuil yang disebut sebagai Thirumanan- bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.

Bersama rakan-rakan pengantin perempuan


Pengantin perempuan diiringi pengapit


Seperti yang dimaklumkan oleh responden kami, seperti  juga  kaum  Melayu,  kaum  Cina  dan  lain-lain  kaum  di  Malaysia,  kaum India  tidak  ketinggalan  mengamalkan  adat istiadat  perkahwinan  yang  unik.  ,  5 hari  menjelang  hari  perkahwinan  berlangsung,  setiap  ahli  keluarga  pengantin  akan  melakukan  persiapan. Walaupun mereka merupakan masyarakat India yang tinggal di Bandar, adat  perkahwinan  India  di  Malaysia  memiliki  tahap-tahap  yang  tertentu  dan  masih  di amalkan oleh Masyarakat India Bandar  sehingga  ke  hari  ini.


Peringkat pertama (MERISIK)

Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Bagi responden, dia berpendapat bahawa golongan bandar agak mementingkan tahap pendidikan, pekerjaan, etika, moral tanpa mengambil kira factor rupa paras dan latar belakang keluarga.



Peringkat kedua (KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN)

Adat ini dikenali sebagai pen paarttal oleh masyarakat India atau dalam bahasa melayunya dikenali sebagai melihat bakal isteri. Ia pada lazimnya dilakukan selepas adat risik-merisik dilakukan. Ketika peringkat ini pihak lelaki akan mengunjungi pihak perempuan bagi tujuan melihat dengan sendirinya paras rupa bakal pengantin tersebut. Perbincangan berkenaan perkahwinan akan dilangsungkan oleh kedua-dua pihak. Sekiranya bapa kepada pengantin perempuan telah meninggal dunia, perbincangan akan dilakukan dengan wakil keluarga pengantin perempuan yang lain. Seperti juga didapati di dalam masyarakat Melayu, seiring dengan kunjungan ini disertakan juga dengan buah tangan seperti kelapa, buah pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum juga akan dibawa. Buah tangan ini perlu diterima jika pihak pengantin perempuan menerima tujuan baik mereka itu dan janji dapat dimeteraikan jika pihak perempuan menerimanya. Jika tidak ia wajib dipulangkan kepada pihak lelaki dan rombongan pihak lelaki akan dilayan seperti tetamu biasa. Pemberian hantaran ini adalah sebagai tanda hormat dan niat baik mereka untuk menjalinkan siratul-rahim diantara kedua keluarga terutamanya pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan.

Dalam masyarakat India adat pen paarttal bagi pihak perempuan pula sama tujuannya seperti  pihak lelaki iaitu untuk mengenal lebih lanjut akan bakal suami dengan mempelajari latar belakangnya. Bakal pengantin lelaki akan kemudian melafazkan janjinya untuk disatukan dengan bakal  pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan akan diumumkan kepada kedua pihak keluarga dan sebagai tanda ikatan, sirih pinang akan bertukar tangan diantara kedua-dua pihak. Upacara penukaran sirih pinang ini dikenalisebagai taambuulan marrutal. Setelah upacara penukaran sirih ini selesai tarikh sebenar perkahwinan akan diumumkan juga tidak ketinggalan perbelanjaan perkahwinan ini juga akan diselesaikan diantara kedua-dua pihak termasuklah kos catering, kad jemputan kahwin dan juga  persiapan-persiapan yang lain. Apabila kesemua langkah-langkah ini telah selesai upacara niecayam akan dilakukan dengan bertukar-tukar kalung bunga diantara kedua-dua pihak sebagai tanda persetujuan.


Peringkat ketiga (PARISAM)


Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam.
Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala Udan Parisa adalah  pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan.

Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

Kalung Bunga yang dijual di Batu Caves

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa  pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbu dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara  boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal ), adat ikat janji (niccayam) dan  pemberian hadiah



PERSIAPAN PERKAHWINAN

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya , kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Adat mukuurtakaal dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.

Upacara mengelilingi bara api

Thali (rantai dipakaikan pada hari upacara perkahwinan)

Keluarga pengantin lelaki di luar kuil memakai dhoti dan baju bertemakan warna kuning


Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Selepas perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.
        
Menurut  Responden, signifikasi  pokok pisang  yang  terlihat  di  setiap  tempat  upacara  majlis  perkahwinan  adalah  untuk  kekayaan  dan  keturunan.  Tambahan  lagi,  pengantin  akan  melakukan  upacara ritual  pusing  api  mengikut  arah  jam  di mana  api  merupakan  sebagai  saksi  bagi setiap  pasangan  untuk  sentiasa  setia  dan  isteri akan  sentiasa  taat  pada  suami. Rantai  yang akan di pasang  pada leher si  isteri  sebagai  tanda  perkahwinan.


PAKAIAN MASYARAKAT INDIA
      
            1) SARI

Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.


2)   SALWAR KAMEEZ / BAJU PUNJABI


Popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez.


3) KURTA

Kurta pula merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum india. Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. Kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar


4) KURTA PIJAMA
Dhoti

Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.



ALAT  MUZIK KAUM INDIA

Kami berasa begitu bertuah kerana pada hari upacara perkahwinan diadakan , kami diberi peluang melihat orang India bermain alat muzik budaya mereka. Meskipun mereka tinggal di Bandar, namun responden mengatakan bahawa untuk upacara dan adat tertentu seperti perkahwinan, mereka masih mengekalkan permainan alat muzik budaya mereka. Hal ini kerana ianya merupakan symbol kebahagiaan, kedamaian , dan keceriaan.

Pemain alat muzik yang memainkan lagu-lagu sepanjang upacara berlangsung

  1. SITAR

Sitar adalah sejenis alat muzik dalam kategori Membranofon.Ia merupakan sejenis lute yang berleher panjang dengan tujuh tali logam diregangkan di atas sebuah jambatan yang panjang. Dasarnya diperbuat daripada sebiji kulit labu keras yang berfungsi sebagai kotak bunyi.Satu set tali-tali halus yang ditala kepada mod raga yang dimainkan bertindak sebagai penggetar bagi menambahkan bunyi gema alat tersebut. Sitar memainkan peranan yang sangat penting di dalam Muzik Hindustan.


2. TAMBURA

Tambura dikategorikan sebagai alat Membranofon. Badannya berbentuk separuh bulat yang diperbuat daripada kayu nangka dipanggil sebagai Kudam.Sebatang leher yang panjang yang dipanggil sebagai Dandi disambungkan kepada Kudam. Tambura selalunya dimainkan di dalam persembahan.


           3. TABLA
     Tabla dan Baya dikategorikan dalam kumpulan Membranofon. Tabla ialah Gendang trebel yang    diletakkan di sebelah kanan pemain yang diperbuat daripada beberapa lapisan kayu.Manakala Baya  pula adalah gendang bes yang diletakkan di bahagian kiri pemain.Muka kedua-dua Gendang ini  ditutupi dengan kulit kambing. Tabla dan Baya bukan sahaja dimainkan di dalam Muzik Karnatik  dan Hindustan di Malaysia,malah ia juga digunakan untuk mengiringi muzik muzik sinkretik seperti  ghazal dan dangdut.

      
           4.  DHOLAK

         
   Dholak ialah sejenis alat Gendang dua muka berbentuk tong yang dikategorikan sebagai alat Membranofon. Permukaannya yang lebih kecil di sebelah kanan menghasilkan pitch yang lebih tinggi. Manakala di sebelah muka yang lebih besarmenghasilkan pic yang rendah.Baluh alat ini diperbuat daripada kayu dan diikat dengan tali. Dholak dimainkan untuk mengiringi muzik rakyat.


           5. MANJIRA

    Manjira dikategorikan sebagai alat Idiofon. Ia diperbuat daripada logam gangsa. Di dalam muzik klasik India,peranannya adalah untuk mengiringi nyanyian dan memainkan irama.Ia merupakan komponan yang penting di dalam muzik bhanjas dan muzik tarian.


KEPERCAYAAN AGAMA HINDU


Agama Hindu (Sanskrit: Sanātana Dharma “Kebenaran Abadi”), dan Vaidika-Dharma (“Pengetahuan Kebenaran”) adalah sebuah agama yang berasal dari anak benua India. Agama ini merupakan lanjutan dari agama Weda (Brahmanisme) yang merupakan kepercayaan bangsa Indo-Iran (Arya). Agama ini diperkirakan muncul antara tahun 3102 SM sampai 1300 SM dan merupakan agama tertua di dunia yang masih bertahan hingga kini. Agama ini merupakan agama ketiga terbesar di dunia setelah agama Kristen dan Islam dengan jumlah umat sebanyak hampir 1 juta manusia.

Dalam Agama Hindu ada lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha. Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu. Kelima keyakinan tersebut, yakni:

1. Widhi Tattwa – percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya
2. Atma Tattwa – percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk
3. Karmaphala Tattwa – percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan
4. Punarbhava Tattwa – percaya dengan adanya proses kelahiran kembali (reinkarnasi)
5. Moksa Tattwa – percaya bahwa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia.

Widhi Tattwa
Omkara. Aksara suci bagi umat Hindu yang melambangkan “Brahman” atau “Tuhan Sang Pencipta”.
Widhi Tattwa merupakan konsep kepercayaan terdapat Tuhan yang Maha Esa dalam pandangan Hinduisme. Agama Hindu yang berlandaskan Dharma menekankan ajarannya kepada umatnya agar meyakini dan mengakui keberadaan Tuhan yang Maha Esa. Dalam filsafat Adwaita Wedanta dan dalam kitab Weda, Tuhan diyakini hanya satu namun orang bijaksana menyebutnya dengan berbagai nama. Dalam agama Hindu, Tuhan disebut Brahman. Filsafat tersebut tidak mengakui bahwa dewa-dewi merupakan Tuhan tersendiri atau makhluk yang menyaingi derajat Tuhan.

Atma Tattwa
Atma tattwa merupakan kepercayaan bahwa terdapat jiwa dalam setiap makhluk hidup. Dalam ajaran Hinduisme, jiwa yang terdapat dalam makhluk hidup merupakan percikan yang berasal dari Tuhan dan disebut Atman. Jivatma bersifat abadi, namun karena terpengaruh oleh badan manusia yang bersifat maya, maka Jiwatma tidak mengetahui asalnya yang sesungguhnya. Keadaan itu disebut Awidya. Hal tersebut mengakibatkan Jiwatma mengalami proses reinkarnasi berulang-ulang. Namun proses reinkarnasi tersebut dapat diakhiri apabila Jivatma mencapai moksa.

Karmaphala Tattwa
Agama Hindu mengenal hukum sebab-akibat yang disebut Karmaphala (karma = perbuatan; phala = buah/hasil) yang menjadi salah satu keyakinan dasar. Dalam ajaran Karmaphala, setiap perbuatan manusia pasti membuahkan hasil, baik atau buruk. Ajaran Karmaphala sangat erat kaitannya dengan keyakinan tentang reinkarnasi, karena dalam ajaran Karmaphala, keadaan manusia (baik suka maupun duka) disebabkan karena hasil perbuatan manusia itu sendiri, baik yang ia lakukan pada saat ia menjalani hidup maupun apa yang ia lakukan pada saat ia menjalani kehidupan sebelumnya. Dalam ajaran tersebut, bisa dikatakan manusia menentukan nasib yang akan ia jalani sementara Tuhan yang menentukan kapan hasilnya diberikan (baik semasa hidup maupun setelah reinkarnasi)[8].

Punarbhawa Tattwa
Punarbhawa merupakan keyakinan bahwa manusia mengalami reinkarnasi. Dalam ajaran Punarbhawa, reinkarnasi terjadi karena jiwa harus menanggung hasil perbuatan pada kehidupannya yang terdahulu. Apabila manusia tidak sempat menikmati hasil perbuatannya seumur hidup, maka mereka diberi kesempatan untuk menikmatinya pada kehidupan selanjutnya. Maka dari itu, munculah proses reinkarnasi yang bertujuan agar jiwa dapat menikmati hasil perbuatannya (baik atau buruk) yang belum sempat dinikmati. Proses reinkarnasi diakhiri apabila seseorang mencapai kesadaran tertinggi (moksa).

Moksa Tattwa
Varanasi di Sungai Gangga, sungai suci Hindu. Varanasi menarik ribuan umat Hindu setiap tahun.
Dalam keyakinan umat Hindu, Moksa merupakan suatu keadaan di mana jiwa merasa sangat tenang dan menikmati kebahagiaan yang sesungguhnya karena tidak terikat lagi oleh berbagai macam nafsu maupun benda material. Pada saat mencapai keadaan Moksa, jiwa terlepas dari siklus reinkarnasi sehingga jiwa tidak bisa lagi menikmati suka-duka di dunia. Oleh karena itu, Moksa menjadi tujuan akhir yang ingin dicapai oleh umat Hindu.

NILAI DALAM AGAMA HINDUISME

1.       Dharma, yang bermaksud tanggungjawab.
2.       Ahimsa, yang bermaksud kasih sayang
3.       Dhruthi, yang bermaksud keberanian dan ketetapan.
4.       Kahamaa, yang bermaksud bertimbang rasa atau baik hati.
5.       Damo ialah mengawal fikiran.
6.       Stheyam, ialah tidak tamak.
7.       Showcha, yang bermaksud kebersihan.
8.       Mindriya Nigharam, ialah mengawal perasaan.
9.       Dheer, atau membentuk fikiran yang tetap adalah saling berkait dengan nilai mengawal perasaan
   


Ringkasan Interview Responden

Responden 1

Maklumat Responden


Rsponden Pertama
Nama : Kokila Vadieveloo
Umur : 25 tahun
Alamat : Seksyen 19, Shah Alam
Pekerjaan : Pelajar - Stamford College

Rumusan Interview

          Daripada sesi temu ramah yang kami jalankan bersama responden yang pertama, Cik Kokila menyatakan bahawa majoriti masyarakat mereka menjalankan aktiviti keagamaan contohnya, sembahyang. Ada di antara mereka akan pergi ke kuil ataupun menunaikannya di rumah dengan menggunakan colok sahaja. Beliau menyambung bahawa tujuan mereka sembahyang adalah sama sahaja dengan agama lain iaitu untuk meningkatkan keimanan dan untuk membersihkan jiwa. Dari aspek kenegaraan, Cik Kokila berpendapat bahawa dia tidak pernah melibatkan diri dengan mana-mana aktiviti politik dan kurang ambil tahu tentang perkembangan atau isu politik di negara ini. Pada pendapat beliau, kejayaan hidupnya ialah yang paling utama. Untuk berjaya dalam hidup setiap individu mesti mempunyai ilmu pengetahuan. Beliau menambah, dari segi kepimpinan kerajaan di Malaysia, semuanya bergantung kepada orang awam. Sesungguhnya pilihan itu berada di tangan semua orang (demokrasi). Cik Kokila juga ada menyatakan tentang diskriminasi antara orang Melayu dan bangsa lain khususnya dalam bidang pendidikan . Namun, beliau berpendapat semua itu sudah termaktub dalam perlembagaan sejak zaman dahulu lagi. Cuma yang beliau kesalkan bahawa mengapa generasi masyarakat India yang dahulu tidak cuba untuk mengubah perlembagaan tersebut. Bagi beliau dalam pendidikan, siapa yang lebih layak harus diberi peluang. Harapan beliau untuk masa akan datang agar para ibu bapa dapat memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan baik. Ilmu itu segalanya. Beliau berharap tiada lagi masyarakat Malaysia yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan.


"Education is everything. Everyone should have education even the basic knowledge to survive in life"





Responden 2

Maklumat Responden



Responden Kedua


Nama : Draupathy A/P Saminathan
Umur : 51 tahun
Alamat : Sun Way, Batu Caves
Pekerjaan : Kerani

Rumusan Interview

Secara konklusinya, hasil daripada temu ramah kami bersama Puan Draupathy, beliau masih menerapkan aktiviti keagamaan dalam keluarga. Walaupun beliau sibuk bekerja, namun pada hari minggu, beliau akan mengajak semua ahli keluarganya untuk bersembahyang di kuil. Menurut beliau lagi, biasanya sembahyang yang dilakukan pada 9 kali Sabtu bertujuan untuk menghapus dosa dan mengelak kecelakaan dengan memberi gagak  makan. Puan Draupathy juga ada menyentuh tentang larangan agama mereka, seperti contoh larangan bagi wanita yang mengandung ialah mereka tidak boleh menaiki tangga. Contoh larangan lain pula ialah jika terdapat mana-mana ahli keluarga mereka yang meninggal, mereka dilarang utk bersembahyang di kuil selama sebulan. Mereka hanya dibenarkan bersembahyang di rumah. Nilai tolong-menolong dan saling membantu ialah antara nilai murni yang diterapkan dalam agama Hindu. Agama mereka juga mengajar supaya bagi golongan yang sedang menuntut ilmu, mereka mestilah berdoa untuk kedua ibu bapa, guru dan juga tuhan mereka. Seterusnya, beliau menyatakan bahawa beliau tinggal di kawasan perumahan yang majmuk antara masyarakat India dan Melayu. Mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain dan bertegur sapa jika berselisihan. Dari segi kepimpinan negara pula, beliau berpendapat bahawa kepimpinan negara berada dalam keadaan yang tenat, tidak seperti zaman 20 tahun dahulu. Keadaan sekarang seperti penjajahan alaf kepada masyarakat. 



"Kepimpinan negara yang tenat bagaikan penjajahan alaf baru kepada masyarakat."






Responden 3

Maklumat Responden

Nama : Subramaniam
Umur : 49 tahun
Alamat : Sun Way, Batu Caves
Pekerjaan : Pemandu Teksi

p/s : Responden menolak untuk mengambil gambar atas alasan peribadi

Rumusan Interview

            Hasil daripada sesi temu ramah kami dengan Uncle Subramaniam, beliau berpendapat bahawa  tiada perbezaan antara agama dan bangsa. Semua agama dan bangsa mengajar pengikutnya mengenai nilai-nilai yang baik sahaja. Beliau juga berkata bahawa, setiap agama mempunyai hak kebebasan untuk melakukan aktiviti keagamaan masing-masing. Seterusnya, beliau menyatakan bahawa kawasan perumahan beliau bertempat di lokasi taman perumahan yang mempunyai pelbagai kaum yang majmuk. Jirannya terdiri daripada kaum Melayu dan Cina. Terdapat juga aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk semangat kesepaduan dalam kalangan penduduk di taman tersebut khususnya aktiviti untuk kanak-kanak. Beliau juga pernah melibatkan diri dalam aktiviti taman tersebut sugguhpun tidak begitu aktif akibat daripada masalah kesihatan. Dari aspek kekeluargaan pula, beliau menyatakan bahawa kerjaya beliau sebagai pemandu teksi kadang kala menghalang interaksi bersama keluarga. Namun, beliau menambah, jika ada terdapat masa lapang, pasti meraka sekeluarga akan berkumpul bersama. Di samping itu juga, Uncle Subramaniam berpendapat bahawa dari aspek pentadbiran politik negara Malaysia sekarang sangatlah lemah, lebih-lebih lagi dalam konteks ekonomi Malaysia. Harapan beliau agar Malaysia dapat kembali ke era kegemilangan seperti 20 tahun dahulu dan agar golongan belia sekarang kenal serta ambil tahu tentang kelemahan kepimpinan kerajaan sekarang demi mengubah masa akan datang.

" Orang muda perlu tahu tentang kepimpinan kerajaan  untuk mengubah masa akan datang"





Kesimpulan 

             Masyarakat  India sama ada di bandar mahupun luar bandar masih lagi mengamalkan budaya dan cara hidup asal mereka. Namun bagi mereka yang menetap di bandar-bandar besar, terdapat unsur-unsur kemodenan yang diterapkan dalam budaya mereka. Kesimpulannya, banyak lagi adat, budaya dan cara hidup masyarakat India yang belum kita ketahui. Namun, sesi soal jawab ini sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami secara lebih mendalam tentang masyarakat mereka. Pada pendapat kami juga, setiap individu perlu berusaha untuk lebih mengenali masyarakat atau kaum yang lain bagi memupuk nilai kasih sayang agar perasaan itu dapat menjadi jalan untuk membina intergrasi dan kesepaduan yang utuh dalam kehidupan masyarakat. Kesepaduan tersebut seterusnya dapat menjamin kehidupan yang harmoni, seterusnya dapat menjamin keamanan negara. 




Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D