Tuesday 1 December 2015

BAB 6: DARI SEGREGASI KE INTEGRASI


Usaha menggalakkan integrasi nasional di antara rakyat berbilang kaum yang berlainan bangsa, budaya, agama dan adat resam sememangnya sukar. Kerajaan telah melancarkan beberapa dasar sosial, ekonomi dan politik yang berkisar mengenai perpaduan nasional dan bersifat integrasi melalui penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita.
Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara wilayah, terutamanya antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Antara usaha-usaha yang telah diambil untuk memupuk perpaduan nasional ialah:
(a) Rukun Negara (ideology kebangsaan);
(b) Dasar Ekonomi Baru;
(c) Dasar Pendidikan Kebangsaan;
(d) Dasar Kebudayaan Kebangsaan;
(e) Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu);
(f) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara;
(g) Pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional;
(h) Integrasi antara wilayah.

Usaha ke arah mewujudkan integrasi etnik di Malaysia perlu melibatkan pelbagai pihak dan tidak seharusnya diserahkan kepada pihak kerajaan semata-mata. Pelbagai dasar yang dibuat oleh pihak kerajaan seharusnya disokong oleh masyarakat, NGO ataupun pihak swasta bagi memastikan hubungan etnik sentiasa berada di dalam keadaan harmoni. Oleh sebab itu, perpaduan merupakan salah satu cabaran dalam merealisasikan impian Wawasan 2020 suasana harmoni masyarakat kita telah menjadi teladan negara lain yang berbilang kaum

NOR FAIEZA FARHANA BT MAZLAN
2015217746
...........................................................................................................................................................................................


Dalam bab ini, saya pelajari bahawa manusia tidak akan lari dari hidup bermasyarakat. Hal ini kerana fitrah manusia saling berhubung dengan manusia lain. Integrai ialah proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik. Negara kita lebih mengutamakan integrasi dalam memupuk perpaduan rakyat. Dalam konteks negara kita, integarasi ialaih proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang pelbagai budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan. 

Meskipun terdapat pelbagai cabaran-cabaran dalam memupuk integrasi, namun usaha-usaha telah dijalankan oleh kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pembangunan Nasional, Wawasan 2020,  Konsep 1 Malaysia dan Jabatan Perpaduan Negara. 

Masyarakat juga memainkan peranan dalam memupuk integrasi seperti Rukun Tetangga dilaksanakan di taman perumahan, budaya ziarah-menziarahi, rumah terbuka, dan penerimaan budaya atau akultrasi budaya, contohnya, etnik Cina memakai baju kurung atau baju Melayu pada hari Jumaat di tempat kerja, di sekolah, manakala etnik Melayu pula menerima amalan memberi duit raya (angpau) yang diamalkan oleh kaum Cina.

Badan bukan kerajaan (NGOs) juga boleh membantu pihak kerajaan dalam memupuk integrasi; dalam aspek sosial; kebajikan masyarakat, kesukarelawan dalam bidang kesihatan, pendidikan, kebudayaan, alam sekitar, serta pendidikan dan dakwah. ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) sebuah NGO berperanan penting dalam mewujudkan integrasi antara kaum khususnya aspek dakwah. NWCO (Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita) berperanan meningkatkan penyertaan kaum wanita dalam aktiviti sosial, menjaga kebajikan kaum wanita, pendidikan, kesihatan, ekonomi serta hak asasi wanita. Kelab Rotary, Kelab Lion aktif membantu kanak-kanak miskin, rumah anak-anak yatim dan asrama. 

SYARIFAH NURUL SYIFA SYED DZULKARNAIN
2015832122
...........................................................................................................................................................................................

Assalamualaikum w.b.t :)

Alhamdulillah diberi kekuatan untuk terus berkongsi ilmu dalam entry kali ini. Seronok dapat melihat situasi di mana kemajmukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang hidup dalam susana aman damai dan tiada permusuhan bagai tiada sempadan antara mereka wujud sejak dari zaman dahulu lagi. Namun, sejak akhir-akhir ini bagai ada khabar-khabar angin yang cuba untuk menggugat kesepakatan antara kaum tersebut. Apakah yang boleh kita laksanakan bagi membendung masalah-masalah ini?

Dalam bab ini, dapat saya rumuskan bahawa integrasi dalam masyarakat amat penting. Penglibatan daripada semua kaum yang berbeza memainkan peranan  penting dalam memastikan integrasi dapat dicapai. Dapat saya lihat, banyak aktiviti yang diadakan khususnya dalam satu kawasan atau kelompok perumahan yang cuba menerapkan integrasi antara kaum, contohnya aktiviti gotong-royong dan hari keluarga. Perkara penting yang dapat mendorong kepada integrasi yang baik ialah komunikasi yang berkesan antara semua kaum. Adanya interaksi antara kaum ini, keharmonian hidup dapat dijaga.

Sumber daripada http://image.slidesharecdn.com/ppt-141013073753-conversion-gate02/95/ppt-integrasi-nasional-dari-kelompok-2-prodi-pend-bk-unsri-3-638.jpg?cb=1413186082

Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618



Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D

No comments:

Post a Comment