Friday 18 December 2015

ANALISA BAJET 2016

            Berdasarkan Analisia Bajet 2016 yang direncanakan oleh Prof Mohd Nazari Ismail, Biro Penyelidikan IKRAM, kumpulan kami telah bersepakat bahawa sebagai generasi muda, kita perlu lebih berpengetahuan dalam menghadapi isu-isu semasa yang dihadapi oleh Negara. Generasi belia yang rata-ratanya masih lagi dalam proses menyambung pengajian perlulah mengambil langkah yang professional dan bersifat terbuka dalam mengadapi isu-isu tersebut. Selain itu kita juga perlu sentiasa berfikiran rasional dan kritis dalam melakukan analisa ringkas berkaitan isu semasa. Secara ringkasnya, perkara paling utama dalam menghadapi isu ini, kita hendaklah berfikiran kritis dengan mencipta peluang dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan ekonomi hidup pada masa akan datang. Peranan yang paling utama ialah generasi muda perlu lebih tekun dan berusaha dalam meningkatkan ilmu pengetahuan agar lebih berjaya dalam hidup dan seterusnya dapat menjadi pelapis pemimpin yang berilmu serta dapat mengubah sistem kepimpinan negara kelak.



Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D

MENGAPA PAS DAN UMNO TIDAK BERSATU (PEMBANGUNAN POLITIK)

              Pada awal parti PAS dan UMNO ditubuhkan, kedua-duanya berada dalam satu gabungan Parti Perikatan yang turut dianggotai oleh parti-parti politik lain seperti SUPP, Gerakan, MIC, MCA dan sebagainya. Gabungan ini berlangsung dari tahun 1973 hingga 1978. Namun sehingga ke hari ini, faktor perpecahan PAS dan UMNO tidak dapat dikenalpasti kebenarannya. Secara keseluruhannya, ideologi tentang faktor perpecahan antara PAS dan UMNO terbahagi kepada dua mengikut pendapat kedua-dua parti tersebut.
             Menurut PAS, perpecahan mereka dengan UMNO disebabkan oleh kuasa politik UMNO yang dilihat kurang ke arah islamiah. Mereka juga menyatakan bahawa UMNO telah mengkhianati perjanjian asas UMNO-PAS sebelum terbentuknya gabungan tersebut. Namun begitu, isi perjanjian yang sebenar masih tidak dapat dikenalpasti.
             UMNO pula berpendapat bahawa, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa keadaan parti PAS yang tidak menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang ketika berada dalam Perikatan telah menyebabkan kuasa Perikatan semakin longgar. Hal ini menyebabkan berlakunya beberapa serpihan lain daripada Perikatan seperti Berjasa.
             Jelasnya, sehingga kini PAS dan UMNO masih tidak dapat bersatu disebabkan faktor perbezaan idealogi dan matlamat. Faktor lain juga disebabkan oleh perebutan kuasa politik menyebabkan penyatuan PAS dan UMNO masih belum dapat dilaksanakan.

Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D

Thursday 10 December 2015

BAB 7 & 8: SURVIVAL MELAYU & ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK


Assalammualaikum, bismillah. Pada hari ini, kami sudah berada di pengakhiran pembelajaran Malaysia Dalam Konteks Hubungan Etnik. Tajuk yang dibentangkan hari ini adalah Strategi Survival Melayu dan Bumiputera & Islam dan Hubungan Etnik. Melalui dua pembentangan ini, saya dapat simpulkan bahawa islam menjadi asas dan tunjang kepada usaha mengekalkan orang Melayu dan bumiputera untuk terus wujud atau hidup sekali gus membina hubungan etnik antara bangsa-bangsa yang lain di bumi bertuah ini.

Menurut Islam, setiap peranan dan tanggungjawab kerajaan adalah membela nasib orang Melayu dan Bumiputera. Dalam Islam, ianya tidak bercanggah selagi ia tidak menindas dan menzalimi hak-hak kaum lain yang ada di Malaysia. Hal ini kerana, dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah  nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengbahnya.

Islam mengajar dan memberi garis panduan kepada kita semua untuk membina hubungan etnik yang berlandaskan Islam, iaitu bermula dengan ta'aruf, tafahum, ta'awun, tadhamun, ukhuwwah dan mahabbah. Hasil daripada hubungan etnik ini ialah kasih sayang dan ia sangat penting dalam membentuk hubungan yang baik antara etnik dan dapat mengelakkan salah faham.

Kesimpulannya, setiap individu mempunyai peranan penting dalam mempertahankan dan meneruskan kesinambungan dan survival Melayu di Malaysia. Kita harus menyemai sikap dan rasa kasih sayang terhadap semua makhluk termasuk manusia, haiwan mahupun tumbuhan kerana ianya akan membentuk Hablu Minallah wa Hablu Minalnas kerana kita semua adalah makhluk Allah dengan harapan agar usaha yang tidak seberapa ini mampu mengubah kehidupan kita dan masyarakat ke arah yang lebih baik seterusnya melahirkan keharmonian kaum yang tidak berbelah bagi.

NOR FAIEZA FARHANA BT MAZLAN
2015217746

.......................................................................................................................................................................................


Dalam bab survival melayu ini, saya dapati bahwa terdapat beberapa strategi untuk mengekalkan kesinambungan orang Melayu dan bumiputera untuk terus wujud dan hidup di muka bumi Malaysia. Peranan kerajaan adalah amat penting untuk memastikan survival melayu dari sudut semua aspek; politik, ekonomi, sosial,  pendidikan dan budaya.  
Islam juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menjamin survival orang Melayu. Agama islam dikaitkan secara langsung dengan orang Melayu dalam perlembagaan Malaysia. Dalam Perkara 3(1), memartabatkan ajaran Islam sebagai agama orang Melayu. Selain itu, memastikan akidah orang Melayu tidak rosak dengan tidak membenarkan orang Melayu murtad. Maka, orang Melayu sendiri perlu ada kesedaran kendiri dalam meningkatkan mutu kualiti hidup dalam setiap aspek itu di samping menerapkan nilai-nilai keislaman dalam diri. 

Dalam bab Islam dan hubungan etnik pula, asas hubungan etnik menurut Islam ialah Al-ta'aruf (berkenal-kenalan). Asas yang paling utama dalam setiap hubungan ialah berkenalan dan ia menjadi fitrah (nature) manusia untuk hidup saling berhubung dengan orang lain dan berkasih sayang. Telah termaktub di dalam Al-quran bahawa Allah mencipta berlainan jantina, bangsa, rupa paras dan warna kulit untuk saling mengenali. Seterusnya, Al-tafahum (memahami). Saling memahami antara satu sama lain dapat mencapai kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Semangat persefahaman dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, neriadah, bersukan, hari keluarga, rumah terbuka dan aktiviti masyarakat lain agar masyarakat dapat memupuk persefahaman, saling menegur dan menasihati antara etnik. Ketiga, Al-ta'awun (saling membantu) dan kerjasama ke arah kebaikan, mengelakkan musibah demi mencapai kepentingan bersama dalam konteks masyarakat plural. Kerjasama boleh diberi dalam bentuk harta atau tenaga (kekuatan fizikal, kepakaran dan idea). Keempat, Al-tadhamun (saling menjamin) iaitu saling melindungi antara kalangan anggota masyarakat plural yang pelbagai etnik. Ia melahirkan rasa tanggungjawab untuk membantu anggota masyarakat lain yang memerlukan bantuan. Masyarakat lain juga akan rasa lebih selamat dan aman dengan jaminan tersebut. Adat dan budaya etnik lain dijamin dan dihormati. Kelima, Al-ukhuwah (persaudaraan) yakni hubungan yang rapat seperti saudara atau hubungan akrab seperti isi dan kuku. Orang mukmin itu orang yang bersaudara. Menurut Abdullah Nasih Ulwan, persaudaraan sebagai satu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam dalam diri seseorang tentang sifat bels kasihan, cinta kasih dan penghormatan diri. Persaudaraan berasaakan iman dan takwa melahirakan perasaan yang ikhlas dan jujur dan akan mengasihi sesama manusia yang terdiri pelbagai etnik sperti saudaranya sendiri. Akhir sekali, Al-mahabbah (berkasih sayang) merupakan sifat kemanusiaan (fitrah) yang wajar disemai dan dipupuk dalam jiwa sanubari setiap anggota masyarakat yang terdiri pelabagi etnik. Sifat berkasih sayang dapat mengikat hubungan kemesraan dan dapat menghapuskan permusuhan, perasaan hasad, benci-membenci dan permusuhan antara satu sama lain. 

Asas-asas perlu dipupuk terlebih dahulu agar hubungan antara etnik dapat disemai dengan lancar, tidak akan berlaku sebarang permasalahan yang tidak diingini seperti pergaduhan, rusuhan kaum, dan saling prejudis antara satu sama lain. Islam itu bukan setakat agama sahaja, bahkan merupakan satu cara hidup manusia dalam mencapai kesejahteraan dan ketenteraman hidup. Sebab itulah pentingnya Islam diterapkan dalam kehidupan seharian kita. Islam itu indah. Wallahu A'alam. 

SYARIFAH NURUL SYIFA SYED DZULKARNAIN
2015832122

.......................................................................................................................................................................................

Assalamualaikum w.b.t :)

Alhamdulillah.. Untuk entry refleksi kali ini, kami sekumpulan gabungkan antara tajuk Survival Melayu dan Islam dan Hubungan Etnik. 

Bab 7 (Survival Melayu)
Sebagai masyarakat Melayu, kita mestilah mempertahankan dan memelihara hak dan keistimewaan kita. Survival Melayu ini bukan hanya bertujuan untuk menjaga nama orang Melayu bahkan untuk memelihara keistimewaan agama Islam yang sememangnya sinonim sebagai agama anutan orang Melayu. Kesinambungan masyarakat Melayu juga dapat dijaga seterusnya boleh berdaya saing dengan bangsa lain dalam memajukan masyarakat Melayu itu sendiri. Saya sebagai generasi alaf baru perlu sedar akan kepayahan orang Melayu terdahulu dalam menjaga hak keistimewaan bangsa ini. Oleh itu, saya akan meneruskan perjuangan dalam memastikan survival Melayu terus terpelihara.

Bab 8 (Islam Dan Hubungan Etnik)
Dalam memastikan keharmonian antara etnik dalam masyarakat, nilai-nilai baik yang dibawa oleh agama Islam perlu diterapkan. Sebagai contoh, dalam memastikan kehidupan yang teratur dan mempunyai tujuan yang nyata, keseimbangan antara perkara duniawi dan akhirat perlu dititikberatkan. Dua perkara ini perlu berjalan seiring untuk mendapat matlamat kehidupan yang sempurna. Nilai-nilai murni yang dibawa oleh agama Islam guna boleh digunakan dalam memastikan hubungan baik sesama manusia dari awal perkenalan sehingga timbulnya rasa kasih sayang yang menjamin kesejahteraan hidup.


" Tiada siapa yang dapat mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan usaha yang berterusan daripada kaum itu sendiri. "

Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618

p/s : Ini merupakan refleksi yang terakhir daripada saya. Jumpa lagi. Terima kasih. Wasalam :)



Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D


Saturday 5 December 2015

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN DASAR PENSWASTAAN





Dasar penswastaan merupakan agenda besar-besaran dunia sejak diperkenalkan lebih 20 tahun lalu oleh kuasa kapitalis dunia iaitu Amerika Syarikat dan Britain. Dasar ini diperkenalkan oleh dua pengamal dari negara kapitalis iaitu Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher. Dengan sokongan organisasi-organisasi seperti Bank Dunia, Tabung Dana Antarabangsa, IMF dan Bank Pembangunan Asia, dasar ini berjaya memberi faedah yang besar kepada kerajaan yang melaksanakannya termasuklah dari segi pendapatan negara dan keutuhan politik. Dasar penswastaan  adalah fenomena politik dan ekonomi yang dilaksanakan sebagai pemindahan kepentingan atau pelaburan tertentu kerajaan kepada sektor swasta. Dengan itu, kuasa membuat keputusan kini beralih daripada tangan orang ramai kepada pihak swasta atau pemilik baru organisasi awam. Malaysia menjadi antara negara terawal melaksanakan dasar ini di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad

Dasar penswastan bukan sahaja mengaandungi kelebihan , malah tidak kurang juga dengan kelemahannya yang tersendiri.

Antara kelebihan Dasar penswastaan ialah :
1)      Membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat
2)      Rakyat menerima perkhidmatan yang lebih cekap dan teratur.
3)      Memberikan peluang kepada pekerja untuk memiliki saham sesuatu organisasi
4)      Peluang yang lebih baik untuk peningkatan dalam kerjaya
5)      Pengguna dapat membayar perkhidmatan yang disediakan oleh agensi yang diswastakan dengan bayaran yang murah kerana mempunyai persaingan antara syarikat.
6)      Pekerja diberikan kelebihan dari segi skim gaji berbanding dengan sektor kerajaan

Antara kelemahan Dasar penswastaan ialah :
1)      Mewujudkan eksploitasi antara pihak swasta kepada pengguna .
2)      Rakyat akan terbeban dari segi kewangan akibat daripada sesetengah pihak swasta yang mahukan keuntungan.

3)      Meggugat kedudukan sektor awam yang sedia ada.

Wednesday 2 December 2015

APAKAH MAKNA RAMADAN BUAT KITA?


Sebuah video yang mengisahkan tentang ekpresi secara visual individu menghadapi cabaran-cabaran di bulan Ramadan.

Nilai yang boleh diperoleh dari video ini ialah nilai bertuhan. Berserah diri kepada Allah. Dalam menghadapi pancaroba hidup, hendaklah kita berserah kepada Allah untuk memohon hidayah atau petunjuk supaya kita dapat tempuh ujian hidup.

Nilai seterusnya, nilai berkasih sayang. Kasih sayang Allah memberi rahmat kepada hamba-Nya yang sedang mengharungi ujian hidup dengan memberi petunjuk (panduan hidup) kepada hamba-Nya itu.

Selain itu, nilai berjaya dalam bidang; apabila seseorang itu berjaya melepasi cabaran-cabaran hidupnya dengan berpandukan Al-Quran dan meletakkan kedudukan Al-Quran dalam kedudukan tertinggi dalam kehidupannya.

Wallahu A'alam.

AKTIVITI BAB 3 - NOVEMBER 2015


Bab 3:  Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik
NOVEMBER 2015

Soalan 1

Jelaskan konsep perlembagaan.

KONSEP PERLEMBAGAAN
1)      Bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Malaysia menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh di kalangan rakyat Malaysia.

2)      Perkara-perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada kaum bukan bumiputera.

3)      Bagi sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.

4)      Dalam konteks Perlembagaan Islam, negara Islam pertama iaitu Madinah di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w telah membentuk Sahifah Madinah bagi melicinkan pentadbiran negara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan?

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara & setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Ia juga dianggap sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara.Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang2 sama ada bagi pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa shj.Perlembagaan umumnya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu: perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan perundangan, kehakiman dan eksekutif bertulis mendapat dan badan kuasa daripada perlembagaan. - Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual. - Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, menyentuh mengenai bidang kedudukan kedudukan agama Islam, istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dan sebagainya.

Apakah komponen utama yang terkandung dalam perlembagaan?

Komponen utama yang terkandung dalam perlembagaan
Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Persekutuan
Kebebasan Asasi
Kewarganegaraan
Persekutuan
Negeri-negeri
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
Peruntukan-peruntukan kewangan
Pilihan raya
Kehakiman
Perkhidmatan Awam
Kuasa-kuasa Khas menentang perbuatan Subversif dan kuasa-kuasa Darurat
Am dan Pelbagai
Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak
Peruntukan Sementara dan Peralihan
Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya
Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja



Soalan 2 

Mengapakah perlembagaan penting?  Apakah peranan dan fungsi perlembagaan bagi sesebuah negara?


            Perlembagaan penting dalam pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan sebagai garis panduan dalam penyediaan dan pembentukan sesebuah negara.  Perlembagaan dapat digunakan sebagai item dalam persediaan membentuk sebuah negara yang teratur, stabil dan mapan. Ia juga merupakan sumber rujukan tertinggi sebelum membuat apa-apa keputusan yang melibatkan hal-hal kenegaraan. Perlembagaan dilengkapi dengan akta-akta dan perkara-perkara penting untuk sesebuah negara dalam memastikan negara membangun dengan aman. Terdapat kepentingan-kepentingan khususnya hak dan keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu yang ditetapkan dalam perlembagaan bagi memastikan keistimewaan tersebut terus terpelihara. Hal ini kerana bukan mudah untuk meminda perkara-perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Sekiranya terdapat perkara yang ingin dibahaskan, ia perlu melalui proses yang agak rumit.




Soalan 3:  Apakah yang dimaksudkan dengan ketertinggian perlembagaan?

Ketertinggian perlembagaan bermaksud perlembagaan menjadi sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundanga tertinggi negara. Tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen. Semua undang-undang tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan. Sekiranya bercanggah, undang-undang tersebut akan terbatal. Walaupun YDPA merupakan ketua negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan.
 


Soalan 4:  Analisa perbezaan ciri-ciri utama bagi gagasan perlembagaan berikut:


Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Perlembagaan Malaysia 1963
Kedudukan Raja Melayu
Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan.
Perkongsian kuasa dilakukan antara Majlis Raja-raja dan Pesuruhjaya Tinggi pada peringkat pusat dan negeri
majlis raja-raja melayu memelihara orang melayu, bahasa melayu dan islam mengikut negeri-negeri sendiri
Agama Islam
Gabenor British dan sultan sebagai timbalan
Sultan Melayu
Agama Islam sebagai agama persekutuan (perkara 3) tetapi kebebasan agama-agama lain dibenarkan
Kedudukan negeri-negeri Melayu
Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British
Sebuah Persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri
Negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Pulau Pinang
Negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak
Negeri Singapura
Kerakyatan / Kewarganegaraan
Hak kerakyatan sama rata dengan prinsip Jus Soli
Diketatkan semula
·        Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu pemohon hendaklah lahir di Tanah Melayu dan telah bermaustatin selama 8-12 tahun.

·        Seorang pemohon asing mestilah bermaustatin selama 15 tahun.

·        Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun

·        Pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
Kewarganegaraan berdasarkan:

Prinsip jus soli

Secara automatik akan mendapat taraf kewarganegaraan tanpa mengambil kira kewarganegaraan ibubapa bagi orang yang lahir di Malaysia antara hari merdeka (31 Ogos 1957) dan Oktober 1962.
Sesiapa yg lahir selep[as tahun 1962, dia boleh diiktiraf warganegara sekiranya salah satu syarat dibawah dipenuhi:
Ibu atau bapanya warganegara ketika dia lahir atau,
Ibu atau bapanya telah bermaustatin di Malaysia ketika dia lahir atau,
Dia tidak mempunyai kewarganegaraan dari mana-mana negeri ketika dilahirkan
Jus Sanguinis
Mengikut undang-undang berdasarkan keturunan darah. Dia akan diiktiraf sebagai warganegara jika bapanya warganegara.

Perkahwinan
Memberi hak untuk wanita asing memohon sekiranya dia berkahwin dengan suami yang berwarganegara Malaysia.

Naturalisasi
Perkara 19 memperuntukkan utk memohon peluang utk menjadi warganegara Malaysia kepada permaustatin yg tidak lahir di persekutuan. Dengan syarat:
Berumur 21 tahun atau lebih
Telah bermaustatin di persekutuan tidak kurang 10 tahun dalam tempoh 12 tahun terdahulu sehingga tarikh memohon
Berniat hendak kekal di negeri ini
Berkelakuan baik
Mempunyai pengetahuan bahasa melayu yg cukup
Ketua Pentadbiran Negeri
Pesuruhjaya negeri & Majlis Mesyuarat Negeri
Sultan, Menteri Besar & Majlis Undangan Negeri
Raja dan Yang Dipertua Negeri dinasihati oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri
Keistimewaan orang Melayu dan bumiputera
Sama rata dengan bangsa lain
Dasar perlindungan terhadap Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan
Dikekalkan dalm Perkara 153 dan tanpa menafikan kedudukan yang sah bagi kaum lain









Soalan 5

Lengkapkan jadual di bawah mengenai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.


Unsur Tradisi
Penerangannya
Rasional
Pemerintahan Beraja
·         Merupakan sistem tertua di dunia.
·         Raja sebagai pemerintah tertinggi.
·         Di Malaysia, Yang di Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.
·         Dipilih daripada 9 buah negeri secara bergilir-gilir.
·         Bagi membolehkan Raja-Raja Melayu masih mempunyai kuasa ke atas pentadbiran negara.
·         Hubungan yang rapat antara rakyat dan Raja-Raja.
·         Mengekalkan hak istimewa orang Melayu iaitu sistem beraja.
Islam sebagai agama persekutuan
·         Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia; Islam sebagai agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan.
·         Walaupun Islam agama persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan.
·         Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan Melaka.
·         Undang-undang Islam telah diiktiraf di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris lagi.
·         Semasa penjajahan, kedudukan Islam masih terpelihara.
·         Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang beragama Islam.
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
·         Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi bahasa lain masih bebas digunakan.
·         Perlunya bahasa kebangsaan untuk menyatukan kaum yang berbeza.
·         Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara
·         Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan lebih tekal dari segi istilah dan sebutan.
·         Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia lagi.
Kedudukan istimewa orang Melayu
·         Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, Yang di Pertuan Agong mesti melaksanakan dasar untuk melindungi keistimewaan orang Melayu dan
Bumiputera (jawatan dalam perhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain).
·         Orang Melayu menerima prinsip jus soli dan bukan Melayu terima hakikat hak keistimewaan orang Melayu.
·         Terlalu sedikit orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan pada zaman penjajahan.
·         Orang Melayu hanya memerhati kepesatan Tanah Melayu.
·         Kebanyakan orang Melayu miskin, hidup di luar bandar dan sukar dapat pendidikan.
·         Orang Melayu kurang libatkan diri dalam perniagaan dan perlu diberi bimbingan.



Soalan 6: Perbandingan antara Perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah (dalam bentuk jadual)
-          


Perlembagaan Malaysia
Piagam Madinah
Sumber
Nasihat daripada Suruhanjaya Reid
Al-Quran
Tujuan
¦ Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil;
¦ Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah;
¦ Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat;
¦ Alat untuk menyelesaikan masalah;
¦ Menjamin riwayat negara bangsa; dan
¦ Menjamin keamanan dan kestabilan negara.
·        Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
·        Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
·        Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
·        Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
·        Mewujudkan keamanan di Madinah
·        Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
·        Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
·        Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
·        Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
·        Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.
Hak pemerintah
¦ Mendapat ketaatan daripada rakyat.
¦ Bagi negeri-negeri beraja, kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam manakala Yang Di Pertuan Agong (YDPA) sebagai ketua agama Islam bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak serta di wilayah-wilayah persekutuan.
¦ Bidang kuasa Raja-raja dipelihara.
·        Mendapat ketaatan daripada rakyat.
·        Nabi Muhammad diperakui sebagai Pesuruh Allah oleh orang Islam, dan sebagai ketua negara oleh orang bukan Islam.
·        Tempat rujukan dalam merungkai perbalahan antara rakyat.
Hak rakyat
¦ Kebebasan beragama
¦ Jaminan hak asasi manusia
¦ Hak kesamarataan
¦ Perlindungan daripada undang-undang jenayah
¦ Kebebasan bergerak
¦ Hak mempertahankan negara
¦ Hak mengundi pemimpin
¦ Hak bersuara, berhimpun dan berpersatuan.
¦ Hak kewarganegaraan bagi bukan Melayu

·        Kebebasan beragama
·        Jaminan hak asasi manusia
·        Hak mendapat perlindungan daripada kezaliman
·        Hak kesamarataan
·        Kebebasan bergerak
·        Hak mempertahankan negara
Tanggungjawab pemerintah
¦ Mentadbir dan menjaga kebajikan rakyat.
¦ Menjaga perpaduan rakyat dan keharmonian dalam negara.

·        Memerintah dengan adil terhadap semua golongan sama ada Islam dan bukan Islam mengikut fasal-fasal perlembagaan.
·        Merujuk kepada hukum Allah dalam menyelesaikan sebarang kemungkaran (bunuh) atau pertengkaran di antara sesama perserta piagam ini.
Tanggungjawab rakyat
¦ Taat dan setia kepada pemimpin
¦ Membentuk kesepaduan bangsa Malaysia dalam kepelbagaian kaum dan agama.
¦ Patuh kepada undang-undang negara.

·        Taat kepada Allah dan Nabi Muhammad.
·        Wajib mempertahankan Madinah dari serangan musuh sama ada musus dalaman atau musuh luaran.
·        Orang Islam dan bukan Islam bertanggungjawab memajukan dan meningkatkan ekonomi Madinah.
·        Golongan  bukan Islam tetap dengan pegangan lama dan saling menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara mereka.
·        Orang Islam hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap pertumpahan darah di jalan Allah.
·        Memperakui kewujudan dan kepentingan kaum lain.
Hubungan dengan bukan Islam
¦ Orang bukan Islam bebas mengamalkan agama sendiri dengan aman.
¦ Tiada perbezaan agama, keturunan dan tempat tinggal dalam mendapat perlindungan undang-undang.
·        Orang bukan Islam dan orang Islam bersama-sama mempertahankan Madinah daripada serangan musuh.
·        Keselamatan dijamin dan diberi hak warganegara jika mereka memutuskan hubungan dengan orang kafir Quraisy.
·        Orang Islam dan orang bukan Islam saling tolong-menolong jika ada satu pihak dalam kesusahan.
·        Selama mana orang mukmin berperang, orang-orang Yahudi hendaklah memikul perbelanjaan bersama-sama orang mukmin.

 
       Apakah persamaan dan perbezaan?

Persamaan
Perbezaan
1.      Larangan perhambaan
§  Piagam Madinah: Fasal 1
§  Perlembagaan Malaysia: Perkara 6
1.      Pemerolehan kewarganegaraan
-          Perlembagaan Malaysia; Perkara 14 hingga 31 (tetapi tetapi perkara 30A, 30B, 19A, 20 dan 21 telah dimansuhkan
2.      Kebebasan beragama
§  Piagam Madinah: Fasal 25
§  Perlembagaan Malaysia: Perkara 3(1) & 11(1)
2.      Majlis Raja-raja
-          Perlembagaan Malaysia: Perkara 38
3.      Hak asasi manusia
§  Piagam Madinah: Fasal 2 hingga Fasal 10
§  Perlembagaan Malaysia: Perkara 5 hingga Perkara 13
3.      Badan perundangan persekutuan
Perlembagaan Malaysia: Perkara 44 hingga 65
4.      Hak semarataan
§  Piagam Madinah: Fasal 16, Fasal 26, Fasal 27, Fasal 28, Fasal 29, Fasal 30, Fasal 31, Fasal 32, Fasal 33, Fasal, 34, Fasal 35.
§  Perlembagaan Malaysia: Perkara 8(1)
4.      Tatacara perundangan
Perlembagaan Malaysia: Perkara 66 hingga 68
5.      Perlindungan daripada undang-undang jenayah
§  Piagam Madinah: Fasal 21
§  Perlembagaan Malaysia: Perkara 7(1)
5.      Keupayaan berkenaan harta, kontrak dan guaman
Perlembagaan Malaysia: Perkara 69
6.      Memperakui kewujudan dan kepentingan kaum lain
§  Piagam Madinah: Fasal 25
§  Perlembagaan Malaysia: Perkara 12

7.      Kebebasan bergerak
§  Piagam Madinah: Fasal 36
§  Perlembagaan Malaysia: Perkara 9(2) & (3)

8.      Pemimpin negara
§  Piagam Madinah: Fasal 42
§  Perlembagaan Malaysia: Perkara 32(1)

9.      Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
§  Piagam Madinah: Fasal 43
§  Perlembagaan Malaysia: Perkara 5

10.  Kedudukan perundangan
§  Piagam Madinah: Fasal 23
§  Perlembagaan Malaysia: Perkara 4

 




Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D