Thursday 17 September 2015

AL- A'RAAF, 172-173










Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".









Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?



KESIMPULAN

  • Dalam ayat ini, Allah memperlihatkan kekuasaan-Nya, bahawa Dia telah menciptakan seluruh umat manusia (sejak Nabi Adam hingga di saat hari kiamat), untuk mempersaksikan kepada mereka bahawa Allah itu Tuhan yang mencipta dan pemilik mereka dan sesungguhnya tiada Tuhan selain Dia. Oleh yang demikian, orang-orang musyrik itu tidak akan mengatakan bahawa mereka tiada jalan lain selain mempersekutukan Allah seperti orang tua mereka terdahulu dan sesungguhnya mereka tidak tahu mempersekutukan Allah adalah berdosa besar. Mereka juga merasakan bahawa mereka tidak patut diseksa dengan perbuatan tersebut.