Roh ialah unit asas hidup manusia. Menurut imam al-ghazali,
alquran memberi penjelasan tentang fungsi roh dan menegaskan bahawa dari segi
hakikat roh termasuk dalam urusan Allah s.w.t. Manusia diberi pengetahuan yang
amat sedikit mengenainya. Roh merupakan satu zat yang halus. Zat inilah yang
mengetahui mengenai kebenaran lalu menerima kebahagiaan atau menjadi sesat. Zat
ini bersifat kekal, datang sementara waktu dan akan kembali ke alam akhiratnya.
Roh berfungsi
menghidupkan jasad, bergerak roh, maka bergeraklah jasad. Segala perbuatan
jasad adalah datangnya daripada perbuatan roh. Secara umumnya, roh diutuskan
dalam jasad adalah untuk beribadah kepada Allah. Walaubagaimanapun, roh turun
ke bumi dalam jasad, roh telah terpesona dan tertipu dengan apa yang ada dibumi
yang menyebabkan ia lupa akan janjinya kepada Allah s.w.t iaitu beribadah
kepadanya. Roh akan jauh tertipu dengan bisikan daripada manusia dan jin iaitu
manusia akan lupa akan anugerah dan amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t
kepadanya.
Tambahan, pembentukan
masyarakat yang bertuhan akan melahirkan budaya sama ada baik atau tidak yang telah
dipengaruhi oleh pengaruh persekitaran hasil daripada fitrah roh. Individu
perlu menjaga roh individu dan roh masyarakat supaya dapat membentuk masyarakat
yang bertuhan. Fitrah roh juga telah mengajar masyarakat yang bertuhan supaya
terus memelihara hubungan yang baik sesama manusia. Hubungan yang baik sesama
masyarakat yang bertuhan telah melahirkan fitrah roh yang sentiasa memelihara
hubungan sesama manusia.
Selain itu, hubungan fitrah roh dengan pembentukan
masyarakat yang bertuhan adalah ingin mencari dan mengenal tuhan yang telah
menciptakannya serta boleh memahami tanda-tanda kekuasaan tuhan di lingkungan
sekitar ataupun ke alam semesta ini. Fitrah roh juga telah menjadi sumber moral
kepada kehidupan masyarakat yng beragama. Fitrah roh sangat penting dalam
pembentukan moral dalam kehidupan masyarakat yang beragama. Ia juga telah
mengajarkan iman kepada tuhan dan kehidupan akhirat serta kerana adanya
perintah dan larangan dalam agama.
Nor Faieza Farhana Bt Mazlan
2015217746
...........................................................................................................................................................................................
Bismillahirrahmanirrahim.
Telah berlaku satu peristiwa penting di alam roh, iaitu perjanjian antara roh dengan Allah, Tuhan sekalian alam. Apa yang diperjanjikan oleh roh terhadap Allah?
Segalanya telah diceritakan di dalam Al-Quran, Surah Al-A'raaf, ayat 172, Allah mengambil kesaksian terhadap roh dengan berfirman, "Bukan Aku Tuhan kalian?". Maka mereka (roh) menjawab, "Bala, syahidna", yang bermaksud "Benar (sangat-sangat benar), kami bersaksi."
Daripada sini, kita dapat lihat bahwa kita yakni manusia di alam dunia ini telah mempersaksikan Allah sebagai Tuhan sekalian alam. Semua makhluk yang bergelar manusia, tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit telah melakukan persaksian itu.
Jadi apa kaitan kewujudan kita sebagai ahli masyarakat dengan peristiwa alam roh itu?
Perjalanan kehidupan roh bermula dari Alam Roh, kemudian di Alam Rahim (kandungan ibu, di mana roh ditiupkan di dalam jasad), seterusnya dihidupkan di Alam Dunia, setelah itu, jasad itu dimatikan dan roh itu menghadapi Alam Kubur, dan akhir sekali, Alam Akhirat.
Saat ini, kita berada di Alam Dunia, mempunyai tanggungjawab yang telah diberikan sejak Alam Roh, iaitu, melunaskan perjanjian atau persaksian kita. Dunia ini merupakan ujian dalam bentuk senang mahupun susah, buat kita sebagai hamba Allah S.W.T. untuk lihat sejauh mana ketaatan, keimanan kita terhadap Allah.
Adakah bila kita diberi kesenangan atau kemewahan atau dapat apa yang kita idamkan, kita menjadi orang yang tidak bersyukur? Adakah kita akan jadi lebih takabur, riak dan sombong? Seandainya berlaku sebaliknya, adakah kita akan menyalahkan takdir Allah S.W.T?
Masyarakat ialah sekumpulan manusia yang hidup di sesuatu kawasan, daerah, negeri mahupun negara. Masyarakat negara kita terdiri daripada berbagai-bagai kaum.
Tujuan kepelbagaian masyarakat ini adalah untuk saling mengenali antara satu sama lain. Dengan mengenali masyarakat yang berlainan bangsa, kita dapat lihat rahmat Allah dalam diri individu itu sekiranya kita benar-benar faham tujuan Allah S.W.T. mencipta pelbagai jenis bangsa, agama, jantina di muka bumi ini. Secara tidak langsung, kita dapat mengenali sifat-sifat Allah daripada individu tersebut. Mana-mana sifat yang baik haruslah kita contohi, manakala yang kurang baik, hendaklah kita perbaiki dan berusaha menjadi lebih baik.
Jangan pula kita menghukum kepada golongan yang tidak sehaluan dengan kita. Berkemungkinan golongan itu lebih baik daripada kita sendiri. Jika kita bersikap sedemikian, ianya kerana roh kita sendiri tidak sihat. Fitrah roh itu bersifat mulia dan baik. Bila kita menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang baik, ianya terhasil daripada roh kita yang baik dan sihat. Hal ini kerana kita tetap berpegang pada janji kita kepada Allah S.W.T. Sebagai hamba Allah yang beriman dan taat, kita mesti patuhi suruhan dan larangan-Nya. Dalam islam, kita disarankan untuk berkasih sayang sesama manusia di samping menjaga hubungan sesama manusia (hablum minan nas) selepas menjaga hubungan dengan Allah (hablum minAllah). Wallahu A'alam.
Syarifah Nurul Syifa Syed Dzulkarnain
2015832122

Assalamualaikum w.b.t :)
Pada sesi kelas CTU pada hari ini, Ustazah Mahfuzah telah menyentuh berkenaan LIMA alam yang pasti dilalui oleh semua umat manusia. Secara ringkasnya, LIMA alam tersebut ialah :
ALAM ROH --> ALAM RAHIM --> ALAM DUNIA --> ALAM KUBUR --> ALAM AKHIRAT
Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618
Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D

Kesimpulan yang dapat diambil dari
tajuk ini, kejadian asal semua umat manusia adalah bermula dari alam roh. Roh
setiap seorang daripada kita diciptakan bersifat baik dan suci. Termeterai juga
perjanjian antara roh setiap umat manusia dengan penciptanya (Allah) untuk
mentauhidkan diri ke jalan-Nya. Untuk menepati janji tersebut, kita hendaklah
terus menjaga kesucian roh dengan menanam dan mengamalkan sikap-sikap yang baik
dalam kehidupan. Elakkan permusuhan antara satu sama lain kerana asalnya roh
setiap umat manusia adalah bersaudara.
Itu saja untuk entry kali ini. Jumpa lagi!! Wasalam.
2015217618
Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D
No comments:
Post a Comment