Thursday 1 October 2015

SURAH AL A'RAF

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Apa yang dapat saya pelajari dari surah Al Araf ini, kita perlu meningkatkan lagi keimanan kita terharap pencipta yang satu. Kita wajib memperakui kekuasaan Allah SWT yang mengatur dan menjaga alam ini. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini perlu menjalankan tanggungjawab kita sesama manusia, perlu saling hormat-menghormati, mengingatkan satu sama lain sekiranya terleka dan macam-macam lagi. Selain itu, surah ini juga menyatakan larangan daripada mengikuti perbuatan dan adat istiadat yang buruk serta kewajipan manusia untuk mengikuti segala perintah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Contohnya, kita perlu menghindari makanan yang boleh membawa kepada kemudharatan seperti meminum arak, makan khinzir dan sebagainya. Hal ini kerana bukan tanpa sebab Allah SWT melarang kita umat Islam daripada memakan makanan tersebut tetapi sekiranya kita makan ia akan memudaratkan kesihatan dalam badan kita. Insya'Allah, Sekian, terima kasih.


Nor Faieza Farhana Bt Mazlan (2015217746)

.............................................................................................................................................................................................

Bismillah, berdasarkan surah Al-A'raaf, ayat 172, saya dapat pelajari ialah kita telah melakukan perjanjian ketika di alam roh. Perjanjian antara roh dengan Allah. Perjanjian termetrai apabila roh-roh membenarkan lantas mempersaksikan bahawa Allah adalah Tuhan sekalian makhluk. Supaya kita tidak akan lupa atau lalai akan hakikat perjanjian ini. Dalam erti kata lain, ayat surah ini adalah bukti peristiwa perjanjian di alam roh. Justeru, kita tidak boleh mengatakan bahawa kita tidak tahu-menahu tentang hal ini kerana telah diceritakan di dalam Al-Quran. Kalam Allah itu benar-benar belaka dan tidak boleh disangkal bukan? Ayat yang seterusnya, 173, adalah sambungan dari ayat 172, perjanjian tersebut adalah bukti supaya kita tidak akan membuat alasan perbuatan syirik tu kerana mengikut orang-orang dahulu dari kita (ibu bapa, nenek moyang, keturunan) dan tidak akan mempersoalkan mengapa kita patut dihukum melakukan perkara mempersekutukan Allah. Sedangkan kita sudah mengetahui hakikat itu. Itulah salah satu kepentingan mempelajari dan menghayati Al-Quran dalam mengenal siapa diri kita dan secara tidak langsung dapat mengenal Tuhan alam semesta dan sekalian makhluk.
Justeru, kita mesti tahu dan sedar akan asal-usul kehidupan kita dan atas sebab apa kita dihidupkan di alam dunia. Apabila kita sudah mengetahui sesuatu perkara, janganlah kita abaikan dan tidak ambil peduli lantas membuat alasan kita tidak tahu tentang hal itu. Sesungguhnya, perbuatan itu sangat menjengkelkan dan tidak menunjukkan kematangan. Kita sebagai hamba Allah S.W.T. yang memperakui ketuhanan Allah, hendaklah menuruti segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Itulah syarat untuk menjadi hamba Allah yang sejati. WallahuA'alam.

Syarifah Nurul Syifa Syed Dzulkarnain (2015832122)
.............................................................................................................................................................................................

Assalamualaikum w.b.t :)

Alhamdulillah.., Selesai sudah pemahaman yang lebih mendalam tentang surah Al-A'raaf ayat 172 dan 173. Berdasarkan ayat-ayat tersebut, dapat saya simpulkan bahawa sebenarnya telah ada satu perjanjian yang termeterai antara roh-roh setiap umat manusia dengan Allah S.W.T. Sesungguhnya roh-roh kita telah mempersaksikan bahawa Allah adalah tuhan yang mencipta sekalian makhluk. Di sini juga roh-roh kita telah memperakui kebesaran Allah. Perjanjian ini juga menjadi satu panduan dalam hidup kita bahawa sesungguhnya tujuan kita hidup di dunia ini adalah semata-mata untuk mentauhidkan diri kepada Allah S.W.T. 

Seterusnya dalam ayat 173 pula, Allah memperingatkan kepada kita bahawa perjanjian akan menjadi bukti supaya kelak tiada alasan untuk kita mensyirikkan Allah. Alasan tersebut sama ada kita tidak tahu bahawa mensyirikkan Allah itu suatu perbuatan yang berdosa besar ataupun alasan bahawa kita mensyirikkan Allah hanya kerana mengikut jejak langkah orang tua kita terdahulu (keturunan). Sesungguhnya memang benar hidayah itu milik Allah tetapi umat manusia juga harus berusaha mencari hidayah Allah agar dapat jauh dari kemurkaan-Nya.

Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618



Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D

No comments:

Post a Comment