Friday 16 October 2015

BAB 3: PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu Perlembagaan bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis. Perlembagaan Bertulis ialah Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen.  Di Malaysia mengamalkan Perlembagaan Bertulis. Badan perundangan, Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif mendapat kuasa daripada Perlembagaan. Di Malaysia, tiada institusi lain yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Tidak Bertulis ialah semua prinsip Perlemabagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.
Pentingnya perlembagaan ini untuk menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan, melindungi kepentingan semua etnik di dalam negara dan mewujudkan rangka sistem politik yang sistematik. Tiga perkara penting dalam tajuk ini ialah Piagam Madinah, Bahasa Melayu dan juga kedudukan istimewaan orang Melayu.

Piagam Madinah ialah perlembagaan bertulis pertama di dunia. Diwujudkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai panduan kepada pembentukan negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah sangat berkesan dalam membentuk perpaduan orang Islam dan orang bukan Islam sejak dulu lagi. Piagam Madinah sangat berkesan sehingga 2/3 dunia kerana ianya datang dari Allah SWT dan kerana keadilan dan kebebasan yang diberikan kepada orang bukan Islam dalam mengamalkan agama masing-masing.

Seterusnya Bahasa Melayu. Bahasa Melayu sangat penting dalam menyatukan semua kaum. Sebagai orang Melayu kita seharusnya bangga kerana bangsa dan kaum lain belajar Bahasa Melayu. Tulisan jawi juga seharusnya tidak dilupakan agar menjadi tunjang dalam mengagungkan keistimewaan orang Melayu.

Kedudukan orang Melayu juga haruslah dipelihara dari terhakis ditelan zaman. Sebagai pewaris bangsa di masa akan datang, kita seharusnya bangkit dan tetap pertahankan hak-hak orang Melayu dari terus dijajah dan hilang mengikut peredaran masa. Semua orang haruslah bersatu dan bekerjasama dalam mengekalkan perpaduan antara kaum yang seharusnya berasaskan Al-Quran dan As-sunnah.

NOR FAIEZA  FARHANA BT MAZLAN
2015217746
.............................................................................................................................................................................................



Perlembagaan ialah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara, juga berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Negara kita mengamalkan perlembagaan bertulis. 

Meskipun perlembagaan negara kita ada campur tangan British, namun, 'unsur tradisi' yang dilaksanakan sebelum penjajahan dapat dikekalkan dan termaktub dalam perlembagaan; 1) Pemerintahan Beraja Bahasa, 2)  Agama Islam sebagai agama persekutuan, 3) Melayu sebagai bahasa rasmi dan 4) Kedudukan istimewa orang Melayu & Bumiputera Sabah Sarawak. Unsur tradisi ini berperanan menstabilkan sistem politik negara dan ianya dilindungi di bawah Akta Hasutan. Walau bagaimanapun, ianya dianggap isu sensitif dan dilarang dijadikan isu perbincangan. 

Piagam Madinah juga dikenali sebagai Sahifah Madinah ialah perlembagaan bertulis pertama di dunia. Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara memerintah Madinah berdasrkan Piagam Madinah. Piagam  ini meletakkan al-Quran sebagai sumber tertinggi negara. Mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan al-Quran maka akan sendirinya terbatal. Sahifah Madinah ini digubal oleh Nabi Muhammad SAW dengan pimpinan wahyu daripada Allah SWT. 

Hasil daripada perlembagaan Madinah ini, orang Islam dapat bersatu padu dengan orang bukan Islam . Rakyat Madinah yang berbeza agama dan bangsa bersama-sama mempertahankan Madinah, saling bekerjasama, bantu-membantu antara satu sama lain di samping keharmonian dan kesejahteraan dapat dipupuk. Hak-hak dan tanggungjawab diperuntukkan bagi orang Islam dan bukan Islam dalam perlembagaan Madinah adalah adil dan saksama.

Zaman moden ini, ada juga pihak yang mempertikaikan perkara-perkara dalam perlembagaan terutamanya hak istimewa orang Melayu. Permasalahan ini akan berlaku jika tiada persefahaman antara etnik Melayu dengan etnik lain. Bila sudah ada persefahaman, kita akan lebih mengerti dan tidak akan mempersoalkan hal tersebut. Sebelum memutuskan sesuatu hendaklah kita berfikir terlebih dahulu. Ada pepatah dalam bahasa Inggeris, 'Think two hours, talk two minutes'. Adalah molek kita lebih memikirkan tentang rasional atau kebaikan dan implikasi atau keburukan sesuatu perkara itu daripada bercakap tanpa berfikir. 

SYARIFAH NURUL SYIFA SYED DZULKARNAIN
2015832122
.............................................................................................................................................................................................

Assalamualaikum w.b.t. :)

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dapat saya meneruskan perjuangan menulis entry pada kali ini. Terima kasih kepada yang masih setia membaca entry saya yang serba ringkas ini. Tajuk yang telah saya dan rakan-rakan sekelas yang lain bincangkan pada kelas kali ini agak berat iaitu tajuk mengenai Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Dalam bab ini, banyak perkara-perkara dalam perlembagaan dibentangkan dan dincangkan contohnya Perkara 3; Agama Islam sebagai agama persekutuan, Perkara 152;  Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153; Hak Istimewa Orang Melayu

Semestinya tajuk ini dapat memberikan pendedahan yang lebih lagi mengenai perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan. Perlembagaan di Malaysia diwujudkan sebagai garis panduan dalam pentadbiran. Perlembagaan ini juga dapat memastikan kehidupan masyarakat di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan teratur. Ia juga boleh menjadi tunjang kepada kesepaduan masyarakat di Malaysia dengan menjaga hak dan kepentingan kaum masing-masing tanpa perbalahan. Oleh itu, nilai relevan perlembagaan persekutuan ini hendaklah sentiasa dijaga dan dipelihara. Piagam Madinah juga boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam memelihara perlembagaan dan kepentingan masyarakat.


Sumber daripada https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXTqh-dYcK1vDpKPtBnYkCtuwCAuA23d8UCjsq6cGxnDpBypUfCrvquMCvLkiL6GhqWic3RHowtPIxuH9_5GT7DGArs_KcTz0OH7Ig4yja90u1hp0wRbIsstkjv8kA5I0sEvsINMYD0Q/s1600/senarai-yang-di-pertuan-agong-terkini.jpg

Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618



Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D

No comments:

Post a Comment