Thursday 15 October 2015

BAB 2: PLURALITI ALAM MELAYU

Dalam bab Pluraliti dan masyarakat pluralistik di Malaysia,
saya dapati bahawa, konsep pluraliti itu sendiri iaitu terbentuk hasil pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia yang melahirkan fenomena sosial yang istimewa di alam melayu.

Terdapat dua konsep utama ciri-ciri masyarakat asia tenggara iaitu pluraliti dan pluralistik. Antara perbandingan pluraliti dengan pluralistik ialah pembentukan pluraliti adalah secara semulajadi, sukarela, disertai keluarga dan menjamin ketenangan pemikiran dan perasaan. Manakala pluralistik ialah secra paksaan, demi kepentingan ekonomi dan politik inggeris, tidak disertai keluarga dan tidak pernah melupakan negara asal.

Terdapat garis masa masyarakat plural iaitu bermula daripada kesultanan melayu dan manakala garis masa bagi masyarakat pluralistik ialah pada zaman penjajahan eropah dan inggeris secara paksaan. Akhir sekali terdapat empat cara penyebaran Islam di tanah melayu Melaka iaitu melalui perdagangan, perkahwinan, pengislaman raja dan peranan mubaligh yang datang ke Melaka.

Islam di asia tenggara sebenarnya mula tersebar daripada kesan mimpi-mimpi sultan terdahulu. Sini kita dapat lihat bahawa sultan diberi kelebihan daripada Allah swt untuk menerima hidayah dahulu untuk memeluk islam. Selain itu, kita patut berbangga sebagai orang asia tenggara kerana disini lah bermulanya islam tersebar keseluruh dunia.Dengan menghayati sejarah Melayu dan Islam, kita dapat menghakis perspektif dan pandangan serong masyarakat bukan islam dan bukan Melayu bahawa kita merupakan bangsa yang lemah dan kolot.

NOR FAIEZA FARHANA BINTI MAZLAN 
2015217746

.........................................................................................................................................................


Bismillah. Apa yang saya dapat pelajari dari bab ini iala
Pluraliti masyarakat di alam Melayu zaman awal berlaku secara semula jadi tanpa paksaan.
Pluraliti ialah wujud pelbagai bangsa, budaya, agama secara sukarela.  Terdapat unsur asimilasi dalam kehidupan masyarkat pluraliti pada zaman itu dan ada di antara mereka sanggup berkahwin denganpenduduk tempatan dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan. Contohnya, Baba dan Nyonya ialah hasil pembentukan masyarakat  daripada kumpulan masyarakat Cina yang datang ke alam Melayu. Adat resam dan budaya pendatang juga diterima pakai oleh masyrakat tempatan seperti adat bersanding, bunga manggar, bunga telor dalam perkahwinan orang Melayu yang diambil daripada budaya Hindu. 


Pluralistik berlaku apabila penjajah datang ke Tanah Melayu dengan membawa ideologi atau fahaman mereka untuk menjajah Tanah Melayu. Berbeza dengan pluraliti, pluralistik itu wujud pelbagai bangsa, budaya, agama secara paksaan demi kepentingan Inggeris . Segala aspek negara; politik, perlembagaan, pendidikan dan ekonomi telah diubah daripada asal mengikut acuan British.
 
SYARIFAH NURUL SYIFA SYED DZULKARNAIN 
2015832122 
.........................................................................................................................................................

Assalamualaikum w.b.t. :)

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis entry yang seterusnya berkenaan dengan tajuk Pluraliti Masyarakat. Tajuk ini dibentangkan dan dibincangkan di dalam kelas sebentar tadi serta diperjelaskan oleh Ustazah kami. Banyak ilmu baru yang dapat saya pelajari tentang pluraliti dan kemajmukan masyarakat di Malaysia. 


Bagaimana kemajmukan masyarakat di Malaysia boleh terjadi ? Adakah disebabkan oleh faktor pluraliti (tanpa paksaan) ataupun pluralistik (secara paksaan) ? Ianya terjadi bermula daripada zaman penjajahan lagi.

Dapat saya peroleh daripada tajuk ini bahawa kemajmukan dalam masyarakat telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Sungguhpun kemajmukan ini berlaku pada awalnya secara paksaan oleh golongan penjajah, namun kehidupan masyarakat yang sihat antara pelbagai kaum dan bangsa dapat diterapkan. Oleh itu, generasi masa kini seharusnya terus berusaha mengekalkan keharmonian tersebut dan mengelakkan daripada sikap perkauman yang boleh meruntuhkan institusi kemasyarakatan.

Sumber daripada https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjY267vc_gPRIM9sMy6KSn_N75q8gSNz6S4xPNkfk7MIjuzEkrtd7aPmpqM2pcg137FquQNozaYk569Qjd568mEJM6tSAYSSQReXVdmIKB_FlYGzdHv7LjJhyphenhyphen5a8CW0_CVadfImYCTLaK0/s1600/Clip_250.jpg

Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618



Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D

No comments:

Post a Comment