Apa yang telah saya pelajari daripada topik minggu ini ialah
setiap manusia patut mengelakkan perasaan prejudis di antara satu sama lain.
Prejudis ialah pendangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain.
Lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan
secara terbuka.
Jadi kita seharusnya
sentiasa bersangka baik kepada semua untuk mengelakkan perasaan prejudis ini
menjadi stereotaip. Stereotaip akan berlaku apabila kita mula meluahkan sangka
buruk kepada orang lain. Hal ini akan menyebabkan orang lain juga akan
bersangka buruk kepada individu tersebut dan menyebabkan tercetusnya pergaduhan
di antara mereka. Kalau perkara ini berterusan dan semua bersifat seperti ini
akan menyebabkan negara kucar kacir dan semua rakyat tidak akan bersatu padu.
Untuk mengekalkan keamanan negara, semua rakyat perlu sentiasa bersatu padu dan
sentiasa mengelakkan perasaan prejudis daripada timbul di dalam diri. Kita
perlu sentiasa bersangka baik kepada semua dan terima dengan ikhlas setiap
kelebihan dan kekurangan diri dan orang lain kerana tiada siapa yang sempurna
di dunia ini.
NOR FAIEZA FARHANA BT MAZLAN
2015217746
...........................................................................................................................................................................................
Bismillahirrahmanirrahim. Dari bab ini, apa yang saya dapat pelajari ialah dalam membina hubungan yang baik antara etnik, kita perlu menghindari prasangka negatif atau prejudis terhadap etnik yang lain. Prejudis ialah sangkaan yang buruk terhadap ahli atau kelompok etnik. Walhal individu tidaklah mewakili seluruh etnik tersebut. Dalam setandan pisang, bukan semuanya busuk.
Perasaan prejudis itu akan bercambah menjadi stereotaip apabila menyuarakan kenyataan negatif terhadap etnik tersebut. Ini akan mengundang kemarahan dan provokasi sesuatu etnik itu. Secara tidak langsung, sesuatu yang tidak diingini pasti akan terjadi antara etnik; pergaduhan, rusuhan, dan peperangan.
Dari meyuarakan pendapat negatif, tindakan seperti mencemuh dan mengejek atau erti kata lain diskriminasi juga menjerumus kepada hubungan etnik yang negatif. Perkara-perkara ini akan menjadi salah faktor tercetusnya peperangan antara satu sama lain. Hal ini perlu dielakkan demi keamanan negara kita yang berbilang kaum dan etnik. Kita mestilah menghormati dan memahami etnik lain untuk mengelakkan prejudis atau sangkaan buruk. Dengan sukarela bergaul dan beramah mesra dengan etnik lain, kita dapat menanam persefahaman antara kita dan tidak akan berprasangka buruk terhadap mereka. Jika ada perbezaan pandangan dalam sesuatu perkara, hendaklah kita hormati pandangan tersebut, janganlah kita mencemuh sebaliknya. Wallahu A'lam.
SYARIFAH NURUL SYIFA SYED DZULKARNAIN
2015832122

Assalamualaikum w.b.t. :)
Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dalam rancangan...... Heee :D Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini sekali lagi untuk membaca entry kumpulan kami. Pada kelas kali ini, banyak info yang telah saya dapat mengenai Kesepaduan Hidup Bermasyarakat.. Terima kasih kepada Ustazah Mahfuzah dan kawan sekelas yang membentangkan tajuk ini. Sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam serta dapat menutup dan memperbaiki kelemahan tentang isu kemasyarakatan.
Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D

Masyarakat yang majmuk terdiri
daripada pelbagai kaum, agama, budaya, bangsa, keturunan, warna kulit dan
sebagainya. Pastinya banyak cabaran yang dihadapi dalam konteks hidup dalam
situasi masyarakat yang harmoni. Dalam menangani masalah-masalah yang
melibatkan kumpulan masyarakat, perkara yang paling penting ialah kita mestilah
menjauhi sifat-sifat mazmumah seperti prejudis (bersangka buruk terhadap kaum
dan masyarakat lain) dan stereotaip (mengutamakan kaum dan bangsa sendiri
sehingga mengasingkan masyarakat lain). Sifat sebegini jelas dapat mewujudkan
jurang perpaduan dalam masyarakat dan menghalang masyarakat untuk hidup dalam
suasana aman dan damai tanpa perpecahan.
Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618
Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D
No comments:
Post a Comment