Assalammualaikum,
bismillah. Pada hari ini, kami sudah berada di pengakhiran pembelajaran Malaysia
Dalam Konteks Hubungan Etnik. Tajuk yang dibentangkan hari ini adalah Strategi
Survival Melayu dan Bumiputera & Islam dan Hubungan Etnik. Melalui dua
pembentangan ini, saya dapat simpulkan bahawa islam menjadi asas dan tunjang
kepada usaha mengekalkan orang Melayu dan bumiputera untuk terus wujud atau
hidup sekali gus membina hubungan etnik antara bangsa-bangsa yang lain di bumi
bertuah ini.
Menurut
Islam, setiap peranan dan tanggungjawab kerajaan adalah membela nasib orang
Melayu dan Bumiputera. Dalam Islam, ianya tidak bercanggah selagi ia tidak
menindas dan menzalimi hak-hak kaum lain yang ada di Malaysia. Hal ini kerana,
dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri
mengbahnya.
Islam
mengajar dan memberi garis panduan kepada kita semua untuk membina hubungan
etnik yang berlandaskan Islam, iaitu bermula dengan ta'aruf, tafahum, ta'awun,
tadhamun, ukhuwwah dan mahabbah. Hasil daripada hubungan etnik ini ialah kasih
sayang dan ia sangat penting dalam membentuk hubungan yang baik antara etnik
dan dapat mengelakkan salah faham.
Kesimpulannya,
setiap individu mempunyai peranan penting dalam mempertahankan dan meneruskan
kesinambungan dan survival Melayu di Malaysia. Kita harus menyemai sikap dan
rasa kasih sayang terhadap semua makhluk termasuk manusia, haiwan mahupun
tumbuhan kerana ianya akan membentuk Hablu Minallah wa Hablu Minalnas kerana kita
semua adalah makhluk Allah dengan harapan agar usaha yang tidak seberapa ini
mampu mengubah kehidupan kita dan masyarakat ke arah yang lebih baik seterusnya
melahirkan keharmonian kaum yang tidak berbelah bagi.
NOR FAIEZA
FARHANA BT MAZLAN
2015217746
.......................................................................................................................................................................................
Dalam bab
survival melayu ini, saya dapati bahwa terdapat beberapa strategi untuk
mengekalkan kesinambungan orang Melayu dan bumiputera untuk terus wujud dan
hidup di muka bumi Malaysia. Peranan kerajaan adalah amat penting untuk
memastikan survival melayu dari sudut semua aspek; politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan budaya.
Islam juga
memainkan peranan yang sangat penting dalam menjamin survival orang Melayu.
Agama islam dikaitkan secara langsung dengan orang Melayu dalam perlembagaan
Malaysia. Dalam Perkara 3(1), memartabatkan ajaran Islam sebagai agama orang
Melayu. Selain itu, memastikan akidah orang Melayu tidak rosak dengan tidak
membenarkan orang Melayu murtad. Maka, orang Melayu sendiri perlu ada kesedaran
kendiri dalam meningkatkan mutu kualiti hidup dalam setiap aspek itu di samping
menerapkan nilai-nilai keislaman dalam diri.
Dalam bab
Islam dan hubungan etnik pula, asas hubungan etnik menurut Islam ialah Al-ta'aruf
(berkenal-kenalan). Asas yang paling utama dalam setiap hubungan ialah
berkenalan dan ia menjadi fitrah (nature) manusia untuk hidup saling berhubung
dengan orang lain dan berkasih sayang. Telah termaktub di dalam Al-quran bahawa
Allah mencipta berlainan jantina, bangsa, rupa paras dan warna kulit untuk
saling mengenali. Seterusnya, Al-tafahum (memahami). Saling memahami
antara satu sama lain dapat mencapai kehidupan yang harmoni dan sejahtera.
Semangat persefahaman dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, neriadah,
bersukan, hari keluarga, rumah terbuka dan aktiviti masyarakat lain agar
masyarakat dapat memupuk persefahaman, saling menegur dan menasihati antara
etnik. Ketiga, Al-ta'awun (saling membantu) dan kerjasama ke arah
kebaikan, mengelakkan musibah demi mencapai kepentingan bersama dalam konteks
masyarakat plural. Kerjasama boleh diberi dalam bentuk harta atau tenaga
(kekuatan fizikal, kepakaran dan idea). Keempat, Al-tadhamun (saling
menjamin) iaitu saling melindungi antara kalangan anggota masyarakat plural
yang pelbagai etnik. Ia melahirkan rasa tanggungjawab untuk membantu anggota
masyarakat lain yang memerlukan bantuan. Masyarakat lain juga akan rasa lebih
selamat dan aman dengan jaminan tersebut. Adat dan budaya etnik lain dijamin
dan dihormati. Kelima, Al-ukhuwah (persaudaraan) yakni hubungan yang
rapat seperti saudara atau hubungan akrab seperti isi dan kuku. Orang mukmin
itu orang yang bersaudara. Menurut Abdullah Nasih Ulwan, persaudaraan sebagai
satu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam dalam diri seseorang
tentang sifat bels kasihan, cinta kasih dan penghormatan diri. Persaudaraan berasaakan
iman dan takwa melahirakan perasaan yang ikhlas dan jujur dan akan mengasihi
sesama manusia yang terdiri pelbagai etnik sperti saudaranya sendiri. Akhir
sekali, Al-mahabbah (berkasih sayang) merupakan sifat kemanusiaan
(fitrah) yang wajar disemai dan dipupuk dalam jiwa sanubari setiap anggota
masyarakat yang terdiri pelabagi etnik. Sifat berkasih sayang dapat mengikat
hubungan kemesraan dan dapat menghapuskan permusuhan, perasaan hasad,
benci-membenci dan permusuhan antara satu sama lain.
Asas-asas
perlu dipupuk terlebih dahulu agar hubungan antara etnik dapat disemai dengan
lancar, tidak akan berlaku sebarang permasalahan yang tidak diingini seperti pergaduhan,
rusuhan kaum, dan saling prejudis antara satu sama lain. Islam itu bukan
setakat agama sahaja, bahkan merupakan satu cara hidup manusia dalam mencapai
kesejahteraan dan ketenteraman hidup. Sebab itulah pentingnya Islam diterapkan
dalam kehidupan seharian kita. Islam itu indah. Wallahu A'alam.
SYARIFAH NURUL SYIFA SYED DZULKARNAIN
2015832122
.......................................................................................................................................................................................
Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618
p/s : Ini merupakan refleksi yang terakhir daripada saya. Jumpa lagi. Terima kasih. Wasalam :)
.......................................................................................................................................................................................
Assalamualaikum w.b.t :)
Alhamdulillah.. Untuk entry refleksi kali ini, kami sekumpulan gabungkan antara tajuk Survival Melayu dan Islam dan Hubungan Etnik.
Bab 7 (Survival Melayu)
Sebagai masyarakat Melayu, kita
mestilah mempertahankan dan memelihara hak dan keistimewaan kita. Survival
Melayu ini bukan hanya bertujuan untuk menjaga nama orang Melayu bahkan untuk
memelihara keistimewaan agama Islam yang sememangnya sinonim sebagai agama
anutan orang Melayu. Kesinambungan masyarakat Melayu juga dapat dijaga
seterusnya boleh berdaya saing dengan bangsa lain dalam memajukan masyarakat
Melayu itu sendiri. Saya sebagai generasi alaf baru perlu sedar akan kepayahan
orang Melayu terdahulu dalam menjaga hak keistimewaan bangsa ini. Oleh itu,
saya akan meneruskan perjuangan dalam memastikan survival Melayu terus
terpelihara.
Bab 8 (Islam Dan Hubungan Etnik)
Dalam memastikan keharmonian antara
etnik dalam masyarakat, nilai-nilai baik yang dibawa oleh agama Islam perlu
diterapkan. Sebagai contoh, dalam memastikan kehidupan yang teratur dan
mempunyai tujuan yang nyata, keseimbangan antara perkara duniawi dan akhirat
perlu dititikberatkan. Dua perkara ini perlu berjalan seiring untuk mendapat
matlamat kehidupan yang sempurna. Nilai-nilai murni yang dibawa oleh agama
Islam guna boleh digunakan dalam memastikan hubungan baik sesama manusia dari
awal perkenalan sehingga timbulnya rasa kasih sayang yang menjamin
kesejahteraan hidup.
" Tiada siapa yang dapat mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan usaha yang berterusan daripada kaum itu sendiri. "
Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618
p/s : Ini merupakan refleksi yang terakhir daripada saya. Jumpa lagi. Terima kasih. Wasalam :)
Don't hesitate to post
your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D
No comments:
Post a Comment