Don't hesitate to post
your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D
Friday, 18 December 2015
ANALISA BAJET 2016
Berdasarkan Analisia Bajet 2016 yang direncanakan oleh Prof Mohd Nazari Ismail, Biro Penyelidikan IKRAM, kumpulan kami telah bersepakat bahawa sebagai generasi muda, kita perlu lebih berpengetahuan dalam menghadapi isu-isu semasa yang dihadapi oleh Negara. Generasi belia yang rata-ratanya masih lagi dalam proses menyambung pengajian perlulah mengambil langkah yang professional dan bersifat terbuka dalam mengadapi isu-isu tersebut. Selain itu kita juga perlu sentiasa berfikiran rasional dan kritis dalam melakukan analisa ringkas berkaitan isu semasa. Secara ringkasnya, perkara paling utama dalam menghadapi isu ini, kita hendaklah berfikiran kritis dengan mencipta peluang dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan ekonomi hidup pada masa akan datang. Peranan yang paling utama ialah generasi muda perlu lebih tekun dan berusaha dalam meningkatkan ilmu pengetahuan agar lebih berjaya dalam hidup dan seterusnya dapat menjadi pelapis pemimpin yang berilmu serta dapat mengubah sistem kepimpinan negara kelak.
Labels:
PERBINCANGAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment