Thursday, 12 November 2015

BAB 4: MODENISASI DAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Bismillahirrahmanirrahim.

Tajuk modenisasi dam pembangunan ekonomi merupakan tajuk pembentangan kumpulan saya, iaitu kumpulan 4. Alhamdulillah, pembentangan berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih kepada ustazah dah rakan-rakan atas tumpuan yang diberikan.

Modenisasi merupakan satu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat, ia dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara. Ianya merupkan proses secara berencana.

Konsep pembaratan menurut islam berbeza dengan barat dimana ianya lebih memfokuskan kemajuan modal insan atau nilai-nilai kemanusiaan seperti akidah dan akhlak kemudian barulah diikuti dengan pembangunan material. Islam menekankan supaya pembangunan material hendaklah digunakan untuk jalan yang memberi manfaat kepada manusia.

Transformasi ekonomi berlaku hampir sepanjang zaman. Dimana kita boleh kaitkan dengan permintaan dan bekalan oleh penduduk di negara kita. Perubahan ekonomi suatu ketika dahulu terjadi kerana campur tangan orang luar. Kita boleh lihat ada kebaikan dan keburukannya seperti kehidupan orang melayu cukup dimana keperluan asas nya dipenuhi, walaupun hanya digelar 'kais pagi makan pagi', lebih baik berbanding dahulu yang hanya yang miskin dan hanya ubi menjadi bekalan utama. Namun demikian, campur tangan dari pihak luar mempunyai muslihat tersendiri, dimana pihak luar cuba menguasai tanah kita sendiri menjadi tanah kepunyaan mereka.

Kini, transformasi telah berlaku, pemerintah negara kita lebih berkaliber dan berwawasan dengan membantu rakyatnya, malah menyediakan cabang-cabang ekonomi untuk masyarakat, serta memberi peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi. Ini juga sangat membantu menstabilkan ekonomi negara serta melangsaikan hutang negara sedikit demi sedikit.

Akhir sekali, nasihat saya agar semua orang haruslah memupuk nilai suka menabung memandangkan ekonomi negara dan ekonomi dunia sudah diibaratkan bagai telur di hujung tanduk. Sama-samalah menabung demi kebaikan di masa hadapan. insya'Allah

NOR FAIEZA FARHANA BT MAZLAN
2015217746
...............................................................................................................................................................................................



Bismillah. Dari bab ini, saya dapat mengetahui serba sedikit tentang ekonomi negara kita dan dasar-dasar terbentuk untuk menjamin ekonomi Malaysia. Pemodenan dan pembaratan adalah dua perkara yang berbeza. Pemodenan ialah satu proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian manakala pembaratan ialah proses peniruan gaya hidup Eropah Barat. Selepas merdeka, berlaku pembaratan dalam dua aspek: aspek ekonomi; sistem ekonomi yang berasaskan kapitalisme, industri dan teknologi, dan aspek politik; model negara bangsa dan demokrasi politik. 

Pembangunan ekonomi Malaysia, sebelum merdeka, tidak dikendalikan oleh orang Melayu disebabkan Dasar Pecah dan Perintah oleh penjajah British yang menempatkan orang Melayu di luar bandar. Dasar ini juga mengakibatkan jurang kemiskinan antara kaum semakin meluas dan masalah ketidakseimbangan ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu. Setelah mencapai kemerdekaan, rancangan pembangunan ekonomi telah dibuat dan dirangka sejak tahun 1950 tetapi mengikut acuan British. Dua rancangan awal dibuat; Draf Rancangan Pembangunan (1950-1955) - memperbaiki kedudukan ekonomi Barat yang musnah akibat perang dunai kedua dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaya Pertama (1956-1960) - membangunkan infrastruktur ekonomi di Malaya. Pada peringkat awal, pembangunan lebih tertumpu kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. Pada akhir 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport. 

Dasar yang digubal ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat bandar dan laur bandar. Selain itu, Dasar Penswastaan untuk mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan dan mencapai matlamat DEB. Dasar Automobil Nasional adalah impak daripada Dasar Pandang ke Timur di mana Malaysia bekerjasam dengan syarikat permotoran Jepun untuk menghasilkan industri automobil ini. 

Namun, terdapat juga isu-isu yang tercetus dalam aspek ekonomi ini; pertumbuhan dan agihan di mana agihan pendapatan menurut golongan etnik yang tidak seimbang. DEB kurang berkesan dalam mencapai matlamat jangka panjangnya (1970-1990) dalam menetapkan 30% pegangan ekuiti bumiputera. Namun, dalam tempoh itu, pemilikan bumiputera tidak banyak berubah. Aspek pemilikan harta, mencipta kekayaan , pemegang jawatan utama dan memiliki rumah berangkai dua tingkat, peratusan bumiputera amat rendah. Kemiskinan masih lagi isu utama di negara kita ini. 

Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap ekonomi Malaysia yang semakin merudum dengan kenaikan harga barang yang semakin tinggi, hendaklah kita memulakan langkah untuk menabung untuk masa depan kita. Belajar untuk menyimpan duit daripada berbelanja. Kita juga hendaklah merancang terlebih dahulu sebelum melakukan perbelanjaan. Beli keperluan kita bukan kemahuan kita. Ini akan lebih menjimatkan dan kita juga dapat lebih untuk menyimpan. 

SYARIFAH NURUL SYIFA SYED DZULKARNAIN
2015832122
...............................................................................................................................................................................................

Assalamulaikum w.b.t. :)

Alhamdulillah selesai sudah perbentangan kumpulan saya pada kelas CTU hari ini yang bertajuk Pembangunan Ekonomi di Malaysia. Saya bercadang untuk bercerita banyak untuk entry kali ini.. memandangkan tajuk ini dibincangkan oleh kumpulan saya. Heeee :D Jadi terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membacanya.. teruskan membaca dan membaca...

Pertumbuhan ekonomi yang pesat bermula sejak zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat ini, banyak juga isu-isu yang muncul hasil daripada ketidakseimbangan pengagihan kuasa dan sumber ekonomi. Pertumbuhan ekonomi pada waktu itu dibahagikan kepada bandar dan luar bandar. Aktiviti ekonomi lebih pesat berlaku di kawasan bandar, lalu ekonomi luar bandar diketepikan. Perbezaan ini seterusnya mewujudkan jurang pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar, khususnya kumpulan Orang Melayu yang pada waktu itu kebanyakannya menetap di kampung-kapung berbanding dengan kaum lain.

Apabila mwujudnya jurang sebegini, ekonomi lebih terlihat dipegang atau dikuasai oleh kaum luar. Namun, hal ini berlaku bukanlah hanya disebabkan pengagihan yang berat sebelah tersebut. Ia juga disebabkan oleh sikap masyarakat Melayu yang kurang mencari peluang dalam sektor ekonomi. 


Pada era ini, ekonomi masyarakat Melayu khususnya semakin dilihat jatuh merudum. Selain daripada faktor zaman penjajahan yang telah mengasingkan ekonomi orang Melayu daripada bangsa-bangsa lain, sifat masyarakat Melayu itu sendiri memainkan peranan penting dalam memelihara ekonomi mereka. Justeru itu, sebagai salah seorang masyarakat Melayu, kita hendaklah berusaha dalam meningkatkan taraf ekonomi dengan lebih berdaya saing dan mengelakkan sifat hasad dengki dan iri hati sesama kita. Tiada siapa yang dapat mengubah nasib masyarakat Melayu, selain daripada diri kita sendiri. Sebelum ditindas lebih teruk dalam ekonomi, Melayu harus bangun dan memastikan ekonomi kita setaraf dengan bangsa lain.

Sumber daripada http://www.umnopg.com.my/wp-content/uploads/2014/08/ekonomi.jpg

Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618



Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D

No comments:

Post a Comment