Thursday, 26 November 2015

BAB 5: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Setelah mempelajari topik ini saya dapat mengenal  pasti maksud politik itu sendiri. Iaitu, ilmu pengetahuan berkenaan cara pemerintahan seperti dasar dan sebagainya. Pembangunan politik pula merupakan satu proses transformasi secara berencana yang melibatkan perubahan dalam pentadbiran Negara. Malaysia merupakan sebuah Negara demokrasi. Maka ia melibatkan 4 komponen utama;

1)      Parti-parti politik
2)      Majlis perwakilan rakyat/parlimen
3)      Perlembagaan Negara
4)      Pilihan raya

Menurut pendekatan Islam dalam pembangunan poliitik, system politik Islam adalah kesinambungan daripada tugas  Rasulullah SAW yang kedua iaitu sebgai ketua Negara Islam. Tugas Rasulullah yang pertama adalah sebagai nabi dan Rasul. Asas politik Islam ialah akidah, syariah dan akhlak. Kekuatan dan keutuhan sesebuah pemerintahan Islam bergantung pada sejauh mana kekuatan akidah, syariah dan  akhlak.

Oleh hal yang demikian , adalah menjadi kewajipan untuk seseorang pemimpin agar memerintah dengan penuh amanah kerana kelak pasti akan dipersoalkan oleh Allah di hari akhirat tentang amanah  keadilan yang dipertanggungjawabkan. Pemerintah yang baik juga hendaklah menjauhi akhlak mazmumah seperti kufur, munafik,maksiat,dengki, fitnah,khianat, pecah amanah, rasuah, dusta,zalim dan lain-lain.


Akhir sekali, pemimpin berkenaan haruslah memimpin mengikut sumber politik Islam iaitu Al-quran, al-sunnah, Ijma’ dan Qiyas kerana Al-Quran telah menggariskan segala prinsip yang benar secara menyeluruh.

NOR FAIEZA FARHANA BT MAZLAN
2015217746
.......................................................................................................................................................


Bismillah. Dalam bab ini, saya dapat mengetahui maksud politik dan pembangunannya di negara kita. Politik ialah ilmu pengetahuan berkenaan cara pemerintahan menurut kamus dewan. Pembangunan politik ialah satu proses perubahan atau transformasi secara berencana yang melibatkan perubahan dalam tadbir urus negara daripada cara lama kepada cara baru dan terkini. 


Matlamat utama ialah pembinaan negara bangsa; suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau bangsa. Kedua, perubahan sturktur dan budaya politik; perubahan cara tradisional kepada cara terkini atau moden.
Bagi negara demokrasi seperti negara kita, proses pembangunan politik melibatkan 4 komponen utama; 1) parti-prti polikti, 2) majlis perwakilan rakyat atau parlimen, 3) perlembagaan negara dan 4) pilihan raya. Kejayaan proses pembangunan politik biasanya diukur berdasarkan kerjasama pelbagai etnik mewujudkan perpaduan, keharmonian, pembangunan dan kemakmuran negara. 

Untuk mengaitkan unsur Islam dalam pembangunan politik, asas politik Islam ialah akidah, syariah dan akhlak. Kuasa memerintah adalah amanah Allah dan akan dipersoalkan dia hari akhirat tentang amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas pemimpin. Maka pemimpin hendaklah menerima dan memelihara amanah Allah serta menyerahkan amanah; menegakkan keadilan, kebenaran dan menyerahkan sesuatu yang berhak. Akhlak adalah asas yang penting kerana akhlak menjadi pengawal bagi manusia untuk melakukan segala sifat mahmudah seperti adil, benar, pemurah, amanah, belas kasihan, dan tolong-menolong agar pemerintahannya sempurna mengikut acuan yang dikehendaki oleh Allah. Pemerintah yang baik juga hendaklah menghindari akhlak mazmumah seperti kufur, munafik, maksiat, hasd dengki, fitnah, khianat, pecah amanah, rasuah, dusta dan zalim.
 

SYARIFAH NURUL SYIFA SYED DZULKARNAIN
2015832122
.......................................................................................................................................................

Assalamualaikum w.b.t :)

Hari ini, kumpulan 5 telah membentangkan tajuk Pembangunan Politik di Malaysia. Tajuk ini bukan sahaja menerangkan tentang sejarah bermulanya politik pada zaman dahulu di Tanah Melayu, tetapi juga merangkumi aspek-aspek yang dilihat untuk memilih pemimpin yang bertanggungjawab dalam memimpin negara kita. 

Dalam bab ini, kesimpulan yang saya peroleh ialah pembangunan politik yang baik adalah amat penting dalam memastikan keharmonian negara terus terpelihara. Oleh itu, penting bagi masyarakat memilih pemimpin yang berkebolehan dalam mengendalikan negara dengan baik. Tugas pemimpin sememangnya besar dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh masyarakat mestilah ditunaikan. Hubungan yang baik antara pemimpin dan anggota masyarakat juga amat penting. Al-Quran dan Sunah mestilah menjadi pegangan dalam kepimpinan yang memang jelas dapat mendorong ke arah pembentukan negara yang lebih harmoni.

Sumber daripada http://dianmarianaulfa.blogs.uny.ac.id/wp-content/uploads/sites/3750/2015/10/pengertian-komunikasi-politik.jpg

Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618



Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D

No comments:

Post a Comment