Bismillahirahmanirahim......
Alhandulillah, bersyukur ke hadrat Illahi, kami diberikan kesihatan dan kekuatan untuk berkongsi ilmu yang telah kami perolehi dalam proses pengumpulan data untuk entry kali ini. Diharapkan semoga para pembaca blog kami juga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T.
Pada hari pertama kami menjejakkan kaki di dalam kelas CTU 555 bersama Ustazah Mahfuzah yang kami hormati, beliau telah memberikan tugasan yang amat berguna dalam konteks hidup bermasyarakat di negara Malaysia ini. Tujuan beliau memberi tugasan tersebut ialah agar kami lebih mengenali tentang budaya, cara hidup dan kepercayaan kaum-kaum di Malaysia agar integrasi nasional dapat dipupuk dalam diri kami semua. Ustazah telah membahgikan kami kepada lapan kumpulan dengan lapan jenis kaum yang berlainan termasuklah Masyarakat India Bandar (kaum India yang menetap di kawasan bandar).
Bagi menyiapkan tugasan yang diberi, kami telah memilih kawasan-kawasan bandar yang ramai dihuni oleh masyarakat India, contohnya kawasan Klang dan Batu Caves. Kami juga sempat melawati Muzium Negara bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai tugasan kami. Oleh itu, pada tarikh 28 November 2015, kami bertiga telah bersepakat berkunjung ke destinasi yang telah kami bincangkan bagi meneruskan sesi interview.
PERAYAAN ETNIK INDIA
1. Deepavali
Deepavali juga dikenali sebagai 'Dewali' dan 'Pesta Cahaya'.
3) KURTA
3. TABLA
Ringkasan Interview Responden
Responden 1
Maklumat Responden
Nama : Kokila Vadieveloo
Umur : 25 tahun
Alamat : Seksyen 19, Shah Alam
Pekerjaan : Pelajar - Stamford College
Rumusan Interview
Daripada sesi temu ramah yang kami jalankan bersama responden yang pertama, Cik Kokila menyatakan bahawa majoriti masyarakat mereka menjalankan aktiviti keagamaan contohnya, sembahyang. Ada di antara mereka akan pergi ke kuil ataupun menunaikannya di rumah dengan menggunakan colok sahaja. Beliau menyambung bahawa tujuan mereka sembahyang adalah sama sahaja dengan agama lain iaitu untuk meningkatkan keimanan dan untuk membersihkan jiwa. Dari aspek kenegaraan, Cik Kokila berpendapat bahawa dia tidak pernah melibatkan diri dengan mana-mana aktiviti politik dan kurang ambil tahu tentang perkembangan atau isu politik di negara ini. Pada pendapat beliau, kejayaan hidupnya ialah yang paling utama. Untuk berjaya dalam hidup setiap individu mesti mempunyai ilmu pengetahuan. Beliau menambah, dari segi kepimpinan kerajaan di Malaysia, semuanya bergantung kepada orang awam. Sesungguhnya pilihan itu berada di tangan semua orang (demokrasi). Cik Kokila juga ada menyatakan tentang diskriminasi antara orang Melayu dan bangsa lain khususnya dalam bidang pendidikan . Namun, beliau berpendapat semua itu sudah termaktub dalam perlembagaan sejak zaman dahulu lagi. Cuma yang beliau kesalkan bahawa mengapa generasi masyarakat India yang dahulu tidak cuba untuk mengubah perlembagaan tersebut. Bagi beliau dalam pendidikan, siapa yang lebih layak harus diberi peluang. Harapan beliau untuk masa akan datang agar para ibu bapa dapat memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan baik. Ilmu itu segalanya. Beliau berharap tiada lagi masyarakat Malaysia yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
Responden 2
Maklumat Responden
Nama : Draupathy A/P Saminathan
Umur : 51 tahun
Alamat : Sun Way, Batu Caves
Pekerjaan : Kerani
Rumusan Interview
Secara konklusinya, hasil daripada temu ramah kami bersama Puan Draupathy, beliau masih menerapkan aktiviti keagamaan dalam keluarga. Walaupun beliau sibuk bekerja, namun pada hari minggu, beliau akan mengajak semua ahli keluarganya untuk bersembahyang di kuil. Menurut beliau lagi, biasanya sembahyang yang dilakukan pada 9 kali Sabtu bertujuan untuk menghapus dosa dan mengelak kecelakaan dengan memberi gagak makan. Puan Draupathy juga ada menyentuh tentang larangan agama mereka, seperti contoh larangan bagi wanita yang mengandung ialah mereka tidak boleh menaiki tangga. Contoh larangan lain pula ialah jika terdapat mana-mana ahli keluarga mereka yang meninggal, mereka dilarang utk bersembahyang di kuil selama sebulan. Mereka hanya dibenarkan bersembahyang di rumah. Nilai tolong-menolong dan saling membantu ialah antara nilai murni yang diterapkan dalam agama Hindu. Agama mereka juga mengajar supaya bagi golongan yang sedang menuntut ilmu, mereka mestilah berdoa untuk kedua ibu bapa, guru dan juga tuhan mereka. Seterusnya, beliau menyatakan bahawa beliau tinggal di kawasan perumahan yang majmuk antara masyarakat India dan Melayu. Mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain dan bertegur sapa jika berselisihan. Dari segi kepimpinan negara pula, beliau berpendapat bahawa kepimpinan negara berada dalam keadaan yang tenat, tidak seperti zaman 20 tahun dahulu. Keadaan sekarang seperti penjajahan alaf kepada masyarakat.
Responden 3
Maklumat Responden
Nama : Subramaniam
Umur : 49 tahun
Alamat : Sun Way, Batu Caves
Pekerjaan : Pemandu Teksi
p/s : Responden menolak untuk mengambil gambar atas alasan peribadi
Rumusan Interview
Hasil daripada sesi temu ramah kami dengan Uncle Subramaniam, beliau berpendapat bahawa tiada perbezaan antara agama dan bangsa. Semua agama dan bangsa mengajar pengikutnya mengenai nilai-nilai yang baik sahaja. Beliau juga berkata bahawa, setiap agama mempunyai hak kebebasan untuk melakukan aktiviti keagamaan masing-masing. Seterusnya, beliau menyatakan bahawa kawasan perumahan beliau bertempat di lokasi taman perumahan yang mempunyai pelbagai kaum yang majmuk. Jirannya terdiri daripada kaum Melayu dan Cina. Terdapat juga aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk semangat kesepaduan dalam kalangan penduduk di taman tersebut khususnya aktiviti untuk kanak-kanak. Beliau juga pernah melibatkan diri dalam aktiviti taman tersebut sugguhpun tidak begitu aktif akibat daripada masalah kesihatan. Dari aspek kekeluargaan pula, beliau menyatakan bahawa kerjaya beliau sebagai pemandu teksi kadang kala menghalang interaksi bersama keluarga. Namun, beliau menambah, jika ada terdapat masa lapang, pasti meraka sekeluarga akan berkumpul bersama. Di samping itu juga, Uncle Subramaniam berpendapat bahawa dari aspek pentadbiran politik negara Malaysia sekarang sangatlah lemah, lebih-lebih lagi dalam konteks ekonomi Malaysia. Harapan beliau agar Malaysia dapat kembali ke era kegemilangan seperti 20 tahun dahulu dan agar golongan belia sekarang kenal serta ambil tahu tentang kelemahan kepimpinan kerajaan sekarang demi mengubah masa akan datang.
Masyarakat India Bandar
1. Budaya dan Cara Hidup
MAKANAN TRADISI KAUM INDIA
1. PUTU MAYAM
Putu mayam ialah sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi ataupun sebagai snek.
Putu mayam diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur dengan air, santan kelapa yang kemudiannya, doh itu ditekan ke penyaring untuk menjadikannya seperti mi halus. Selepas itu, ia akan distimkan dengan perahan air daun untuk dijadikan sebagai perasa. Setelah siap, mi itu akan dihidangkan bersama-sama parutan kelapa dan gula Melaka.
2. Roti Tempayan atau roti naan
Roti naan merupakan sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dimasak dengan cara menampalkannya dalamtempayan. Roti yang berbentuk bulat dan nipis ini mempunya beberapa ramuan, ianya termasuk tepung gandum, lelemak, dan rempah. Ia dimakan bersama kuah dal, atau kari dan kadang-kala dihidangkan bersama ayam tanduri.
Roti jenis leper ini dimasak dengan menggunakan tempayan untuk membakar roti, dikalangan penduduk Asia Tengah dan Asia Selatan, tempayan pembakar ini dikenali sebagai tandoor.Roti yang telah siap dibakar akan disapu dengan mentega atau minyak sapi.
3. Roti Canai
Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau karidengan sambal ikan bilis.
Ada yang menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni “Channal”. Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.
4. Tandoori
Tandoori adalah masakan orang Punjabi iaitu di antara India dan
Pakistan tetapi sekarang ia merupakan masakan yang terkenal di
antarabangsa. Contohnya Ayam Tandoori. Ia diperbuat daripada halia,
bawang putih, jintan putih, garam masala, cili merah. Ia merupakan
masakan yang pedas. Kadang-kadang, kaum Punjabi juga campurkan kunyit ke
atas ayam tersebut supaya ayam yang telah masak nanti akan berwarna
kuning kemerahan. Ia dimasak di dalam oven yang bersuhu tinggi.
5. Kari
Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang
terkenal diBangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand,
dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa
dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu
daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat “Se-Asia”. Konsep
kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India
pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari
di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa
asli masing-masing di sana.
6. Vadai
Vadai atau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis
makanan India. Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan
berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ia diperbuat dari dal dan
kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah
dicampurkan sekali. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan
bersama chutney atau kuah kari.
7. Briyani
Briyani ialah sejenis makanan berasaskan nasi dan dimasak bersama
rempah, beras (beras basmati kebiasaannya) dan juga ayam, daging atau
sayur –sayuran.
8. Nasi Daun Pisang
Di dalam nasi daun pisang, nasi dihidangkan di atas daun pisang bersama –
sama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan, jeruk dan
papadum. Selalunya, hanya kuah kari sahaja dihidangkan, dagingnya tidak
dihidangkan. Kerana, nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi
vegetarian India. Secara tradisionalnya, ia dimakan dengan menggunakan
tangan. Daun pisang digunakan kerana dipercayai, apabila nasi yang panas
dihidangkan di atas daun pisang. Ia akan melepaskan lapisan atas daun
pisang yang dapat membantu sistem penghadaman.
TARIAN MASYARAKAT INDIA
Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, dan Kathak.
Bharata Natyam
Kathak
Kathak merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik India, berasal dari India Utara. Tarian ini boleh dijejak asalnya kepada pencerita lisan nomad India utara silam, dikenali sebagai Kathaks, atau pencerita. Pencerita ini, membuat persembahan di lapangan kampung dan laman kuil, kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah mitos dan moral dari kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan tangan dan mimik muka.
Ia pada asasnya merupakan teater, menggunakan alatan dan bunyi muzik bersama gerak tangan, bagi menghidupkan penkisahan. Dalam bentuk kini terkandung bekas tarian kuil dan adat, dan pengaruh pergerakan bhakti. Sejak abad ke-16 seterusnya ia menyerap sesetengah ciri tarian Parsi dan tarian Asia Tengah yang diimport oleh istana diraja era Mughal.
MAKANAN TRADISI KAUM INDIA
1. PUTU MAYAM
Putu mayam diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur dengan air, santan kelapa yang kemudiannya, doh itu ditekan ke penyaring untuk menjadikannya seperti mi halus. Selepas itu, ia akan distimkan dengan perahan air daun untuk dijadikan sebagai perasa. Setelah siap, mi itu akan dihidangkan bersama-sama parutan kelapa dan gula Melaka.
2. Roti Tempayan atau roti naan
Roti naan merupakan sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dimasak dengan cara menampalkannya dalamtempayan. Roti yang berbentuk bulat dan nipis ini mempunya beberapa ramuan, ianya termasuk tepung gandum, lelemak, dan rempah. Ia dimakan bersama kuah dal, atau kari dan kadang-kala dihidangkan bersama ayam tanduri.
Roti jenis leper ini dimasak dengan menggunakan tempayan untuk membakar roti, dikalangan penduduk Asia Tengah dan Asia Selatan, tempayan pembakar ini dikenali sebagai tandoor.Roti yang telah siap dibakar akan disapu dengan mentega atau minyak sapi.
3. Roti Canai
Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau karidengan sambal ikan bilis.
Ada yang menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni “Channal”. Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.
4. Tandoori
5. Kari
6. Vadai
7. Briyani
8. Nasi Daun Pisang
TARIAN MASYARAKAT INDIA
Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, dan Kathak.
Bharata Natyam
Bharata Natyam merupakan
salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam
merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk
menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat
pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk
mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap,
penuh dengan kegemilangan.Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Nadu
di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini
dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.
Kathak
Kathak merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik India, berasal dari India Utara. Tarian ini boleh dijejak asalnya kepada pencerita lisan nomad India utara silam, dikenali sebagai Kathaks, atau pencerita. Pencerita ini, membuat persembahan di lapangan kampung dan laman kuil, kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah mitos dan moral dari kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan tangan dan mimik muka.
Ia pada asasnya merupakan teater, menggunakan alatan dan bunyi muzik bersama gerak tangan, bagi menghidupkan penkisahan. Dalam bentuk kini terkandung bekas tarian kuil dan adat, dan pengaruh pergerakan bhakti. Sejak abad ke-16 seterusnya ia menyerap sesetengah ciri tarian Parsi dan tarian Asia Tengah yang diimport oleh istana diraja era Mughal.
PERAYAAN ETNIK INDIA
1. Deepavali
Deepavali juga dikenali sebagai 'Dewali' dan 'Pesta Cahaya'.
'Deepa' membawa
maksud pelita dan 'avalai' bermakna aturan. Gabungan kedua istilah ini memberi
makna 'aturan pelita'.
Pelita minyak pula dipasang di sekeliling koolam dan di
sekeliling rumah. Cahaya pelita ini menandakan sambutan hari kejayaan iaitu
kuasa baik mengatasi kuasa jahat.
Amalan mandi minyak bijan (nallenai) dan
mandi serbuk sintuk (ciakai) dilakukan sebelum terbitnya matahari (seawal jam
5.00 pagi) oleh anggota keluarga. Setelah selesai sembahyang di rumah (pooja)
dengan diketuai oleh anggota keluarga yang paling tua, mereka akan memakai
pakaian baru dan memepersiapkan diri. Anggota keluarga yang lebih muda akan
memohon restu (asir vatham) dan keampunan (maniepuu) daripada anggota keluarga
yang lebih tua. Kemudian seluruh ahli keluarga akan ke kuil untuk sembahyang (visesa
pooja).
2. Puthandu (Tamil New Year)
Puthandu adalah sambutan hari pertama bagi
tahun baru Tamil dalam pertengahan bulan April bagi masyarakat Tamil di Tamil
Nadu, masyarakat puducherry di India, Tamil di Sri Lanka, dan masyarakat Tamil
di Malaysia, Singapore dan Mauritius. Pada hari tersebut, masyarakat Tamil akan
mengucapkan "Puttāṇṭu vāḻttukkaḷ!"
atau "Iṉiya tamiḻ puttāṇṭu nalvāḻttukkaḷ!".
3. Karthigai Deepam
Karthikai Deepam or
Karthikai vilakkidu ialah pesta cahaya bagi kaum Hindu terutamanya Tamil.
Pesta ini disambut di
rumah dan di kuil dan jatuh pada bulan Karttikai (pertengahan November
hingga petengahan Disember) dalam kalendar Tamil. Ini berlaku pada hari apabila
bulan selari dengan buruj Karhigai (Pleiades) dan Pournami. Buruj ini muncul
sebagai satu gugusan enam bintnag di langit yang memebentuk seperti loket di telinga.
Agal vilakku (minyak
pelita)
Pesta Karthigai ini sangat popolar di Tiruvannamalai,
Tamil nadu and Koneshwaram,Trincomalee, Srilanka. Pada hari Karthigai, satu
pelita yang besar dinyalakan di atas bukit (dalam kedua-dua kuil) yang boleh
kelihatan sejauh beberapa kilometer. Api (deepam) disebut Mahadeepam. Penganut
hindu melawat ke tempat itu, bersembahyang dan menyembah Dewa Shiva.
PERKAHWINAN KAUM INDIA
Kami berasa begitu bertuah kerana saat kami melawat Batu Caves untuk
mencari Responden, terdapat sebuah majlis perkahwinan orang India di sebuah
Kuil yang terletak di persekitaran Kawasan Keagamaan Batu Caves. Suasana
perkahwinan jelas menunjukkan kebanyakan tetamu yang hadir dan pasangan
pengantin merupakan masyarakat India Bandar yang kebanyakannya tinggal di Batu
Caves, Selayang, Shah Alam dan Petaling Jaya.
Kami
dijemput untuk menyaksikan sendiri upacara perkahwinan di dalam kuil yang
disebut sebagai Thirumanan- bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan
antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga
jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil
Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah
berlandaskan aspek suku kaum.
Bersama rakan-rakan pengantin perempuan
Pengantin perempuan diiringi pengapit
Seperti yang
dimaklumkan oleh responden kami, seperti
juga kaum Melayu,
kaum Cina dan
lain-lain kaum di
Malaysia, kaum India tidak
ketinggalan mengamalkan adat istiadat
perkahwinan yang unik.
, 5 hari menjelang
hari perkahwinan berlangsung,
setiap ahli keluarga
pengantin akan melakukan
persiapan. Walaupun mereka merupakan masyarakat India yang tinggal di
Bandar, adat perkahwinan India
di Malaysia memiliki
tahap-tahap yang tertentu
dan masih di amalkan oleh Masyarakat India Bandar sehingga
ke hari ini.
Peringkat
pertama (MERISIK)
Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik,
kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan
status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan,
etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil
kira. Bagi responden, dia berpendapat bahawa golongan bandar agak mementingkan
tahap pendidikan, pekerjaan, etika, moral tanpa mengambil kira factor rupa
paras dan latar belakang keluarga.
Peringkat kedua (KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN)
Adat ini dikenali sebagai pen paarttal oleh masyarakat India atau
dalam bahasa melayunya dikenali sebagai melihat bakal isteri. Ia pada lazimnya
dilakukan selepas adat risik-merisik dilakukan. Ketika peringkat ini pihak
lelaki akan mengunjungi pihak perempuan bagi tujuan melihat dengan sendirinya
paras rupa bakal pengantin tersebut. Perbincangan berkenaan perkahwinan akan
dilangsungkan oleh kedua-dua pihak. Sekiranya bapa kepada pengantin perempuan
telah meninggal dunia, perbincangan akan dilakukan dengan wakil keluarga
pengantin perempuan yang lain. Seperti juga didapati di dalam masyarakat
Melayu, seiring dengan kunjungan ini disertakan juga dengan buah tangan seperti
kelapa, buah pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum
juga akan dibawa. Buah tangan ini perlu diterima jika pihak pengantin perempuan
menerima tujuan baik mereka itu dan janji dapat dimeteraikan jika pihak
perempuan menerimanya. Jika tidak ia wajib dipulangkan kepada pihak lelaki dan
rombongan pihak lelaki akan dilayan seperti tetamu biasa. Pemberian hantaran
ini adalah sebagai tanda hormat dan niat baik mereka untuk menjalinkan
siratul-rahim diantara kedua keluarga terutamanya pihak pengantin lelaki kepada
pihak pengantin perempuan.
Dalam masyarakat India adat pen
paarttal bagi pihak perempuan pula sama tujuannya seperti pihak lelaki iaitu untuk mengenal lebih
lanjut akan bakal suami dengan mempelajari latar belakangnya. Bakal pengantin
lelaki akan kemudian melafazkan janjinya untuk disatukan dengan bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan
akan diumumkan kepada kedua pihak keluarga dan sebagai tanda ikatan, sirih
pinang akan bertukar tangan diantara kedua-dua pihak. Upacara penukaran sirih
pinang ini dikenalisebagai taambuulan marrutal. Setelah upacara penukaran sirih
ini selesai tarikh sebenar perkahwinan akan diumumkan juga tidak ketinggalan
perbelanjaan perkahwinan ini juga akan diselesaikan diantara kedua-dua pihak
termasuklah kos catering, kad jemputan kahwin dan juga persiapan-persiapan yang lain. Apabila
kesemua langkah-langkah ini telah selesai upacara niecayam akan dilakukan
dengan bertukar-tukar kalung bunga diantara kedua-dua pihak sebagai tanda
persetujuan.
Peringkat ketiga (PARISAM)
Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan
parisam.
Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal
daripada hari perkahwinan, manakala Udan Parisa adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari
yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan.
Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat
pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh
kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis
hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang
sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Parisam akan dibawa ke
rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai
pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik
tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan
menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di
ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan
bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.
Kalung Bunga yang dijual di Batu Caves
Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan
terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin
perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya.
Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan
kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki
dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbu dengan lebih dekat lagi. Pada
hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin
keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang
saudara-mara boleh mengalungkan kalungan
bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau
kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak
pengantin. Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal
), adat ikat janji (niccayam) dan
pemberian hadiah
PERSIAPAN
PERKAHWINAN
Sebelum
majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu
dijalankan terlebih dahulu, antaranya , kad jemputan memainkan peranan yang
penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan
almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat
dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk
kunyit cair sebagai lambang keharmonian.
Adat
mukuurtakaal dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat
mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat
India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus
akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran
dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30
sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam (ikat
janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu
dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi
undangan perkahwinan.
Upacara mengelilingi bara api
Thali (rantai dipakaikan pada hari upacara perkahwinan)
Keluarga pengantin lelaki di luar kuil memakai dhoti dan baju bertemakan warna kuning
Upacara
Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk
kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak
dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara
perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia
hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai
acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang
diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan
seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai
memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi
buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Selepas
perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India
selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah
pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai
menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri.
Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan
selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua
pengantin dengan mengadakan jamuan.
Menurut Responden, signifikasi pokok pisang
yang terlihat di
setiap tempat upacara
majlis perkahwinan adalah
untuk kekayaan dan
keturunan. Tambahan lagi,
pengantin akan melakukan
upacara ritual pusing api
mengikut arah jam di
mana api
merupakan sebagai saksi
bagi setiap pasangan untuk
sentiasa setia dan
isteri akan sentiasa taat
pada suami. Rantai yang akan di pasang pada leher si
isteri sebagai tanda
perkahwinan.
PAKAIAN MASYARAKAT INDIA
1) SARI
Sari merupakan pakaian tradisional
India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6
ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari
tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari
ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas
bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi
menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai
jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.
2) SALWAR KAMEEZ / BAJU PUNJABI
Popular di kalangan wanita di utara
India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang
longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Wanita India juga gemar
memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez.
Kurta pula merupakan pakaian
tradisional bagi lelaki kaum india. Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang
diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. Kurta ini pada kebiasaanya
akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar
4) KURTA PIJAMA
Dhoti
Kurta
pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana kurta
pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini juga boleh
dipakai bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang
yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.
ALAT MUZIK KAUM INDIA
Kami berasa
begitu bertuah kerana pada hari upacara perkahwinan diadakan , kami diberi
peluang melihat orang India bermain alat muzik budaya mereka. Meskipun mereka
tinggal di Bandar, namun responden mengatakan bahawa untuk upacara dan adat
tertentu seperti perkahwinan, mereka masih mengekalkan permainan alat muzik
budaya mereka. Hal ini kerana ianya merupakan symbol kebahagiaan, kedamaian ,
dan keceriaan.
Pemain alat muzik yang memainkan lagu-lagu sepanjang upacara berlangsung
- SITAR
Sitar adalah sejenis alat muzik dalam
kategori Membranofon.Ia merupakan sejenis lute yang berleher panjang dengan
tujuh tali logam diregangkan di atas sebuah jambatan yang panjang. Dasarnya
diperbuat daripada sebiji kulit labu keras yang berfungsi sebagai kotak
bunyi.Satu set tali-tali halus yang ditala kepada mod raga yang dimainkan
bertindak sebagai penggetar bagi menambahkan bunyi gema alat tersebut. Sitar
memainkan peranan yang sangat penting di dalam Muzik Hindustan.
2. TAMBURA
Tambura dikategorikan sebagai alat
Membranofon. Badannya berbentuk separuh bulat yang diperbuat daripada kayu
nangka dipanggil sebagai Kudam.Sebatang leher yang panjang yang dipanggil
sebagai Dandi disambungkan kepada Kudam. Tambura selalunya dimainkan di dalam
persembahan.
3. TABLA
Tabla dan Baya dikategorikan dalam
kumpulan Membranofon. Tabla ialah Gendang trebel yang diletakkan di sebelah
kanan pemain yang diperbuat daripada beberapa lapisan kayu.Manakala Baya pula
adalah gendang bes yang diletakkan di bahagian kiri pemain.Muka kedua-dua
Gendang ini ditutupi dengan kulit kambing. Tabla dan Baya bukan sahaja
dimainkan di dalam Muzik Karnatik dan Hindustan di Malaysia,malah ia juga
digunakan untuk mengiringi muzik muzik sinkretik seperti ghazal dan dangdut.
4. DHOLAK
Dholak ialah sejenis alat Gendang dua
muka berbentuk tong yang dikategorikan sebagai alat Membranofon. Permukaannya
yang lebih kecil di sebelah kanan menghasilkan pitch yang lebih tinggi.
Manakala di sebelah muka yang lebih besarmenghasilkan pic yang rendah.Baluh
alat ini diperbuat daripada kayu dan diikat dengan tali. Dholak dimainkan untuk
mengiringi muzik rakyat.
5. MANJIRA
Manjira dikategorikan sebagai alat
Idiofon. Ia diperbuat daripada logam gangsa. Di dalam muzik klasik
India,peranannya adalah untuk mengiringi nyanyian dan memainkan irama.Ia
merupakan komponan yang penting di dalam muzik bhanjas dan muzik tarian.
KEPERCAYAAN AGAMA HINDU
KEPERCAYAAN AGAMA HINDU
Agama Hindu
(Sanskrit: Sanātana Dharma “Kebenaran Abadi”), dan Vaidika-Dharma
(“Pengetahuan Kebenaran”) adalah sebuah agama yang berasal dari anak benua
India. Agama ini merupakan lanjutan dari agama Weda (Brahmanisme) yang
merupakan kepercayaan bangsa Indo-Iran (Arya). Agama ini diperkirakan muncul
antara tahun 3102 SM sampai 1300 SM dan merupakan agama tertua di dunia yang
masih bertahan hingga kini. Agama ini merupakan agama ketiga terbesar di dunia
setelah agama Kristen dan Islam dengan jumlah umat sebanyak hampir 1 juta manusia.
Dalam Agama Hindu ada
lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha. Pancasradha
merupakan keyakinan dasar umat Hindu. Kelima keyakinan tersebut, yakni:
1. Widhi Tattwa –
percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya
2. Atma Tattwa –
percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk
3. Karmaphala Tattwa –
percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan
4. Punarbhava Tattwa –
percaya dengan adanya proses kelahiran kembali (reinkarnasi)
5. Moksa Tattwa –
percaya bahwa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia.
Widhi Tattwa
Omkara. Aksara suci
bagi umat Hindu yang melambangkan “Brahman” atau “Tuhan Sang Pencipta”.
Widhi Tattwa merupakan
konsep kepercayaan terdapat Tuhan yang Maha Esa dalam pandangan Hinduisme.
Agama Hindu yang berlandaskan Dharma menekankan ajarannya kepada umatnya agar
meyakini dan mengakui keberadaan Tuhan yang Maha Esa. Dalam filsafat Adwaita
Wedanta dan dalam kitab Weda, Tuhan diyakini hanya satu namun orang bijaksana
menyebutnya dengan berbagai nama. Dalam agama Hindu, Tuhan disebut Brahman.
Filsafat tersebut tidak mengakui bahwa dewa-dewi merupakan Tuhan tersendiri
atau makhluk yang menyaingi derajat Tuhan.
Atma Tattwa
Atma tattwa merupakan kepercayaan
bahwa terdapat jiwa dalam setiap makhluk hidup. Dalam ajaran Hinduisme, jiwa
yang terdapat dalam makhluk hidup merupakan percikan yang berasal dari Tuhan
dan disebut Atman. Jivatma bersifat abadi, namun karena terpengaruh oleh badan
manusia yang bersifat maya, maka Jiwatma tidak mengetahui asalnya yang
sesungguhnya. Keadaan itu disebut Awidya. Hal tersebut mengakibatkan Jiwatma
mengalami proses reinkarnasi berulang-ulang. Namun proses reinkarnasi tersebut
dapat diakhiri apabila Jivatma mencapai moksa.
Karmaphala Tattwa
Agama Hindu mengenal
hukum sebab-akibat yang disebut Karmaphala (karma = perbuatan; phala =
buah/hasil) yang menjadi salah satu keyakinan dasar. Dalam ajaran Karmaphala,
setiap perbuatan manusia pasti membuahkan hasil, baik atau buruk. Ajaran
Karmaphala sangat erat kaitannya dengan keyakinan tentang reinkarnasi, karena
dalam ajaran Karmaphala, keadaan manusia (baik suka maupun duka) disebabkan
karena hasil perbuatan manusia itu sendiri, baik yang ia lakukan pada saat ia
menjalani hidup maupun apa yang ia lakukan pada saat ia menjalani kehidupan
sebelumnya. Dalam ajaran tersebut, bisa dikatakan manusia menentukan nasib yang
akan ia jalani sementara Tuhan yang menentukan kapan hasilnya diberikan (baik
semasa hidup maupun setelah reinkarnasi)[8].
Punarbhawa Tattwa
Punarbhawa merupakan
keyakinan bahwa manusia mengalami reinkarnasi. Dalam ajaran Punarbhawa,
reinkarnasi terjadi karena jiwa harus menanggung hasil perbuatan pada
kehidupannya yang terdahulu. Apabila manusia tidak sempat menikmati hasil perbuatannya
seumur hidup, maka mereka diberi kesempatan untuk menikmatinya pada kehidupan
selanjutnya. Maka dari itu, munculah proses reinkarnasi yang bertujuan agar
jiwa dapat menikmati hasil perbuatannya (baik atau buruk) yang belum sempat
dinikmati. Proses reinkarnasi diakhiri apabila seseorang mencapai kesadaran
tertinggi (moksa).
Moksa Tattwa
Varanasi di Sungai
Gangga, sungai suci Hindu. Varanasi menarik ribuan umat Hindu setiap tahun.
Dalam keyakinan umat
Hindu, Moksa merupakan suatu keadaan di mana jiwa merasa sangat tenang dan
menikmati kebahagiaan yang sesungguhnya karena tidak terikat lagi oleh berbagai
macam nafsu maupun benda material. Pada saat mencapai keadaan Moksa, jiwa
terlepas dari siklus reinkarnasi sehingga jiwa tidak bisa lagi menikmati suka-duka
di dunia. Oleh karena itu, Moksa menjadi tujuan akhir yang ingin dicapai oleh
umat Hindu.
NILAI DALAM AGAMA HINDUISME
1.
Dharma, yang
bermaksud tanggungjawab.
2.
Ahimsa, yang
bermaksud kasih sayang
3.
Dhruthi, yang
bermaksud keberanian dan ketetapan.
4.
Kahamaa, yang
bermaksud bertimbang rasa atau baik hati.
5.
Damo ialah
mengawal fikiran.
6.
Stheyam,
ialah tidak tamak.
7.
Showcha, yang
bermaksud kebersihan.
8.
Mindriya
Nigharam, ialah mengawal perasaan.
9.
Dheer, atau
membentuk fikiran yang tetap adalah saling berkait dengan nilai mengawal
perasaan
Ringkasan Interview Responden
Responden 1
Maklumat Responden
Rsponden Pertama |
Umur : 25 tahun
Alamat : Seksyen 19, Shah Alam
Pekerjaan : Pelajar - Stamford College
Rumusan Interview
Daripada sesi temu ramah yang kami jalankan bersama responden yang pertama, Cik Kokila menyatakan bahawa majoriti masyarakat mereka menjalankan aktiviti keagamaan contohnya, sembahyang. Ada di antara mereka akan pergi ke kuil ataupun menunaikannya di rumah dengan menggunakan colok sahaja. Beliau menyambung bahawa tujuan mereka sembahyang adalah sama sahaja dengan agama lain iaitu untuk meningkatkan keimanan dan untuk membersihkan jiwa. Dari aspek kenegaraan, Cik Kokila berpendapat bahawa dia tidak pernah melibatkan diri dengan mana-mana aktiviti politik dan kurang ambil tahu tentang perkembangan atau isu politik di negara ini. Pada pendapat beliau, kejayaan hidupnya ialah yang paling utama. Untuk berjaya dalam hidup setiap individu mesti mempunyai ilmu pengetahuan. Beliau menambah, dari segi kepimpinan kerajaan di Malaysia, semuanya bergantung kepada orang awam. Sesungguhnya pilihan itu berada di tangan semua orang (demokrasi). Cik Kokila juga ada menyatakan tentang diskriminasi antara orang Melayu dan bangsa lain khususnya dalam bidang pendidikan . Namun, beliau berpendapat semua itu sudah termaktub dalam perlembagaan sejak zaman dahulu lagi. Cuma yang beliau kesalkan bahawa mengapa generasi masyarakat India yang dahulu tidak cuba untuk mengubah perlembagaan tersebut. Bagi beliau dalam pendidikan, siapa yang lebih layak harus diberi peluang. Harapan beliau untuk masa akan datang agar para ibu bapa dapat memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan baik. Ilmu itu segalanya. Beliau berharap tiada lagi masyarakat Malaysia yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
"Education is everything. Everyone should have education even the basic knowledge to survive in life"
Responden 2
Maklumat Responden
Responden Kedua |
Nama : Draupathy A/P Saminathan
Umur : 51 tahun
Alamat : Sun Way, Batu Caves
Pekerjaan : Kerani
Rumusan Interview
Secara konklusinya, hasil daripada temu ramah kami bersama Puan Draupathy, beliau masih menerapkan aktiviti keagamaan dalam keluarga. Walaupun beliau sibuk bekerja, namun pada hari minggu, beliau akan mengajak semua ahli keluarganya untuk bersembahyang di kuil. Menurut beliau lagi, biasanya sembahyang yang dilakukan pada 9 kali Sabtu bertujuan untuk menghapus dosa dan mengelak kecelakaan dengan memberi gagak makan. Puan Draupathy juga ada menyentuh tentang larangan agama mereka, seperti contoh larangan bagi wanita yang mengandung ialah mereka tidak boleh menaiki tangga. Contoh larangan lain pula ialah jika terdapat mana-mana ahli keluarga mereka yang meninggal, mereka dilarang utk bersembahyang di kuil selama sebulan. Mereka hanya dibenarkan bersembahyang di rumah. Nilai tolong-menolong dan saling membantu ialah antara nilai murni yang diterapkan dalam agama Hindu. Agama mereka juga mengajar supaya bagi golongan yang sedang menuntut ilmu, mereka mestilah berdoa untuk kedua ibu bapa, guru dan juga tuhan mereka. Seterusnya, beliau menyatakan bahawa beliau tinggal di kawasan perumahan yang majmuk antara masyarakat India dan Melayu. Mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain dan bertegur sapa jika berselisihan. Dari segi kepimpinan negara pula, beliau berpendapat bahawa kepimpinan negara berada dalam keadaan yang tenat, tidak seperti zaman 20 tahun dahulu. Keadaan sekarang seperti penjajahan alaf kepada masyarakat.
"Kepimpinan negara yang tenat bagaikan penjajahan alaf baru kepada masyarakat."
Responden 3
Maklumat Responden
Nama : Subramaniam
Umur : 49 tahun
Alamat : Sun Way, Batu Caves
Pekerjaan : Pemandu Teksi
p/s : Responden menolak untuk mengambil gambar atas alasan peribadi
Rumusan Interview
Hasil daripada sesi temu ramah kami dengan Uncle Subramaniam, beliau berpendapat bahawa tiada perbezaan antara agama dan bangsa. Semua agama dan bangsa mengajar pengikutnya mengenai nilai-nilai yang baik sahaja. Beliau juga berkata bahawa, setiap agama mempunyai hak kebebasan untuk melakukan aktiviti keagamaan masing-masing. Seterusnya, beliau menyatakan bahawa kawasan perumahan beliau bertempat di lokasi taman perumahan yang mempunyai pelbagai kaum yang majmuk. Jirannya terdiri daripada kaum Melayu dan Cina. Terdapat juga aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk semangat kesepaduan dalam kalangan penduduk di taman tersebut khususnya aktiviti untuk kanak-kanak. Beliau juga pernah melibatkan diri dalam aktiviti taman tersebut sugguhpun tidak begitu aktif akibat daripada masalah kesihatan. Dari aspek kekeluargaan pula, beliau menyatakan bahawa kerjaya beliau sebagai pemandu teksi kadang kala menghalang interaksi bersama keluarga. Namun, beliau menambah, jika ada terdapat masa lapang, pasti meraka sekeluarga akan berkumpul bersama. Di samping itu juga, Uncle Subramaniam berpendapat bahawa dari aspek pentadbiran politik negara Malaysia sekarang sangatlah lemah, lebih-lebih lagi dalam konteks ekonomi Malaysia. Harapan beliau agar Malaysia dapat kembali ke era kegemilangan seperti 20 tahun dahulu dan agar golongan belia sekarang kenal serta ambil tahu tentang kelemahan kepimpinan kerajaan sekarang demi mengubah masa akan datang.
" Orang muda perlu tahu tentang kepimpinan kerajaan untuk mengubah masa akan datang"
Kesimpulan
Masyarakat India sama ada di bandar mahupun luar bandar masih lagi mengamalkan budaya dan cara hidup asal mereka. Namun bagi mereka yang menetap di bandar-bandar besar, terdapat unsur-unsur kemodenan yang diterapkan dalam budaya mereka. Kesimpulannya, banyak lagi adat, budaya dan cara hidup masyarakat India yang belum kita ketahui. Namun, sesi soal jawab ini sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami secara lebih mendalam tentang masyarakat mereka. Pada pendapat kami juga, setiap individu perlu berusaha untuk lebih mengenali masyarakat atau kaum yang lain bagi memupuk nilai kasih sayang agar perasaan itu dapat menjadi jalan untuk membina intergrasi dan kesepaduan yang utuh dalam kehidupan masyarakat. Kesepaduan tersebut seterusnya dapat menjamin kehidupan yang harmoni, seterusnya dapat menjamin keamanan negara.
Don't hesitate to post your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D