Don't hesitate to post
your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D
Friday, 18 December 2015
ANALISA BAJET 2016
Berdasarkan Analisia Bajet 2016 yang direncanakan oleh Prof Mohd Nazari Ismail, Biro Penyelidikan IKRAM, kumpulan kami telah bersepakat bahawa sebagai generasi muda, kita perlu lebih berpengetahuan dalam menghadapi isu-isu semasa yang dihadapi oleh Negara. Generasi belia yang rata-ratanya masih lagi dalam proses menyambung pengajian perlulah mengambil langkah yang professional dan bersifat terbuka dalam mengadapi isu-isu tersebut. Selain itu kita juga perlu sentiasa berfikiran rasional dan kritis dalam melakukan analisa ringkas berkaitan isu semasa. Secara ringkasnya, perkara paling utama dalam menghadapi isu ini, kita hendaklah berfikiran kritis dengan mencipta peluang dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan ekonomi hidup pada masa akan datang. Peranan yang paling utama ialah generasi muda perlu lebih tekun dan berusaha dalam meningkatkan ilmu pengetahuan agar lebih berjaya dalam hidup dan seterusnya dapat menjadi pelapis pemimpin yang berilmu serta dapat mengubah sistem kepimpinan negara kelak.
MENGAPA PAS DAN UMNO TIDAK BERSATU (PEMBANGUNAN POLITIK)
Pada awal parti PAS dan UMNO ditubuhkan, kedua-duanya berada dalam satu gabungan Parti Perikatan yang turut dianggotai oleh parti-parti politik lain seperti SUPP, Gerakan, MIC, MCA dan sebagainya. Gabungan ini berlangsung dari tahun 1973 hingga 1978. Namun sehingga ke hari ini, faktor perpecahan PAS dan UMNO tidak dapat dikenalpasti kebenarannya. Secara keseluruhannya, ideologi tentang faktor perpecahan antara PAS dan UMNO terbahagi kepada dua mengikut pendapat kedua-dua parti tersebut.
Menurut PAS, perpecahan mereka dengan UMNO disebabkan oleh kuasa politik UMNO yang dilihat kurang ke arah islamiah. Mereka juga menyatakan bahawa UMNO telah mengkhianati perjanjian asas UMNO-PAS sebelum terbentuknya gabungan tersebut. Namun begitu, isi perjanjian yang sebenar masih tidak dapat dikenalpasti.
UMNO pula berpendapat bahawa, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa keadaan parti PAS yang tidak menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang ketika berada dalam Perikatan telah menyebabkan kuasa Perikatan semakin longgar. Hal ini menyebabkan berlakunya beberapa serpihan lain daripada Perikatan seperti Berjasa.
Jelasnya, sehingga kini PAS dan UMNO masih tidak dapat bersatu disebabkan faktor perbezaan idealogi dan matlamat. Faktor lain juga disebabkan oleh perebutan kuasa politik menyebabkan penyatuan PAS dan UMNO masih belum dapat dilaksanakan.
Don't hesitate to post
your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D
Thursday, 10 December 2015
BAB 7 & 8: SURVIVAL MELAYU & ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK
Assalammualaikum,
bismillah. Pada hari ini, kami sudah berada di pengakhiran pembelajaran Malaysia
Dalam Konteks Hubungan Etnik. Tajuk yang dibentangkan hari ini adalah Strategi
Survival Melayu dan Bumiputera & Islam dan Hubungan Etnik. Melalui dua
pembentangan ini, saya dapat simpulkan bahawa islam menjadi asas dan tunjang
kepada usaha mengekalkan orang Melayu dan bumiputera untuk terus wujud atau
hidup sekali gus membina hubungan etnik antara bangsa-bangsa yang lain di bumi
bertuah ini.
Menurut
Islam, setiap peranan dan tanggungjawab kerajaan adalah membela nasib orang
Melayu dan Bumiputera. Dalam Islam, ianya tidak bercanggah selagi ia tidak
menindas dan menzalimi hak-hak kaum lain yang ada di Malaysia. Hal ini kerana,
dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri
mengbahnya.
Islam
mengajar dan memberi garis panduan kepada kita semua untuk membina hubungan
etnik yang berlandaskan Islam, iaitu bermula dengan ta'aruf, tafahum, ta'awun,
tadhamun, ukhuwwah dan mahabbah. Hasil daripada hubungan etnik ini ialah kasih
sayang dan ia sangat penting dalam membentuk hubungan yang baik antara etnik
dan dapat mengelakkan salah faham.
Kesimpulannya,
setiap individu mempunyai peranan penting dalam mempertahankan dan meneruskan
kesinambungan dan survival Melayu di Malaysia. Kita harus menyemai sikap dan
rasa kasih sayang terhadap semua makhluk termasuk manusia, haiwan mahupun
tumbuhan kerana ianya akan membentuk Hablu Minallah wa Hablu Minalnas kerana kita
semua adalah makhluk Allah dengan harapan agar usaha yang tidak seberapa ini
mampu mengubah kehidupan kita dan masyarakat ke arah yang lebih baik seterusnya
melahirkan keharmonian kaum yang tidak berbelah bagi.
NOR FAIEZA
FARHANA BT MAZLAN
2015217746
.......................................................................................................................................................................................
Dalam bab
survival melayu ini, saya dapati bahwa terdapat beberapa strategi untuk
mengekalkan kesinambungan orang Melayu dan bumiputera untuk terus wujud dan
hidup di muka bumi Malaysia. Peranan kerajaan adalah amat penting untuk
memastikan survival melayu dari sudut semua aspek; politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan budaya.
Islam juga
memainkan peranan yang sangat penting dalam menjamin survival orang Melayu.
Agama islam dikaitkan secara langsung dengan orang Melayu dalam perlembagaan
Malaysia. Dalam Perkara 3(1), memartabatkan ajaran Islam sebagai agama orang
Melayu. Selain itu, memastikan akidah orang Melayu tidak rosak dengan tidak
membenarkan orang Melayu murtad. Maka, orang Melayu sendiri perlu ada kesedaran
kendiri dalam meningkatkan mutu kualiti hidup dalam setiap aspek itu di samping
menerapkan nilai-nilai keislaman dalam diri.
Dalam bab
Islam dan hubungan etnik pula, asas hubungan etnik menurut Islam ialah Al-ta'aruf
(berkenal-kenalan). Asas yang paling utama dalam setiap hubungan ialah
berkenalan dan ia menjadi fitrah (nature) manusia untuk hidup saling berhubung
dengan orang lain dan berkasih sayang. Telah termaktub di dalam Al-quran bahawa
Allah mencipta berlainan jantina, bangsa, rupa paras dan warna kulit untuk
saling mengenali. Seterusnya, Al-tafahum (memahami). Saling memahami
antara satu sama lain dapat mencapai kehidupan yang harmoni dan sejahtera.
Semangat persefahaman dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, neriadah,
bersukan, hari keluarga, rumah terbuka dan aktiviti masyarakat lain agar
masyarakat dapat memupuk persefahaman, saling menegur dan menasihati antara
etnik. Ketiga, Al-ta'awun (saling membantu) dan kerjasama ke arah
kebaikan, mengelakkan musibah demi mencapai kepentingan bersama dalam konteks
masyarakat plural. Kerjasama boleh diberi dalam bentuk harta atau tenaga
(kekuatan fizikal, kepakaran dan idea). Keempat, Al-tadhamun (saling
menjamin) iaitu saling melindungi antara kalangan anggota masyarakat plural
yang pelbagai etnik. Ia melahirkan rasa tanggungjawab untuk membantu anggota
masyarakat lain yang memerlukan bantuan. Masyarakat lain juga akan rasa lebih
selamat dan aman dengan jaminan tersebut. Adat dan budaya etnik lain dijamin
dan dihormati. Kelima, Al-ukhuwah (persaudaraan) yakni hubungan yang
rapat seperti saudara atau hubungan akrab seperti isi dan kuku. Orang mukmin
itu orang yang bersaudara. Menurut Abdullah Nasih Ulwan, persaudaraan sebagai
satu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam dalam diri seseorang
tentang sifat bels kasihan, cinta kasih dan penghormatan diri. Persaudaraan berasaakan
iman dan takwa melahirakan perasaan yang ikhlas dan jujur dan akan mengasihi
sesama manusia yang terdiri pelbagai etnik sperti saudaranya sendiri. Akhir
sekali, Al-mahabbah (berkasih sayang) merupakan sifat kemanusiaan
(fitrah) yang wajar disemai dan dipupuk dalam jiwa sanubari setiap anggota
masyarakat yang terdiri pelabagi etnik. Sifat berkasih sayang dapat mengikat
hubungan kemesraan dan dapat menghapuskan permusuhan, perasaan hasad,
benci-membenci dan permusuhan antara satu sama lain.
Asas-asas
perlu dipupuk terlebih dahulu agar hubungan antara etnik dapat disemai dengan
lancar, tidak akan berlaku sebarang permasalahan yang tidak diingini seperti pergaduhan,
rusuhan kaum, dan saling prejudis antara satu sama lain. Islam itu bukan
setakat agama sahaja, bahkan merupakan satu cara hidup manusia dalam mencapai
kesejahteraan dan ketenteraman hidup. Sebab itulah pentingnya Islam diterapkan
dalam kehidupan seharian kita. Islam itu indah. Wallahu A'alam.
SYARIFAH NURUL SYIFA SYED DZULKARNAIN
2015832122
.......................................................................................................................................................................................
Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618
p/s : Ini merupakan refleksi yang terakhir daripada saya. Jumpa lagi. Terima kasih. Wasalam :)
.......................................................................................................................................................................................
Assalamualaikum w.b.t :)
Alhamdulillah.. Untuk entry refleksi kali ini, kami sekumpulan gabungkan antara tajuk Survival Melayu dan Islam dan Hubungan Etnik.
Bab 7 (Survival Melayu)
Sebagai masyarakat Melayu, kita
mestilah mempertahankan dan memelihara hak dan keistimewaan kita. Survival
Melayu ini bukan hanya bertujuan untuk menjaga nama orang Melayu bahkan untuk
memelihara keistimewaan agama Islam yang sememangnya sinonim sebagai agama
anutan orang Melayu. Kesinambungan masyarakat Melayu juga dapat dijaga
seterusnya boleh berdaya saing dengan bangsa lain dalam memajukan masyarakat
Melayu itu sendiri. Saya sebagai generasi alaf baru perlu sedar akan kepayahan
orang Melayu terdahulu dalam menjaga hak keistimewaan bangsa ini. Oleh itu,
saya akan meneruskan perjuangan dalam memastikan survival Melayu terus
terpelihara.
Bab 8 (Islam Dan Hubungan Etnik)
Dalam memastikan keharmonian antara
etnik dalam masyarakat, nilai-nilai baik yang dibawa oleh agama Islam perlu
diterapkan. Sebagai contoh, dalam memastikan kehidupan yang teratur dan
mempunyai tujuan yang nyata, keseimbangan antara perkara duniawi dan akhirat
perlu dititikberatkan. Dua perkara ini perlu berjalan seiring untuk mendapat
matlamat kehidupan yang sempurna. Nilai-nilai murni yang dibawa oleh agama
Islam guna boleh digunakan dalam memastikan hubungan baik sesama manusia dari
awal perkenalan sehingga timbulnya rasa kasih sayang yang menjamin
kesejahteraan hidup.
" Tiada siapa yang dapat mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan usaha yang berterusan daripada kaum itu sendiri. "
Ayu Azila Binti Mohd Isa
2015217618
p/s : Ini merupakan refleksi yang terakhir daripada saya. Jumpa lagi. Terima kasih. Wasalam :)
Don't hesitate to post
your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D
Saturday, 5 December 2015
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN DASAR PENSWASTAAN
Dasar penswastaan merupakan agenda besar-besaran dunia sejak
diperkenalkan lebih 20 tahun lalu oleh kuasa kapitalis dunia iaitu Amerika
Syarikat dan Britain. Dasar ini diperkenalkan oleh dua pengamal dari negara
kapitalis iaitu Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan Perdana Menteri
Britain, Margaret Thatcher. Dengan sokongan organisasi-organisasi seperti Bank
Dunia, Tabung Dana Antarabangsa, IMF dan Bank Pembangunan Asia, dasar ini
berjaya memberi faedah yang besar kepada kerajaan yang melaksanakannya
termasuklah dari segi pendapatan negara dan keutuhan politik. Dasar
penswastaan adalah fenomena politik dan
ekonomi yang dilaksanakan sebagai pemindahan kepentingan atau pelaburan
tertentu kerajaan kepada sektor swasta. Dengan itu, kuasa membuat keputusan
kini beralih daripada tangan orang ramai kepada pihak swasta atau pemilik baru
organisasi awam. Malaysia menjadi antara negara terawal melaksanakan dasar ini
di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Dasar penswastan bukan sahaja mengaandungi kelebihan , malah tidak
kurang juga dengan kelemahannya yang tersendiri.
Antara kelebihan Dasar penswastaan ialah :
1)
Membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada
rakyat
2)
Rakyat menerima perkhidmatan yang lebih cekap
dan teratur.
3)
Memberikan peluang kepada pekerja untuk memiliki
saham sesuatu organisasi
4)
Peluang yang lebih baik untuk peningkatan dalam
kerjaya
5)
Pengguna dapat membayar perkhidmatan yang
disediakan oleh agensi yang diswastakan dengan bayaran yang murah kerana
mempunyai persaingan antara syarikat.
6)
Pekerja diberikan kelebihan dari segi skim gaji
berbanding dengan sektor kerajaan
Antara kelemahan Dasar penswastaan ialah
:
1)
Mewujudkan eksploitasi antara pihak swasta
kepada pengguna .
2)
Rakyat akan terbeban dari segi kewangan akibat
daripada sesetengah pihak swasta yang mahukan keuntungan.
3)
Meggugat kedudukan sektor awam yang sedia ada.
Wednesday, 2 December 2015
APAKAH MAKNA RAMADAN BUAT KITA?
Nilai yang boleh diperoleh dari video ini ialah nilai bertuhan. Berserah diri kepada Allah. Dalam menghadapi pancaroba hidup, hendaklah kita berserah kepada Allah untuk memohon hidayah atau petunjuk supaya kita dapat tempuh ujian hidup.
Nilai seterusnya, nilai berkasih sayang. Kasih sayang Allah memberi rahmat kepada hamba-Nya yang sedang mengharungi ujian hidup dengan memberi petunjuk (panduan hidup) kepada hamba-Nya itu.
Selain itu, nilai berjaya dalam bidang; apabila seseorang itu berjaya melepasi cabaran-cabaran hidupnya dengan berpandukan Al-Quran dan meletakkan kedudukan Al-Quran dalam kedudukan tertinggi dalam kehidupannya.
Wallahu A'alam.
AKTIVITI BAB 3 - NOVEMBER 2015
Bab 3: Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan
Etnik
NOVEMBER 2015
Soalan 1:
Jelaskan konsep
perlembagaan.
KONSEP PERLEMBAGAAN
1)
Bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan
dalam Perlembagaan Malaysia menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan
etnik yang erat dan utuh di kalangan rakyat Malaysia.
2)
Perkara-perkara yang dianggap menguntungkan
orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang
juga memberi kelebihan kepada kaum bukan bumiputera.
3)
Bagi sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan
merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu
perlu mematuhi keluhurannya.
4)
Dalam konteks Perlembagaan Islam, negara Islam
pertama iaitu Madinah di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w telah membentuk
Sahifah Madinah bagi melicinkan pentadbiran negara Madinah yang terdiri
daripada pelbagai kaum.
Apakah yang dimaksudkan dengan
perlembagaan?
Perlembagaan
merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara & setiap individu
perlu mematuhi keluhurannya. Tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi
ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Ia juga dianggap sebagai panduan mengatur
dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara.Berperanan sebagai panduan bagi
pembentukan undang2 sama ada bagi pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa
shj.Perlembagaan umumnya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu: perlembagaan
bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan
perundangan, kehakiman dan eksekutif bertulis mendapat dan badan kuasa daripada
perlembagaan. - Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan
13 jadual. - Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia kuasa eksekutif,
legislatif, kehakiman, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, menyentuh mengenai
bidang kedudukan kedudukan agama Islam, istimewa orang Melayu dan bumiputera di
Sabah dan Sarawak dan sebagainya.
Apakah komponen utama yang terkandung
dalam perlembagaan?
Komponen utama yang terkandung dalam
perlembagaan
|
Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Persekutuan
|
Kebebasan Asasi
|
Kewarganegaraan
|
Persekutuan
|
Negeri-negeri
|
Perhubungan antara Persekutuan dengan
Negeri-negeri
|
Peruntukan-peruntukan kewangan
|
Pilihan raya
|
Kehakiman
|
Perkhidmatan Awam
|
Kuasa-kuasa Khas menentang perbuatan Subversif dan
kuasa-kuasa Darurat
|
Am dan Pelbagai
|
Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan
Sarawak
|
Peruntukan Sementara dan Peralihan
|
Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan
sebagainya
|
Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan
Raja-raja
|
Soalan 2
Mengapakah perlembagaan penting? Apakah peranan dan fungsi perlembagaan bagi sesebuah
negara?
Perlembagaan
penting dalam pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan sebagai
garis panduan dalam penyediaan dan pembentukan sesebuah negara. Perlembagaan dapat digunakan sebagai item
dalam persediaan membentuk sebuah negara yang teratur, stabil dan mapan. Ia
juga merupakan sumber rujukan tertinggi sebelum membuat apa-apa keputusan yang
melibatkan hal-hal kenegaraan. Perlembagaan dilengkapi dengan akta-akta dan
perkara-perkara penting untuk sesebuah negara dalam memastikan negara membangun
dengan aman. Terdapat kepentingan-kepentingan khususnya hak dan keistimewaan
orang Melayu dan Raja-Raja Melayu yang ditetapkan dalam perlembagaan bagi
memastikan keistimewaan tersebut terus terpelihara. Hal ini kerana bukan mudah
untuk meminda perkara-perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan.
Sekiranya terdapat perkara yang ingin dibahaskan, ia perlu melalui proses yang
agak rumit.
Soalan 3: Apakah yang dimaksudkan dengan ketertinggian perlembagaan?
Ketertinggian perlembagaan bermaksud perlembagaan
menjadi sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundanga tertinggi
negara. Tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam
perlembagaan. Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang
digubal oleh parlimen. Semua undang-undang tidak boleh bercanggah dengan
perlembagaan. Sekiranya bercanggah, undang-undang tersebut akan terbatal.
Walaupun YDPA merupakan ketua negara, baginda juga tertakluk kepada
perlembagaan.
Soalan 4: Analisa perbezaan ciri-ciri utama bagi gagasan perlembagaan berikut:
Malayan
Union
|
Persekutuan
Tanah Melayu 1948
|
Perlembagaan
Malaysia 1963
|
|
Kedudukan Raja Melayu
|
Kedaulatan Raja-raja Melayu
dihapuskan.
|
Perkongsian kuasa dilakukan antara
Majlis Raja-raja dan Pesuruhjaya Tinggi pada peringkat pusat dan negeri
|
majlis raja-raja melayu memelihara
orang melayu, bahasa melayu dan islam mengikut negeri-negeri sendiri
|
Agama Islam
|
Gabenor British dan sultan sebagai
timbalan
|
Sultan Melayu
|
Agama Islam sebagai agama persekutuan
(perkara 3) tetapi kebebasan agama-agama lain dibenarkan
|
Kedudukan negeri-negeri Melayu
|
Semua negeri Melayu kecuali Singapura
disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British
|
Sebuah Persekutuan dibentuk dengan
gabungan 11 buah negeri
|
Negeri-negeri Tanah Melayu iaitu
Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Perak,
Selangor, Melaka, Johor dan Pulau Pinang
Negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan
Sarawak
Negeri Singapura
|
Kerakyatan / Kewarganegaraan
|
Hak kerakyatan sama rata dengan
prinsip Jus Soli
|
Diketatkan semula
·
Syarat
kewarganegaraan diketatkan iaitu pemohon hendaklah lahir di Tanah Melayu dan
telah bermaustatin selama 8-12 tahun.
·
Seorang pemohon
asing mestilah bermaustatin selama 15 tahun.
·
Umur minimum
bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun
·
Pengetahuan
Bahasa Melayu yang baik.
|
Kewarganegaraan berdasarkan:
Prinsip jus soli
Secara automatik akan mendapat taraf
kewarganegaraan tanpa mengambil kira kewarganegaraan ibubapa bagi orang yang
lahir di Malaysia antara hari merdeka (31 Ogos 1957) dan Oktober 1962.
Sesiapa yg lahir selep[as tahun 1962,
dia boleh diiktiraf warganegara sekiranya salah satu syarat dibawah dipenuhi:
Ibu atau bapanya warganegara ketika
dia lahir atau,
Ibu atau bapanya telah bermaustatin di
Malaysia ketika dia lahir atau,
Dia tidak mempunyai kewarganegaraan
dari mana-mana negeri ketika dilahirkan
Jus Sanguinis
Mengikut undang-undang berdasarkan
keturunan darah. Dia akan diiktiraf sebagai warganegara jika bapanya
warganegara.
Perkahwinan
Memberi hak untuk wanita asing memohon
sekiranya dia berkahwin dengan suami yang berwarganegara Malaysia.
Naturalisasi
Perkara 19 memperuntukkan utk memohon
peluang utk menjadi warganegara Malaysia kepada permaustatin yg tidak lahir
di persekutuan. Dengan syarat:
Berumur 21 tahun atau lebih
Telah bermaustatin di persekutuan
tidak kurang 10 tahun dalam tempoh 12 tahun terdahulu sehingga tarikh memohon
Berniat hendak kekal di negeri ini
Berkelakuan baik
Mempunyai pengetahuan bahasa melayu yg
cukup
|
Ketua Pentadbiran Negeri
|
Pesuruhjaya negeri & Majlis
Mesyuarat Negeri
|
Sultan, Menteri Besar & Majlis
Undangan Negeri
|
Raja dan Yang Dipertua Negeri
dinasihati oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri
|
Keistimewaan orang Melayu dan
bumiputera
|
Sama rata dengan bangsa lain
|
Dasar perlindungan terhadap
Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan
|
Dikekalkan dalm Perkara 153 dan tanpa
menafikan kedudukan yang sah bagi kaum lain
|
Soalan 5
Lengkapkan jadual di bawah mengenai unsur
tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.
Unsur Tradisi
|
Penerangannya
|
Rasional
|
Pemerintahan
Beraja
|
·
Merupakan sistem tertua di dunia.
·
Raja sebagai pemerintah tertinggi.
·
Di Malaysia, Yang di Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan
dan nasihat Perdana Menteri.
·
Dipilih daripada 9 buah negeri secara bergilir-gilir.
|
·
Bagi membolehkan Raja-Raja Melayu masih mempunyai kuasa ke atas
pentadbiran negara.
·
Hubungan yang rapat antara rakyat dan Raja-Raja.
·
Mengekalkan hak istimewa orang Melayu iaitu sistem beraja.
|
Islam sebagai
agama persekutuan
|
·
Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia; Islam sebagai agama persekutuan
tetapi agama lain bebas diamalkan.
|
·
Walaupun Islam agama persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin
dalam perlembagaan.
·
Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan
Melaka.
·
Undang-undang Islam telah diiktiraf di Tanah Melayu sebelum
kedatangan Inggeris lagi.
·
Semasa penjajahan, kedudukan Islam masih terpelihara.
·
Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang beragama Islam.
|
Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi
|
·
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan tetapi bahasa lain masih bebas digunakan.
|
·
Perlunya bahasa kebangsaan untuk menyatukan kaum yang berbeza.
·
Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara
·
Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan lebih tekal dari segi
istilah dan sebutan.
·
Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia
lagi.
|
Kedudukan istimewa
orang Melayu
|
·
Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, Yang di Pertuan Agong mesti
melaksanakan dasar untuk melindungi keistimewaan orang Melayu dan
Bumiputera (jawatan dalam perhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain). |
·
Orang Melayu menerima prinsip jus soli dan bukan Melayu terima
hakikat hak keistimewaan orang Melayu.
·
Terlalu sedikit orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan pada zaman
penjajahan.
·
Orang Melayu hanya memerhati kepesatan Tanah Melayu.
·
Kebanyakan orang Melayu miskin, hidup di luar bandar dan sukar dapat
pendidikan.
·
Orang Melayu kurang libatkan diri dalam perniagaan dan perlu diberi
bimbingan.
|
Soalan 6: Perbandingan antara Perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah (dalam bentuk jadual)
-
Perlembagaan Malaysia
|
Piagam Madinah
|
|
Sumber
|
Nasihat daripada
Suruhanjaya Reid
|
Al-Quran
|
Tujuan
|
¦ Mewujudkan satu
bentuk pemerintahan yang adil;
¦ Mengelakkan
penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah;
¦ Mengawal pergerakan
kerajaan dan rakyat;
¦ Alat untuk
menyelesaikan masalah;
¦ Menjamin riwayat
negara bangsa; dan
¦ Menjamin keamanan
dan kestabilan negara.
|
·
Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
·
Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama
semua penduduk.
·
Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
·
Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan
permusuhan
·
Mewujudkan keamanan di Madinah
·
Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi
Muhammad dan penduduk setempat.
·
Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan
kaum Muhajirin
·
Membentuk Kesatuan Politik dalam
mempertahankan Madinah
·
Merangka persefahaman dengan penduduk bukan
Islam, terutama Yahudi.
·
Memberi peruntukan pampasan kepada kaum
Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.
|
Hak pemerintah
|
¦ Mendapat ketaatan
daripada rakyat.
¦ Bagi negeri-negeri
beraja, kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam manakala Yang Di Pertuan
Agong (YDPA) sebagai ketua agama Islam bagi negeri Melaka, Pulau Pinang,
Sabah dan Sarawak serta di wilayah-wilayah persekutuan.
¦ Bidang kuasa
Raja-raja dipelihara.
|
·
Mendapat ketaatan daripada rakyat.
·
Nabi Muhammad diperakui sebagai Pesuruh Allah oleh
orang Islam, dan sebagai ketua negara oleh orang bukan Islam.
·
Tempat rujukan dalam merungkai perbalahan antara rakyat.
|
Hak rakyat
|
¦ Kebebasan beragama
¦ Jaminan hak asasi
manusia
¦ Hak kesamarataan
¦ Perlindungan
daripada undang-undang jenayah
¦ Kebebasan bergerak
¦ Hak mempertahankan
negara
¦ Hak mengundi
pemimpin
¦ Hak bersuara,
berhimpun dan berpersatuan.
¦ Hak kewarganegaraan
bagi bukan Melayu
|
·
Kebebasan beragama
·
Jaminan hak asasi manusia
·
Hak mendapat perlindungan daripada kezaliman
·
Hak kesamarataan
·
Kebebasan bergerak
·
Hak mempertahankan negara
|
Tanggungjawab pemerintah
|
¦ Mentadbir dan
menjaga kebajikan rakyat.
¦ Menjaga perpaduan
rakyat dan keharmonian dalam negara.
|
·
Memerintah dengan adil terhadap semua golongan sama
ada Islam dan bukan Islam mengikut fasal-fasal perlembagaan.
·
Merujuk kepada hukum Allah dalam menyelesaikan
sebarang kemungkaran (bunuh) atau pertengkaran di antara sesama perserta
piagam ini.
|
Tanggungjawab rakyat
|
¦ Taat dan setia kepada
pemimpin
¦ Membentuk kesepaduan
bangsa Malaysia dalam kepelbagaian kaum dan agama.
¦ Patuh kepada
undang-undang negara.
|
·
Taat kepada Allah dan Nabi Muhammad.
·
Wajib mempertahankan Madinah dari serangan musuh
sama ada musus dalaman atau musuh luaran.
·
Orang Islam dan bukan Islam bertanggungjawab memajukan
dan meningkatkan ekonomi Madinah.
·
Golongan
bukan Islam tetap dengan pegangan lama dan saling menanggung membayar
dan menerima diyat (wang tebusan) di antara mereka.
·
Orang Islam hendaklah saling membela sesama mereka
atas setiap pertumpahan darah di jalan Allah.
·
Memperakui kewujudan dan kepentingan kaum lain.
|
Hubungan dengan bukan Islam
|
¦ Orang bukan Islam
bebas mengamalkan agama sendiri dengan aman.
¦ Tiada perbezaan
agama, keturunan dan tempat tinggal dalam mendapat perlindungan
undang-undang.
|
·
Orang bukan Islam dan orang Islam bersama-sama
mempertahankan Madinah daripada serangan musuh.
·
Keselamatan dijamin dan diberi hak warganegara jika
mereka memutuskan hubungan dengan orang kafir Quraisy.
·
Orang Islam dan orang bukan Islam saling
tolong-menolong jika ada satu pihak dalam kesusahan.
·
Selama mana orang mukmin berperang, orang-orang
Yahudi hendaklah memikul perbelanjaan bersama-sama orang mukmin.
|
Apakah
persamaan dan perbezaan?
Persamaan
|
Perbezaan
|
1. Larangan perhambaan
§ Piagam Madinah: Fasal
1
§ Perlembagaan
Malaysia: Perkara 6
|
1. Pemerolehan
kewarganegaraan
-
Perlembagaan Malaysia; Perkara 14 hingga 31 (tetapi tetapi
perkara 30A, 30B, 19A, 20 dan 21 telah dimansuhkan
|
2. Kebebasan beragama
§ Piagam Madinah: Fasal
25
§ Perlembagaan
Malaysia: Perkara 3(1) & 11(1)
|
2. Majlis Raja-raja
-
Perlembagaan Malaysia: Perkara 38
|
3. Hak asasi manusia
§ Piagam Madinah: Fasal
2 hingga Fasal 10
§ Perlembagaan
Malaysia: Perkara 5 hingga Perkara 13
|
3. Badan perundangan
persekutuan
Perlembagaan
Malaysia: Perkara 44 hingga 65
|
4. Hak semarataan
§ Piagam Madinah: Fasal
16, Fasal 26, Fasal 27, Fasal 28, Fasal 29, Fasal 30, Fasal 31, Fasal 32, Fasal
33, Fasal, 34, Fasal 35.
§ Perlembagaan
Malaysia: Perkara 8(1)
|
4. Tatacara perundangan
Perlembagaan
Malaysia: Perkara 66 hingga 68
|
5. Perlindungan daripada
undang-undang jenayah
§ Piagam Madinah: Fasal
21
§ Perlembagaan
Malaysia: Perkara 7(1)
|
5. Keupayaan berkenaan
harta, kontrak dan guaman
Perlembagaan
Malaysia: Perkara 69
|
6. Memperakui kewujudan
dan kepentingan kaum lain
§ Piagam Madinah: Fasal
25
§ Perlembagaan
Malaysia: Perkara 12
|
|
7. Kebebasan bergerak
§ Piagam Madinah: Fasal
36
§ Perlembagaan
Malaysia: Perkara 9(2) & (3)
|
|
8. Pemimpin negara
§ Piagam Madinah: Fasal
42
§ Perlembagaan
Malaysia: Perkara 32(1)
|
|
9. Hak dan
tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
§ Piagam Madinah: Fasal
43
§ Perlembagaan
Malaysia: Perkara 5
|
|
10. Kedudukan
perundangan
§ Piagam Madinah: Fasal
23
§ Perlembagaan
Malaysia: Perkara 4
|
Don't hesitate to post
your comment below !! Thank you, Terima Kasih, Xiexie, Nandri :D
Subscribe to:
Posts (Atom)